Sajat Sah Bakal Naik Pelamin Hujung Tahun Depan!

Sharing is caring!

Kontroversi Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang mahu menyunting usahawan jelita Nur Sajat akhirnya sudah terjawab apabila dia mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya.Nampaknya melepaslah jejaka-jejaka di luar sana termasuk Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah apabila usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.

Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let’s Cantik Jangan Mengata berkata jika tiada aral melintang, beliau akan mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan.

Loading...

Namun, katanya, buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,” katanya kepada mStar Online.

..

Loading...

Ketika ditanya mengenai soal kekasih, Sajat kini lebih terbuka bercerita mengenainya.
Malah, beliau mengakui sudah berpunya dan mengakui jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk.

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat menyifatkan Raja Report Malaysia itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan rakan industri, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

“Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

“Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya,” katanya.

Sumber mStar

……………………………………………

Isu Dobi: Apa Kata Ustaz

Was-was dan najis dilihat secara nyata adalah dua faktor utama dari segi hukum syarak dan fiqah yang wajar dipertimbangkan umat Islam melibatkan aspek kebersihan dalam menjalani kehidupan seharian.

Penceramah bebas, Ustaz Dr Shauqi Othman tampil menjelaskan bahawa tidak timbul masalah dalam soal berkongsi mesin dobi layan diri antara umat Islam dan bukan Islam.Image result for dobi islam“Selagi tiada najis yang dilihat secara nyata dan tidak timbul anggapan pakaian orang bukan Islam itu terkena najis, oleh itu tidak menjadi masalah untuk umat Islam berkongsi mesin dobi layan diri itu,” katanya kepada mStar Online.Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, ajaran Islam sebenarnya mudah kerana hukum fiqah tidak berdasarkan andaian seseorang tetapi sesuatu yang dilihat dengan nyata.Katanya, anggapan sesetengah pihak bahawa pakaian orang bukan Islam mungkin bercampur dengan najis tidak sepatutnya berlaku kerana ia juga boleh menimbulkan prejudis.

Terdahulu tular mengenai dobi layan diri di Muar yang mendakwa dobi berkenaan dikhaskan kepada pelanggan Islam saja.

Ia berdasarkan sekeping daripada dua keping gambar tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Diluar.

Tindakan itu mendapat campur tangan Sultan Ibrahim yang menitahkan agar dobi kontroversi tersebut menghentikan diskriminasi atau berdepan risiko ditutup oleh baginda

Sharing is caring!

Loading...