5 Kes Pembunuhan Paling Kejam Yang Pernah Berlaku di Malaysia..Tak Sangka Ia Pernah Berlaku Di Malaysia Kan..?

Sharing is caring!

iluminasi kes pembunuhan6

Negara kita banyak juga mengalami pembunuhan-pembunuhan bersifat profil tinggi yang mengejutkan banyak pihak. Selalunya kes seperti ini mempunyai banyak tanda tanya dan persoalan yang tidak mampu dijawab, apatah lagi selepas dibuktikan berlakunya pembunuhan, makin banyak pula khabar angin yang membuatkan kita semakin kurang jelas apa yang telah berlaku.

Sehingga setakat ini, berikut adalah 5 kes pembunuhan paling menggemparkan yang telah berlaku. Ada yang berjaya diselesaikan dan ada yang masih lagi terbuka perbicaraannya sehingga ke hari ini.
1. Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya
iluminasi kes pembunuhan

Loading...

Hilang sebelum dijumpai abu mayatnya, Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi lelaki lain dibunuh dan dibakar. Sisa mayat keempat-empat mereka dijumpai di kawasan berdekatan Morib kerana suspek telah membuang abu mayat mereka dalam sebuah sungai. Pihak polis berjaya menemui jam tangan milik Datuk Sosilawati pada suspek yang diambil oleh pihak suspek sebagai kenang-kenangan yang menjadi bukti kukuh keterlibatan mereka dalam pembunuhan.

Motif sebenar pembunuhan dilaporkan berlaku kerana suspek berhutang RM3 juta yang tidak mampu dibayar kepada mangsa dan pada Mac 2017, tiga daripada empat suspek dihukum gantung sementara seorang lagi dibebaskan.
2. Pembunuhan Canny Ong
iluminasi kes pembunuhan2

Wanita comel berketurunan Cina bernama Canny Ong ini diculik oleh suspek bernama Ahmad Najib selepas dia pergi membayar bayaran meletakkan kenderaan di Bangsa Shopping Centre dengan kereta Canny dipandu keluar melanggar penghadang. Pagi tersebut, pihak polis menjumpai Canny dan Najib dalam kereta namun tidak mengesyaki apa-apa. Canny dirogol pada pagi tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan pisau dan mayatnya dibuang ke dalam lubang pembentung di jalan raya. Esoknya, Ahmad Najib kembali ke lubang tersebut lalu membakar mayat Canny.

Hasil siasatan unit forensik menemui kesan air mani Ahmad Najib pada mayat Canny yang menjadi bukti kejadian tersebut dan Ahmad Najib dihukum gantung. Hukumannya dijalankan pada 24 September 2016 pada awal subuh.
3. Pembunuhan Nurin Jazlin
iluminasi kes pembunuhan3

Ini kes paling menyayat hati kerana melibatkan kanak-kanak. Nurin yang baru berumur 8 tahun diminta ke pasar pada 20 Ogos 2007. Tidak pulang-pulang selepas itu, selepas laporan polis, terdapat rakaman cctv yang menunjukkan dia ditarik masuk ke dalam sebuah van putih. Pada 17 September 2007, sebuah beg dijumpai oleh seorang peniaga di depan kedainya yang berisi tubuh Nurin dengan sebatang timun dan terung tertusuk dikemaluannya.

Pada 11 Oktober 2007, polis mendedahkan dua rakaman cctv menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal meninggalkan beg tersebut di depan kedai dan sejam kemudian, seorang perempuan berlegar-legar di depan beg tersebut yang kemudiannya dibawa pergi oleh 3 orang lelaki. Menggunakan bantuan FBI untuk menjelaskan rakaman tersebut pun masih gagal memaparkan sebarang maklumat yang mampu membantu dan sehingga sekarang, kes ini masih belum selesai. Pembunuh Nurin Jazlin pula masih bebas hidup.
4. Pembunuhan Altantuya
iluminasi kes pembunuhan

Loading...

Dilaporkan terlibat sebagai jurubahasa dengan wakil kerajaan, Altantuya dibom menggunakan peledak C4 di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam. Sehingga sekarang tidak dapat disahkan motif sebenar pembunuhan tersebut berlaku walaupun kesnya sudah diselesaikan dan pembunuhnya berjaya ditangkap.

Dua orang anggota polis bernama Sirul Azhar dan Azilah telah pun dijatuhkan hukuman gantung atas pembunuhan tersebut. Sirul sehingga sekarang mengatakan wujudnya konspirasi menjadikan dia kambing hitam untuk menutup kes tersebut.
5. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
iluminasi kes pembunuhan4

Datuk Mazlan Idris, salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ingin mendapatkan khidmat seorang bomoh wanita bernama Mona Fandey bagi menguatkan lagi pengaruh politik beliau. Datuk Mazlan diminta hadir ke rumahnya untuk menghadiri satu upacara ilmu hitam yang boleh membantu beliau dan Datuk Mazlan dikehendaki berbaring, sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak oleh pembantu Mona.

Mayat Datuk Mazlan dikerat kepada 18 bahagian dan kulitnya disiat. Cebisan badan Datuk Mazlan ditanam disekitar kawasan rumah Mona Fandey. Dengan wang RM300 ribu yang dibawa oleh Datuk Mazlan, Mona Fandey telah pergi membeli belah, membeli kereta Mercedes-Benz dan juga membuat penampilan baru pada wajahnya.

Selepas laporan kehilangan dibuat, Juraimi sendiri membuka cerita kepada pihak penyiasat yang membawa kepada penemuan-penemuan badan Datuk Mazlan di kawasan rumah Mona. Mona, suaminya Affandi dan Juraimi ditahan sebagai suspek. Perbicaraan berlangsung dan semuanya dihukum gantung oleh pihak mahkamah selepas terbukti menyebabkan kematian Datuk Mazlan.

Pada 2 November 2001, ketiga-tiga mereka digantung di Penjara Kajang dan mereka yang menyaksikan perkara tersebut mengakui riak wajah mereka bertiga tidak ada sedikit pun rasa menyesal melakukan perkara tersebut.

 

[ LAGI ARTIKEL PEMBUNUHAN YANG PATUT KORANG BACA ]

POLIS PUN PENING KEPALA..! 5 KES JENAYAH DI MALAYSIA YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN SEHINGGA SEKARANG..!

iluminasi kes tidak selesai malaysia6

Pasukan polis Malaysia memang hebat dan cekap dalam menyelesaikan kes. Namun begitu ada juga ketikanya pasukan polis sendiri gagal menyelesaikan sesebuah kes kerana tidak ada petunjuk dalam membantu siasatan.

Apa yang berlaku pada kes-kes ini? Kebanyakannya terpaksalah ditangguhkan siasatannya sehinggalah muncul maklumat baru yang dapat merungkai jalan buntu kes. Berikut adalah 5 kes paling terkenal di Malaysia yang sehingga sekarang, belum dapat diselesaikan.
1. Pembunuhan Ketua Polis Negara
iluminasi kes tidak selesai malaysia

Anda tak salah baca dan jangan betulkan skrin anda. Pada 7 Jun 1974, Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ke-3 sedang dalam perjalanan ke Bukit Aman bagi menghadiri mesyuarat dan keretanya dipandu oleh Sarjan Omar Yunus. Ketika melalui Jalan Tun Perak, keretanya diserang oleh dua orang yang bersenjata yang melepaskan 11 tembakan, 7 mengenai Tan Sri Abdul Rahman Hashim. Pihak penyiasat percaya tindakan itu didalangi oleh Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya namun tidak berjaya dibuktikan dalam mahkamah. Sehingga sekarang, tidak diketahui siapa pembunuh Tan Sri Abdul Rahman Hashim.
2. Pembunuhan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
iluminasi kes tidak selesai malaysia2

Mayat Datuk Norjan Khan Bahadar, 52 tahun ditemui oleh seorang pekerja hotel Shangri-La dengan kesan tikaman di leher dan muka. Seorang pelayan bernama Azman Bakar ditangkap sebagai suspek utama namun dibuktikan yang beliau langsung tak mengenali mangsa. Seorang lelaki ahli perniagaan Pakistan bernama Amir Khan dipanggil sebagai suspek kedua juga dibebaskan selepas dibuktikan tidak terlibat. Apa yang mencurigakan adalah tidak terdapat sebarang tanda kerosakan atau pergelutan yang berlaku dalam bilik, jadi besar kemungkinan mangsa mengenali pembunuhnya. Sehingga sekarang belum ada tangkapan pembunuh dibuat.
3. Pembunuhan Norita Samsuddin
iluminasi kes tidak selesai malaysia3

Norita adalah seorang wanita cantik berumur 22 tahun yang bekerja sebagai pegawai pemasaran. P{ada 5 Disember 2003, Norita dijumpai mati dalam keadaan tidak berpakaian sambil tangannya diikat dengan wayar. Terdapat kesan cekikan pada lehernya. Seorang jurutera bernama Hanif Basri dijadikan suspek utama kes selepas mendapati beberapa bukti yang menunjukkan hubungannya dengan mangsa namun terdapat beberapa isu yang tidak dapat dibuktikan oleh pendakwaraya berkaitan wujudnya kehadiran DNA seorang lelaki dan wanita tidak dikenali pada malam kejadian. Hanif yang sebenarnya kekasih Norita dibebaskan pada 29 Mac 2008 dan pembunuh Norita masih belum dapat dikenal pasti.
4. Di mana Sharlinie?
iluminasi kes tidak selesai malaysia4

Sharlinie Mohd. Nashar sedang bermain di padang berdekatan rumahnya di Taman Medan pada tahun 2008. Dengan tiba-tiba Sharlinie hilang. Maklumat berdekatan kehilangan Sharlinie disebar dengan pelbagai cara namun tidak ada sebarang petunjuk wujud untuk membantu siasatan. Apa yang diketahui suspeknya kemungkinan seorang lelaki yang suka buat-buat mencari kucing di kawasan tersebut. Pada Mac 2016, seorang wartawan menemubual kedua ibu bapa Sharlinie dan mereka masih lagi berharap Sharlinie akan dijumpai dalam keadaan selamat namun siasatan bagi kes penculikan ini, masih lagi terpaksa ditangguhkan.
5. Pembunuhan Xu Jian Huang
iluminasi kes tidak selesai malaysia5

Seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, Datuk Seri Koh Kim Teck dan pengawalnya yang bernama Resty Agalo dituduh membunuh anak buahnya, seorang remaja 14 tahun bernama Xu Jian Huang di Cheras. Jian Huang ditemui mati lemas dalam kolam di rumah Koh Kim Teck dengan tangan dan kakinya diikat. Jian Huang dihantar ke Malaysia untuk tinggal bersama pakciknya bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik namun semuanya berkakhir dengan tragedi. Datuk Seri Koh Kim Teck dan pengawalnya dibebaskan dari tuduhan walaupun perbicaraan menunjukkan Jian Huang mengalami masalah penderaan ketika tinggal di Malaysia. Walaupun begitu, kes ini tidak dapat dibuktikan dan suspek telah pun dibebaskan daripada pertuduhan.

Sumber : Iluminasi

Sharing is caring!

Loading...