Adakah 5 Air Ini Betul Betul Berasal Dari Malaysia..?

Sharing is caring!

Anda sangat bertuah sebenarnya jika lahir di bumi Malaysia kerana negara ini sememangnya kaya dengan pelbagai jenis hidangan dan juga minuman yang turut menjadi tarikan dari segi pelancongan.

Sebut saja nak minum apa? Pelbagai jenis minuman boleh dapat dan yang menariknya boleh pilih sama ada nak tambah ais atau tidak. Kalau ikutkan cuaca di Malaysia yang kebiasaannya hangat semacam saja, pastinya minuman berais akan menjadi pilihan.

Namun adakah air yang kami senaraikan ini benar-benar berasal dari Malaysia? Jom kami kongsikan beberapa minuman yang akan buat anda jatuh hati.
1. Teh Tarik

Loading...

Tak sah sekiranya anda tidak pernah cuba teh tarik. Tak kisahlah yang manis mahu pun kurang manis. Malah pelancong juga tidak ketinggalan merasakan minuman ini sekiranya berkunjung ke Malaysia. Jika diikutkan, teh tarik sudah lama bertapak di negera kita.
2. Cendol

Paling nikmat minum cendol ini sebenarnya masa hari tengah panas. Duduk bawah pokok sambil makan cendol,kan? Fuh, lepas itu dapat pulak yang cendol durian pulak, memang tak senang duduk jawabnya.

Jika nak diikutkan, payah juga nak jumpa cendol di luar Malaysia dan tidak mustahil sebenarnya minuman ini berasal daripada Malaysia.
3. Coolblog

Lebih menarik lagi, sekarang ini jika anda rasa susah sangat nak dapatkan beberapa minuman yang kami senaraikan di atas, jangan risau lagi. Sebabnya kini Coolblog turut membawakan pelbagai minuman berasaskan minuman tempatan.

Malah pilihan seperti Coco Kacang Chocolate Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan juga Coco Yam Pulut Hitam Smoothie ini sememangnya sudah sebati dengan gaya hidup di Malaysia ini. Apa yang pasti, kehadiran perisa baru ini sangatlah istimewa lebih-lebih lagi ia tiba pada hari kemerdekaan Malaysia yang ke 60.

Loading...

Apa yang lebih penting adalah perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia dalam memeriahkan lagi suasana hidup penuh harmoni di negara yang berbilang kaum ini.
4. Lai Chee Kang

Mana mungkin Lai Chee Kang dilupakan. Ada yang panas dan ada juga yang sejuk. Lagi meriah bahan dalam Lai Chee Kang ini, lagi layan. Memang hilang dahaga kalau dapat pekena.
5. Air Soya

Air soya merupakan salah satu minuman yang sangat menjadi perhatian lebih lebih lagi di bulan puasa. Ada yang sarankan, jika makan karipap, cuba minum dengan soya sebab katanya memang serasi habis rasanya.

Percaya atau tidak, walaupun hanya minuman namun perkara ini dalam masa yang sama turut membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia berkongsi minat yang sama walaupun berbeza bangsa.

Jika ingin diikutkan asal usul setiap minuman yang disenaraikan, pastinya sejarahnya tidak akan habis. Bukankah lebih baik kepelbagaian itu turut diraikan bersama di negara tercinta ini?

Sumber : Rotikaya

 

[ Artikel Dibawah WAJIB Anda Baca Juga.. ]

14 Fakta Pelik Dan Menarik Mengenai Mark Zuckerberg. Ini Sebab mengapa Facebook warna biru..!

Tidak perlu diperkenalkan siapa, pasti semua mengenali beliau. Sebelum ini iluminasi.com berkongsi pelbagai kisah mengenai pengasas Facebook Mark Zuckerberg.

Kali ini pula, iluminasi.com ingin berkongsi 14 fakta pelik dan menarik mengenai Mark Zuckerbeg.
1. Hampir-hampir bekerja untuk Microsoft
mark dan bill 882

Mark Zuckerberg dan rakannya Adam D’Angelo telah mencipta sebuah aplikasi muzik yang diberi nama “Synapse Media Player” yang mengesan muzik kegemaran pendengar dan menghasilkan playlis berdasarkan pilihan mereka.

Microsoft ingin mendapatkan aplikasi ini dan merekrut Mark, namun Mark dan Adam mempatenkan ciptaan mereka dan sambung pelajaran ke kolej.
2. Mula cipta software pada usia awal
Bapa Mark adalah seorang doktor gigi. Ketika berusia 12 tahun, Mark mencipta program yang diberi nama ZuckNet yang menghubungkan komputer di rumahnya dengan komputer di klinik yang mana akan memberitahu jika ada pesakit yang datang ke klinik.
3. Sebab mengapa Facebook warna biru
sebab mengapa facebook biru

Pernah tak anda fikir kenapa Facebook pilih warna biru sebagai warna tema?

Ia disebabkan Mark yang buta warna (merah dan hijau). Beliau memberitahu dalam satu temuramah, “Biru adalah warna paling kaya bagi saya, saya boleh lihat semua warna biru,”.
4. Tak terlalu berminat dengan wang
wang kertas mark

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi masih macam tak percaya. Mark memberitahu bahawa sasaran utamanya adalah menghubungkan dunia, bukannya wang.

“Kami bina servis bukan untuk buat duit, tapi buat duit untuk bina servis yang lebih baik,” kata mark.

Mark juga akan mendermakan 99% daripada saham Facebooknya, yang kini bernilai RM189 billion kepada yayasannya iaitu Chan Zuckerberg Initiative yang bertujuan meningkatkan potensi manusia dan mempromosikan kesaksamaan dari segi kesihatan, pendidikan, penyelidikan saintifik dan tenaga.

Mark juga ada menyebut, “Kami tahu sumbangan ini adalah kecil jika mahu dibandingkan dengan sumber dan bakat-bakat telah bekerja untuk memperbaiki isu-isu ini, namun kami mahu lakukan apa yang kami mampu bersama-sama mereka,”

5. Tidak sentiasa genius dalam programming
buku rujukan mark ketika kecil

Mark bukanlah sentiasa genius dalam programming. Beliau bermula dari awal, dan pernah belajar programming daripada buku C++ for Dummies.
6. Bercakap beberapa bahasa
Ia merupakan satu kemahiran yang penting jika boleh berbahasa asing. Beliau berkata bahasa Mandarin tersangat susah, namun beliau belajar kerana ingin berkomunikasi dengan keluarga isterinya, Priscilla Chan.


7. Perkenalan dengan isteri
Cara Mark dan isterinya Priscilla kali pertama bertemu sangat aneh dan seolah-olah tak masuk akal. Mereka bertemu ketika sedang beratur menunggu giliran menggunakan tandas di sebuah pesta di Universiti Harvard.
8. Bercinta dalam tempoh yang lama
mark dan priscilla 496

Selepas bertemu, mereka bercinta buat jangka masa agak lama, sehingga melangsungkan perkahwinan. Mereka bertemu pada tahun 2003 dan mengikat tali cinta 9 tahun kemudian pada tahun 2012. Ketika bertemu, Priscilla mengambil kursus perubatan di Harvard, dan kini beliau seorang doktor perubatan pediatrik.
9. Laman Facebook Mark
Sepasukan 12 orang diberikan tugas untuk mengendalikan laman Facebook Mark Zuckerberg yang melakukan tugas seperti membalas komen, muat naik status dan ambil gambar Mark.
10. Tiada siapa boleh “block” Facebook Mark
cubaan block mark

Mungkin anda tak pernah cuba, tetapi laman Facebook Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan tidak boleh dihalang atau di-block oleh mana-mana pengguna. Jika anda cuba untuk block, mesej ralat akan terpapar, “Profil ini tidak dapat disekat ketika ini,”.

Namun masalah itu telah diselesaikan dan kini anda sudah boleh block beliau.
11. Tolak tawaran jual Facebook
Terlalu banyak tawaran yang diterima mark untuk membeli Facebook. Antaranya termasuklah dari NewsCorp, Myspace, Viacom, Yahoo, NBC, Microsoft dan Google. Namun, Mark masih waras dan kekal dengan keputusannya untuk tidak menjual.
12. Memakai baju yang sama setiap hari
baju yang sama

Mark berasakan masanya sangat berharga dan tak patut dibuang begitu saja. Beliau membuat keputusan untuk tidak memikirkan baju apa yang mahu dipakai setiap hari dengan membeli baju yang sama. Harga setiap baju tersebut adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,700 sehelai.
13. Pakai tali leher 365 hari setahun
Walaupun bergaya casual, Mark pernah memakai tali leher setiap hari untuk setahun pada tahun 2009. Ia bertujuan menunjukkan Facebook benar-benar serius untuk berkembang menghadapi kemelesetan global.
14. Dikritik hadiahkan cincin murah kepada isteri
cincin kahwin priscilla chan

Pada tahun 2012, Mark menerima kritikan panas daripada orang ramai kerana memberikan isterinya cincin kahwin yang bernilai RM105,000, walaupun kekayaannya ketika itu mencecah RM80 billion.

 

sumber:  iluminasi

Sharing is caring!

Loading...