Tip Basuh Botol Susu Bayi Dengan Bersih Tanpa Menggunakan Berus

Sharing is caring!

tip basuh botol susu bayi dengan bersih tanpa menggunakan berus

Jom ikuti petua ini untuk membersihkan botol susu bayi dan yang paling menarik tanpa menggunakan berus dan bahan cucian yang dipakai ialah beras dan garam.

Tadi isteri saya ajar petua nak cuci botol susu kalau pergi travel. Kebetulan saya memang tengah ke KL sekarang ni.

Loading...


1. Sebaiknya jangan sampai bekas susu tu dah berkerak dan basi baru nak cuci. Paling bagus cuci sebelum timbul bau yang tak best.


2. Gunakan 50% beras + 50% garam sebagai bahan untuk gantikan berus botol susu tu.


3. Masukkan campuran tadi tu dan air panas ke dalam botol susu.


4. Goncang je sampai dah yakin semua bekas susu tu dah terhakis semua.


Ajaibnya memang sampai ke dasar botol tu cuci dan bersih! Jadi lepasni tak payah bawak berus dan sabun pencuci botol susu dah.

Sumber : FB Tauiq Razif

Loading...

 

[ JOM BACA TIPS MENARIK YANG MEMBUAT ANDA MENYESAL JIKA TAK BACA ]

 
7 Petua Untuk Dapat Anak Kembar Dengan Kaedah Semulajadi.
 

7 petua untuk dapat anak kembar dengan kaedah semulajadi

Mesti ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar tetapi secara logiknya peluang untuk seseorang itu yang tidak langsung mempunyai genetic kembar untuk mendapat anak kembar adalah rendah. Tetapi dari kajian sains, setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar.

1. Mengandung Pada Lewat Usia

Wanita yang berusia mungkin mengalami kesukaran untuk hamil tetapi jika mereka hamil, kemungkinan mereka akan memiliki anak kembar. Semakin tua usia seseorang wanita itu, semakin besar kemungkinan atau peluang mereka untuk memiliki anak kembar.

2. Mengamalkan Makanan Tambahan Iaitu Asid Folik

Wanita yang sedanghamil digalakkan untuk mengambil suplemen atau makanan tambahan berupa asid folik kerana ianya akan membantu menstabilkan hormon wanita dan mencegah kecacatan pada bayi. Laporan dari New Scientist juga menunjukkan suplemen asid folik akan meningkatkan kebarangkalian untuk kehamilan anak kembar kerana ia menggalakkan ovulasi serta implantasi lebih dari sebiji telur.

3. Makanan Yang Mempunyai Unsur Folat

Makanan yang berunsurkan folat boleh meningkatkan peluang untuk mendapat anak kembar dan antara makanan yang kaya dengan folat ialah makanan yang tinggi dengan vitamin b9 seperti bayam, kuning telur, brokoli, tomato, tembikai susu, biji bunga matahari dan hati.

4. Menyusu Badan

Wanita yang terus menyusui bayinya lebih berpotensi untuk hamil anak kembar apabila berlakunya pelepasan beberapa telur ketika ovulasi. Kajian mendapati bahawa ibu menyusu memiliki peluang 9 kali ganda lebih besar untuk memiliki anak kembar.

5. Penggunaan Pil Perancang

Dalam tempoh selama sebulan hingga dua bulan selepas anda berhenti memakan pil perancang, peluang untuk mendapatkan anak kembar adalah tinggi kerana tubuh badan akan membebaskan 2 ovum berbanding biasa. Jadi ini waktu terbaik untuk anda mendapatkan anak kembar.

6. Mengambil Produk Tenusu

Sebuah kajian dalam The Journal of Reproductive Medicine menunjukkan bahawa pengambilan produk tenusu mencerahkan lagi peluang anda untuk mendapatkan anak kembar. Ini kerana terdapat Insulin-like Growth Factor yang terdapat dalam lembu dan juga salah satu hormon yang terkandung di dalamnya.

7. Memakan Ubi

Produk yang menggunakan ubi-ubian dapat membantu meningkatkan kesuburan. Nutrisi dalam ubi-ubian dapat merangsang ovari untuk menghasilkan lebih dari 1 sel telur semasa proses ovulasi.

Sumber : Zuriat.my

 

[ BACA JUGA KISAH YANG MERUNTUN JIWA INI… ]

 
Ingatkan Anak Sering Muntak Kerana Pra – Matang Tapi Tak Sangka Rupa – Rupanya..
 

Mendapat zuriat merupakan perkara yang paling menggembirakan untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Namun, Kita sebagai manusia sering di uji oleh Allah. Begitulah yang berlaku kepada ibu muda Nooraslinda Nordin apabila anaknya ditimpa musibah. Baca perkongsian ibu ini yang cukup untuk membuatkan anda mengalir air mata.

ingatkan anak sering muntak kerana pra - matang tapi tak sangka rupa - rupanya..

7 bulan Allah tumpangkan sayang dalam rahim ibu. Kawan yg selalu ada dgn ibu xkira masa . Bahagianya hidup ibu saat sayang mula tendang2 dalam perut perasaan yg tak terucap bila selamat lahirkan sayang walaupun perut ibu dibelah utk lahirkan sayang ibu tahan sakitnya demimu anak. 43 hari sayang di NICU . seusai balik hanya 99 hari allah bagi ibu jaga sayang . Terlalu cepat semua ni anak . Ibu x bersedia untuk semua ni.

Terasa gelap dunia ni bila doc detect usus sayang pecah, sedangkan sayang x pernah meragam dari hari syg lahir . Ibu bawak sayang ke specialist klinik, ke Hospital kerajaan sp.

Tp kata-kata doc semuanya sama (Anak puan sihat, keadaan dia normal, dia muntah2 pancut susu itu normal untuk baby mmg akan lalui semua tu. Baby x berak utk beberapa hari itu jugak normal.

Perut keras cekang itu sbb dia menangis jd keras. Telur bengkak sbb dia bby premature mmg telur x turun habis lg sebab dia lahir awal bulan kata doc normal keadaan mcmni sebab bby puan lahir premature. Hosptal buat xray perut sayang pd 17/8/17 doc ckp xray xnmpak apa2 yg pelik doc xtau apa puncanya jdi sayang akan di transfer ke HSB Utk rawatan lanjut dgn doc pakar disana)

Tetapi seakan Terhenti nyawa ibu saat ke HSB doc pagi 18/8/17 nafas sayang terlalu semput. Ibu risau bila nurse masukkan ubt di bontot untuk cuci dalam mudahkan sayang berak.

Tetapi ubat tu telah masuk ke atas dan cuci usus sayang. 10minit selepas ubat tu dimasukkan terus keadaan sayang berubah nampak terlalu penat. Allahu anak 2 jam sayang bunyi nafas yg pendek tanpa henti. (Ibu tnya doc kenapa anak saya bunyi mcmtu tanpa henti selama 2jam dah, doc tanya ibu balik kenapa ya puan td jd mcmni x? Mmg selalu anak puan bunyi mcmni ke?

Sebab td baby puan sihat normal je) doc xtau punca dan refer pd doc pakar. Doc pakar cakap sayang dah kekurangan oksigen. Doc msukkan wayer oksigen dihidung sayang tp x cukup doc terpaksa masukkan tiub oksigen direct ke paru2 sayang.

Allahu anak air mata ibu x berhenti mencurah2 saat melihat keadaan anak yang ibu kandung 7 bulan bersirat2 wayer di badan. Doc buat Xray perut anak ibu dalam masa yg teramat cepat doc bagitau ibu & abi ( hasil xray menampakkan usus anak puan dah pecah.

Telur yg bengkak tu sebab usus keluar masuk ke situ sbb ada lubang disitu. Susu, ubat2 yang anak puan makan xmasuk ke saluran yg betul sbb ususnya dah pecah jd smua tu bercampur dlm perut jd air berasid . Air berasid tu naik ke paru2 mnyebabkan ada jangkitan kuman di paru2 dan perut. Allahuakhbar anak mcmana ibu nak terima semuanya sedangkan di sungai petani doc semuanya cakap anak ibu sihat normal xda masalah apa2.

Baru sehari di HSB terus doc detact usus anak ibu dah lama rosak. Jadi doc terpaksa lalukan pembedahan secara emergency walaupun risiko utk umur sayang yg terlalu kecil. Petang 18/8/17 sepatutnya pembedahan harus dilakukan tetapi doc cakap keadaan anak ibu kritikal doc xdpt buat lg sbb bahayakan nyawa sayang kalau teruskan jugak jd doc tunda sampai sayang stabil dulu tapi doc ckp (kami akan tebuk lubang di perut bayi puan dulu untuk bantu dia lebih okay bagi asid2 dalam perut keluar dulu) doc call ibu utk sain borang tambah darah anak ibu selama 2 kali tmbah darah sbb darah anak x ckup utk nak operation pagi 19/8/17 .

Selang 1 jam ibu dpt call dr doc katanya anak ibu dah terlalu lemah doc minta ibu & abi ke PICU jumpa sayang . Allahu anak kaki ibu seolah x berpijak ke bumi saat melihat keadaan sayang. Bunyi bipppppppppp pd mesin tu xmampu ibu dengar sayang.

Doc ckp anak puan dah x ada. Gelap dunia ibu sayang. Sekelip mata Hilang segala-galanya. Beratnya utk ibu nak terima semua ni sayang. Selama adanya sayang di dunia Alhamdulillah allah kurniakan ibu anak lelaki yang sgt comel, baik, tak meragam x menagis sakit, aktif, ceria sgt. mcmna ibu nk terima bila sayang yg x pernah sakit tiba2 disahkan usus pecah. Anak, ibu kuat demi sayang walaupun hakikatnya Allah saja yang tahu. InshaAllah ibu kuat. Sayang doakan ibu ya sayang . Ibu terlalu rindukan sayang .

Hati ibu x mampu nk terima semua ni sayang tapi ibu akan kuat, ibu redha atas takdir allah . Duhai anak syurgaku berbahagialah sayang disana. Selamatlah kamu disana anak. Sejuk perut ibu lahirkan sayang.

Walaupun hanya 142hari allah pinjamkan ibu anak yang baik ibu bersyukur perut ini yang kandungkan sayang walaupun hanya 7 bulan . Hilang segala sakit ibu tiap kali tatap wajah sayang bahagianya ibu allah izinkan ibu utk menjadi seorang ibu walaupun sekejap.

Nikmat bahagia bersamamu xkan pernah hilang diingatan ibu selama hayat ibu. Terima kasih jd penyeri dalam hidup ibu selama 142 hari sayang di dunia. Tenanglah disana duhai anak berehat lah dengan baik . Nantikan ibu & abi ya sayang .

ZULFIQAR MIKAIL BIN MOHAMAD ZUL AMYRUDDIN
31MAC2017-19OGOS2017
AL-FATIHAH
#142hari
Assalamualaikum anak syurga ibu.

Sharing is caring!

Loading...