‘3 kali dia berak di tempat yang sama’ – Pemilik berang si ibu suruh anak sabotaj kedai dobinya

Sharing is caring!

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Viral gambar seorang remaja perempuan membuang air besar di sebuah kedai dobi layan diri, mengundang rasa tidak puas hati pemiliknya yang dikenali sebagai Dato Azone Mojito.

Bukan sahaja remaja itu melakukan perkara yang tidak diduga, malah ibunya juga turut ‘panjang tangan’ mencuri bakul sampah dan bakul-bakul yang disediakan untuk pelanggan yang datang di kedai.

“Dah tiga kali dia berak di tempat yang sama, di kedai dobi layan diri yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Mak dia pun sama juga perangai. Bakul sampah dan bakul-bakul kedai untuk kemudahan juga turut dicuri.” katanya.

Loading...

Menurut Azone, kejadian pertama dan kedua berlaku pada bulan September selepas waktu tengah hari. Manakala yang baru-baru ini berlaku pada 3 Oktober, juga selepas waktu tengah hari.

Berdasarkan gambar, remaja terbabit yang masih berpakaian sekolah dipercayai disuruh oleh ibunya untuk membuang air besar di sudut depan premis tersebut sementara dia menunggu anaknya selesai membuang.


Loading...

Tidak dapat dipastikan apa motif dua beranak itu sama ada sengaja mahu mensabotaj atau meninggalkan ‘ilmu hitamnya’ di premis tersebut.

Dan pada ketika ini, Azone sedang menunggu di kedainya jika individu yang sama akan muncul sekali lagi melakukan perbuatannya.

Saya di kedai dobi sekarang, cuba menunggu jika saya berpeluang untuk menangkap dan meminta mereka bersihkan.

“Saya sediakan dobi ini untuk kemudahan orang ramai di sini. Tapi ada pula yang tak ada otak, sedangkan tandas awam bersepah di sini. Malah di kedai mamak pun ada.

“Sudah hampir tiga tahun saya buka kedai dobi ini dan ini kejadian yang paling teruk selain tong sampah dan bakul-bakul kain yang disediakan dicuri,” katanya ketika dihubungi The Reporter.

Difahamkan Azone juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini, untuk tindakan lanjut pihak polis.

Justeru, Azone meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua beranak itu tampil menghubunginya agar tindakan dapat diambil segera bagi mengelakkan kejadian itu berulang lagi.

“Siapa kenal budak ini, sila hubungi saya untuk tindakan lanjut. Setakat ini masih belum dapat ditangkap. Saya nak tahu budak ini bersekolah di mana agar kami dapat berjumpa dengan pengetua sekolahnya untuk tindakan lanjut,” katanya yang meminta netizen viralkan gambar tersebut.

[ BERITA HANGAT SETERUSNYA ]

Anak tertolak gear ‘D’, kereta terbabas dalam parit.
 

PARIT BUNTAR, PERAK – Akibat meninggalkan anak dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, sebuah kereta terbabas masuk dalam parit, semalam.

Dalam kejadian 7.21 petang semalam di hadapan Klinik Kesihatan KM Batu 1 Tanah Kebun, pemilik kereta Nissan Serena telah meletakkan kenderaannya itu di tepi jalan sebelum keluar dan meninggalkan anak perempuan dengan keadaan enjin yang masih hidup.

“Secara tidak sengaja, anak masuk gear auto D menyebabkan kereta terus terbabas dan masuk ke dalam parit,” kata saksi yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Gambar kejadian itu juga turut viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan ibu atau bapa berkenaan yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta bersendirian.

“Selalu sangat tengok ibu bapa yang suka meninggalkan anak mereka sama ada di atas motosikal atau dalam kereta. Kenapalah mereka ini ‘bijak’ sangat? Mujur budak itu selamat dari sebarang kecederaan,” kata Naqui.

“Kalau nak tinggalkan anak sekejap pun, pastikan gear berada di ‘P’, bukannya berada di ‘N’. Ini mesti kes driver letak gear di ‘N’ menyebabkan anak dia main atau tertolak gear itu ke ‘D’, lalu terbabas dalam parit,” kata Sarah.



Justeru, golongan ibu bapa dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah dengan meninggalkan anak-anak kecil dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Sebalik, bawalah anak-anak keluar bersama dan itu lebih selamat daripada air mata membasahi pipi mengenang kesilapan yang sepatutnya dapat dielakkan.

Sumber :TheReporter

Sharing is caring!

Loading...