[4 Gambar] Jijik..! Jumpa Sarung Tangan Dalam Sardin Yang Dibeli Di Kedai RM2..!

Sharing is caring!

 

Biasa kita dengar ramai yang menjumpai bangkai binatang di dalam makanan yang diproses di dalam tin atau botol.
Tetapi berbeza dengan isu kali ini apabila seorang pengguna laman sosial Facebook memuatnaik 3 keping gambar tin sardin yang mengandungi sarung tangan..!

Loading...

Beli sardin dekat kedai RM2 tapi dalam tin bukan setakat ada sardin siap ada pakej sarung tangan lagi..!

Individu yang bernama Abiey Putra berkongsi gambar sardin jenama Yummy itu dibelinya di sebuah kedai RM2 yang tidak dinyatakan lokasinya telah menjumpai sarung tangan di dalam tin sardin tersebut.


Makanan dalam tin dah jadi macam makanan asas bagi rakyat Malaysia, walaupun jumpa King Kong sekalipun dalam tin tu, makanan tin juga yang akan dibeli dan dimakan. Ahaks..!

Sumber : mediavirall.blogspot.com

Loading...

[ LAGI BERITA MAKANAN YANG KOTOR ]

Kilang Kicap Kotor Diberi Notis Kompaun.

 

KOTA BHARU: Sangat kotor! Tangki melarutkan garam berlumut, longkang tersumbat dan berbau di sebuah kilang memproses kicap, di sini, membuatkan perasa makanan yang dikenali ramai itu diragui kebersihannya.
Tinjauan media bersama pegawai kesihatan mendapati pemilik kilang yang menggunakan bekas mengisi kicap dikitar semula juga amat diragui kebersihannya kerana terlalu kotor.

 

 

Persekitaran kilang memproses kicap dengan cara tradisional itu juga didapati bersepah dengan barang yang uzur seperti kayu dan zin buruk selain tangki pemprosesan perasa makanan berkenaan turut berkarat.

Berikutan keadaan itu, dua kilang kicap termasuk di Pengkalan Chepa dikenakan notis kompaun kerana tidak mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Pejabat Kesihatan Kota Bharu, hari ini.

 

 

Pegawai Kesihatan Persekitaran Kota Bharu, Mat Ghahit Mohamed, berkata selain faktor kebersihan, pekerja di kedua-dua kilang berkenaan juga tidak mengikut peraturan apabila ada antara mereka tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad pengendalian makanan selain tidak memakai kasut ketika bekerja.

“Kita sudah mengeluarkan notis kompaun kepada kedua-dua pemilik kilang berkenaan dan mereka perlu membayar denda maksimum RM2,500 dalam tempoh sebulan,” katanya ketika ditemui selepas operasi di kilang kicap, di Wakaf Stan, di sini, sebentar tadi.

Dalam operasi bermula jam 10 pagi tadi, sebanyak 55 notis dikeluarkan selepas unit penguatkuasaan dari 10 daerah bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Banda Raya Islam (MPKB-BRI) melakukan pemeriksaan di 24 kilang sekitar daerah ini.

Dalam pada itu, Mat Ghahit berkata sebuah kilang roti di Jalan Hospital Berek 12, di sini diarah tutup 14 hari oleh Pejabat Kesihatan Kota Bharu, hari ini selepas pemeriksaan di premis itu mendapati kebersihan di tahap 50 peratus ke bawah.

 

 

“Hasil pemeriksaan di kilang roti yang sudah beroperasi lebih 10 tahun mendapati bahan mentah makanan itu dalam keadaan mencurigakan kerana tiada perlindungan daripada kehadiran tikus sekali gus memberi risiko terdedah penyakit kencing tikus.

“Sehubungan itu, mereka perlu memenuhi kehendak Jabatan Kesihatan dari segi pengendalian makanan, latihan, perlindungan serta kebersihan dari alatan yang tidak digunakan dalam masa 14 hari,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro & Kosmo

Sharing is caring!

Loading...