Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.

Sharing is caring!

Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.

Assalamualaikum adik adik yang bakal berkahwin, yang bakal jadi suami soleh & isteri solehah…

Ofcoz bila dah jadi suami isteri nanti adik adik mesti akan plan untuk ada anak kan?

Loading...

Tapi adik adik tahu tak, rahim adik (perempuan), kesihatan sperm adik (lelaki) sangat akan pengaruhi potensi adik mudah & cepat peroleh anak atau tidak.

Ilmu ini buat adik adik yang bakal berkahwin & ibu ibu yang plan untuk pregnant lagi.

Cuba tengok gambar ini dulu…

Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.

Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.Sebab tu adik adik yang bakal berkahwin & ibu ibu yang plan untuk pregnant, wajib makan asid folik 3 bulan sebelum pregnant selain makan makanan berkhasiat.

 

Untuk hamil, adik adik tak boleh main redah saja. Baca artikel soalan dan jawapan mengenai Asid Folik.

Loading...

Banyak do & donts adik adik kena buat & elakkan dari sekarang.

Kalau adik merokok, tolong tinggalkan.

Kalau adik pakai seluar dalam ketat tolong elakkan.

Kalau adik jenis tak makan sayur, tolong makan.

Kalau adik jenis yang suka berjemur di tengah panas (lelaki) tolong elakkan.

Kalau adik jenis yang tak bersedekah, tolong bersedekah.

Kalau adik jenis yang tahu mengenai ilmu ilmu kehamilan, tolong ambil tahu.

 

Tahu tak, 3 bulan sebelum adik kahwin (perempuan) adik perlu makan asid folik?

Asid Folik sangat penting untuk elakkan ketidaksempurnaan pada anak anak kalian nanti. Maknanya, selepas adik dah ada anak pun, katakan adik nak hamil lagi, 3 bulan sebelum adik merancang hamil tu, adik perlu makan Asid Folik.

Ini antara ilmu yang adik perlu ambil tahu sebelum bergelar suami isteri. Ada banyak lagi yang adik perlu ambil tahu.

Adik perlu tahu waktu subur, kesihatan rahim (perempuan), adik perlu tahu doa bersetubuh, adik adik perlu tahu amalan amalan sebelum bergelar ibu ayah & banyak lagi…

Adik adik boleh dapatkan semua ilmu ilmu ini sehinggalah ilmu kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan dalam buku 9bulan10hari.

Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.Ini antara ilmu & story yang ada di dalam buku 9bulan10hari yang adik perlu tahu.
Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.Yang sudah miliki buku ini, sila rujuk checklist merancang kehamilan, do & donts sebelum hamil.

Itu mengenai bab merancang kehamilan…. Ini pula adalah pesanan Mufti Wilayah Persekutuan – Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al- Bakri buatbakal pengantin. 
• Sentiasalah bertaqwa kepada Allah iaitu rasa takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan rezeki Allah dan persediaan untuk hari akhirat. Inilah takrifan Saidina Ali RA berkenaan taqwa.

• Mengikut sunnah para Rasul. Daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

                     أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّكَاحُ

Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.” Riwayat al-Tirmizi (1080)

 

Nas ini menunjukkan perkahwinan atau pernikahan merupakan sunnah para Nabi dan Rasul. Justeru, mengikutnya bermakna mengikut semua Nabi sudah pasti membawa banyak kelebihan dan kebaikan.

• Bangunlah solat malam walaupun dua rakaat, kerana besar keberkatannya.

• Bermusyawarahlah dengan cara yang baik.

• Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan, Cuma redha dan lihatlah kelebihan masing-masing, begitu juga lihatlah kelemahan dari sudut positif.

• Makanlah rezeki Allah mengikut seadanya, itulah keberkatan.

• Elakkan daripada berhutang supaya mungkin ini kerana merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan.

• Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu. Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu makrifat dalam kehidupan.

• Cubalah kaki kita menapak ke masjid walaupun seminggu sekali, antara nikmat indah hidup berkeluarga dapat menapak kaki ke masjid dengan keluarga.

• Bacalah al-Quran setiap hari walaupun satuayat Cuma, lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup.

• Kepada bakal Isteri jadilah isteri yang solehah penyejuk mata hati suami. Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Maksudnya: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika di tinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” Riwayat Ibn Majah

 

Dan daripada Abdullah bin Amr RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

                           الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” Riwayat Muslim (1467)

Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah.

Sumber @Nazira Nazir buat 9bulan10hari

Sharing is caring!

Loading...