Pemandu teksi ‘PAW’ RM950 dari mangsa bagi jarak kurang 10 km

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR – Malang nasib dua lelaki warga Bangladesh apabila mereka telah diperas ugut oleh seorang pemandu teksi yang tamak meminta bayaran RM950 bagi jarak yang kurang dari 10 kilometer, lapor Harian Metro.

Difahamkan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, dua lelaki berkenaan telah menaiki teksi suspek dan meminta dihantar ke Setapak, dari Kuala Lumpur Sentral.

Loading...

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru tiba dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu.

Pada awalnya, suspek menawarkan dua mangsanya itu dengan kadar tambang RM50 setiap seorang. Tetapi sebaik sahaja tiba di lokasi, suspek telah mengugut mangsa membayar tambang RM950.

Tidak berpuas hati dengan kadar tambang yang dipinta menyebabkan dua lelaki berkenaan mula mempersoalkan tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

Bagaimanapun mangsa terpaksa akur kerana bimbang dicederakan suspek yang juga turut membawa senjata kayu dan besi di dalam teksinya.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan pada hari kejadian.

Loading...

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang turut menerima laporan sama, segera melakukan operasi khas bagi mengesan pemandu teksi terbabit. Operasi yang dilakukan bermulaj am 10 malam semalam telah berjaya menahan pemandu teksi berusia 30-an itu di ibu kota.

Teksi yang digunakan oleh suspek turut disita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2015.

Sumber : HarianMetroOnline

[ Berita Terkini Sensasi WAJIB BACA ]

Temui Mayat Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Dalam Kotak.
 


SANDAKAN, SABAH – Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di dalam kotak yang ditinggalkan di bawah Jambatan 4, Kampung Air, hari ini, lapor Harian Metro.

Mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pada jam 8.45 pagi tadi sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, selepas menerima maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

“Mayat bayi berkenaan ditemui tanpa dibalut dengan sebarang kain dan ditinggalkan dalam kotak. Bayi itu masih memiliki tali pusat. Namun tiada uri ditemui bersama bayi berkenaan.

“Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya.


Berdasarkan siasatan awal dan laporan bedah siasat, bayi lelaki itu mungkin telah meninggal dunia ketika proses kelahiran. Malah bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan ketika kandungan ibunya sudah berusia enam bulan, bagaimanapun bayi seberat 318 gram dan panjang 34 sentimeter itu mempunyai cukup sifat.

“Tiada sebarang tanda pereputan atau kecacatan ditemui pada badan bayi itu. Namun terdapat kesan lebam pada belakang badan, punggung dan kaki bayi itu disyaki disebabkan proses kelahiran. Tiada sebarang kecederaan dalaman ditemui pada tubuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Azhar meminta kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.

“Kita juga memohon kerjasama klinik swasta dan bidan kampung di daerah ini yang tahu jika ada ibu melahirkan bayi dalam masa terdekat ini. Siasatan terperinci masih dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi,” katanya.

Sumber : HarianMetroOnline

Sharing is caring!

Loading...