[ 6 GAMBAR ] Warga Emas Ditemui Dalam Keadaan Bogel Dan Dipenuhi Najis Dihadapan Jeriji Rumah Di Kuantan.

Sharing is caring!

Kuantan, Pahang I 04 Oktober 2017.

Polis selamatkan warga emas dikurung di rumah

Seorang warga emas, Tang Ngad 80 tahun yang lumpuh separuh badan akibat stroke, dipercayai ditinggalkan oleh anaknya sendirian di rumah Taman Inderapura, Kuantan, Pahang sejak isnin lalu. Dia ditemui dalam keadaan bogel dan dipenuhi najis dihadapan jeriji rumah hari ini.

Loading...

 

 

ADUN Teruntum, yang mendapat maklumat terus menghubungi IPD Kuantan. Sejurus tiba, pihak polis terpaksa memotong jeriji dan menyerahkannya kepada pihak HTAA.

Loading...

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bermain atau berdongeng. Tapi tahukah kamu, bahwa setiap Ayah pulang kerja dan dengan wajah lelah, Ayah selalu menanyakan pada Ibu tentang keadaanmu dan apa yang kau lakukan seharian..?

Mata admin masuk habuk………….

Sumber: Shah Rizal

 

[ BERITA BERKAITAN ]

Kucupan Terakhir Ayah.

KEBIASAANNYA, sebelum pergi kerja, arwah akan bangun peluk dan cium saya.

“Tetapi pagi tadi, saya yang cium Muhammad Sarmindi kerana dia masih tidur sebelum saya ke tempat kerja,” kata Mindi Boy Tiasil, 26, bapa kepada kanak-kanak berusia setahun, Muhammad Sarmindi Abdullah yang maut digilis van di Skim Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telipok sebelum

disahkan meninggal dunia.

Mindi berkata, dia dan isteri, Norapinah Joe, 20, memanggil Muhammad Sarmindi dengan nama, Muhammad.

“Dia sangat rapat dengan kami terutama ibunya kerana Muhammad anak tunggal kami.

“Kelmarin, saya ada berjanji kepada Muhammad untuk membelikannya telefon bimbit kerana dia suka melihat video kartun dalam telefon bimbit ibunya.

“Sebelum ini, ada kalanya dia menangis jika saya mengambil telefon bimbit ketika dia menonton kartun di telefon bimbit.

“Namun, saya tak sangka kejadian ini berlaku hari ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Klinik Kesihatan Telipok.

Ketika Mindi mendukung jenazah anaknya untuk dibawa menaiki kenderaan polis di Klinik Kesihatan Telipok Norapinah tidak henti-henti menangis.

Malah, Norapinah memeluk mayat anaknya sambil menangis sebelum ditenangkan oleh suaminya.

Situasi itu menyebabkan beberapa ahli keluarga yang berada di klinik berkenaan turut mengalirkan air mata.

Mindi berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai buruh kasar di Penampang.

Difahamkan, sebelum kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke kedai runcit milik keluarganya di perumahan berkenaan.

Ketika kejadian, dia dijaga oleh datuknya dan bapa saudaranya.

Pada masa itu juga, datuk mangsa menaiki sebuah van yang berhenti di hadapan kedai runcit untuk ke pekan Telipok.
Tanpa disedari mangsa berada di bawah kenderaan lalu digilis van berkenaan.

Sumber: Harian Metro

 

[ BERITA TERKINI ]

‘3 Kali Dia Berak Di Tempat Yang Sama’ – Pemilik Berang Si Ibu Suruh Anak Sabotaj Kedai Dobinya.

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Viral gambar seorang remaja perempuan membuang air besar di sebuah kedai dobi layan diri, mengundang rasa tidak puas hati pemiliknya yang dikenali sebagai Dato Azone Mojito.

Bukan sahaja remaja itu melakukan perkara yang tidak diduga, malah ibunya juga turut ‘panjang tangan’ mencuri bakul sampah dan bakul-bakul yang disediakan untuk pelanggan yang datang di kedai.

“Dah tiga kali dia berak di tempat yang sama, di kedai dobi layan diri yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Mak dia pun sama juga perangai. Bakul sampah dan bakul-bakul kedai untuk kemudahan juga turut dicuri.” katanya.

Menurut Azone, kejadian pertama dan kedua berlaku pada bulan September selepas waktu tengah hari. Manakala yang baru-baru ini berlaku pada 3 Oktober, juga selepas waktu tengah hari.

Berdasarkan gambar, remaja terbabit yang masih berpakaian sekolah dipercayai disuruh oleh ibunya untuk membuang air besar di sudut depan premis tersebut sementara dia menunggu anaknya selesai membuang.

 

Tidak dapat dipastikan apa motif dua beranak itu sama ada sengaja mahu mensabotaj atau meninggalkan ‘ilmu hitamnya’ di premis tersebut.

Dan pada ketika ini, Azone sedang menunggu di kedainya jika individu yang sama akan muncul sekali lagi melakukan perbuatannya.

Saya di kedai dobi sekarang, cuba menunggu jika saya berpeluang untuk menangkap dan meminta mereka bersihkan.

“Saya sediakan dobi ini untuk kemudahan orang ramai di sini. Tapi ada pula yang tak ada otak, sedangkan tandas awam bersepah di sini. Malah di kedai mamak pun ada.

“Sudah hampir tiga tahun saya buka kedai dobi ini dan ini kejadian yang paling teruk selain tong sampah dan bakul-bakul kain yang disediakan dicuri,” katanya ketika dihubungi The Reporter.

Difahamkan Azone juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini, untuk tindakan lanjut pihak polis.

Justeru, Azone meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua beranak itu tampil menghubunginya agar tindakan dapat diambil segera bagi mengelakkan kejadian itu berulang lagi.

“Siapa kenal budak ini, sila hubungi saya untuk tindakan lanjut. Setakat ini masih belum dapat ditangkap. Saya nak tahu budak ini bersekolah di mana agar kami dapat berjumpa dengan pengetua sekolahnya untuk tindakan lanjut,” katanya yang meminta netizen viralkan gambar tersebut.

Sumber: Harian Metro

 

Sharing is caring!

Loading...