Anggota D7 IPD Muar, Johor berhibur di pusat hiburan bersama tauke judi haram..?

Sharing is caring!

Muar, Johor. –  Gempar di laman sosial susulan tersebar video menunjukkan sekumpulan lelaki didakwa pegawai dan anggota polis sedang berhibur di pusat hiburan di Johor.

Status turut dimuat naik melalui laman sosial Facebook bertajuk `Anggota D7 IPD Muar, Johor berhibur di pusat hiburan bersama tauke judi haram. terbaik.’

Difahamkan status FB itu dikesan mula tersebar pagi tadi melalui akaun FB `Koleksi Video Viral’ (KVV) oleh pemilik akuan dikenali sebagai Jia.

Loading...

 Di dalam video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan beberapa lelaki dan wanita sedang berhibur di pusat hiburan.
Difahamkan premis berkenaan terletak di Pusat Perniagaan Bakri, Muar Johor.

Sumber berkata, susulan penyebaran video itu, seorang ketua balai polis berpangkat inspektor dan enam anggota polis disiasat.

Malah difahamkan pihak Polis Bukit Aman sudah mengeluarkan arahan penukaran tugasan kepada beberapa anggota polis terbabit ke jabatan lain hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Fuzi Harun yang dihubungi berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dalaman termasuk meneliti kesahihan rakaman video tular tujuh anggota polis termasuk seorang ketua balai polis di Johor sedang berhibur di pusat hiburan.
Sementara itu, di Ulu Tiram, Johor.

Seramai 40 orang termasuk lima penjaga pusat hiburan keluarga (PHK) ditahan polis dan sebanyak 25 mesin judi dirampas dalam dua serbuan di sebuah pusat beli-belah di Batu 13 3/4, Jalan Kota Tinggi, di sini, malam tadi.

Serbuan menerusi ‘Ops Dadu PHK‘ itu dijalankan kira-kira jam 10 malam oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Loading...

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) IPK Johor Deputi Superintendan Adzli Abu Shah berkata, kedua-dua premis berkenaan terletak di tingkat bawah pusat belah-belah terbabit.

Menurutnya, hasil pemantauan pihaknya mendapati ia menjadi tumpuan kepada kaki judi si sekitar kawasan terbabit.

“Kedua-dua PHK berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah tetapi mereka didapati menyalahgunakannya untuk menyediakan mesin judi,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Sharing is caring!

Loading...