7 Anggota Badan Paling Pelik Pernah Diinsuranskan. No 3 Tu Mesti Wak Doyok Nak Buat..!

Sharing is caring!

Kita biasanya mendengar insurans diambil bagi melindungi kereta, rumah, diri dan juga harta benda. Namun terdapat mereka yang mempunyai barang berharga juga akan mengambil polisi melindunginya, termasuklah anggota badan.

Dan jika anda, apakah anggota badan yang anda lindungi dengan insurans? iluminasi.com ingin berkongi 7 anggota badan yang paling pelik pernah diinsuranskan.
7. Troy Polamalu – Rambut
troy polamalu

Loading...

Agak pelik, namun ia benar. Troy Aumua Polamalu adalah seorang atlet American Footbal untuk pasukan Pittsburgh Steelers. Rambut beliau telah diinsuranskan sebanyak RM4.2 juta. Ia dilakukan oleh syarikat shampu, Procter & Gamble, yang mengambil insurans daripada syarikat insurans British iaitu Lloyd. Syarikat syampu itu juga bercakap besar dengan mengatakan bahawa rambut Troy sangat lebat dan tebal dan mampu mengelilingi 100 kali padang bola.

6. Ben Turpin – Mata juling
ben turpin

Jika anda mempunyai wang yang banyak dan mata anda juling, pasti anda akan menggunakan wang tersebut untuk melakukan pembedahan mendapatkan mata yang normal. Tetapi berbeza bagi pelawak Ben Turpin. Bagi Ben, mata beliau adalah aset bagi dirinya sebagai seorang pelawak. Beliau yang mempunyai mata juling, telah menginsuranskan organ tersebut sebanyak harga RM420,000.

Dan jika matanya tiba-tiba menjadi normal, wang pampasan akan diberikan kepada penerbit iaitu Mack Sennet.
5. David Beckham – Seluruh badan
david beckham 965

Siapa tak kenal dengan lagenda bola sepak yang kacak lagi bergaya ini. David Beckham telah mengambil insurans sebanyak RM819 juta untuk kaki dan jari kakinya sebanyak. Dan disebabkan sebahagian besar daripada pendapatannya datang daripada iklan, insurans itu juga meliputi sebarang kecacatan pada tubuh badannya. Nilai ini merupakan nilai insurans paling mahal dalam sejarah dunia sukan.
4. Egon Ronay – Deria rasa
egon ronay

Egon Ronay, seorang pengkritik makanan dan pemilik restoran, sangat terkenal dengan deria rasanya yang sangat tajam. Beliau adalah seorang yang sangat berpengaruh dalam industri makanan di Great Britain. Dan disebabkan oleh itu, beliau telah mengambil polisi insurans bernilai RM1.05 juta bagi melindungi deria rasanya yang sangat penting baginya, jika berlaku perkara tidak diingini terhadap deria rasanya.

Loading...

Walaubagaimanapun, Egon Ronay telah meninggal dunia pada tahun 2010.
3. Merv Hughes – Misai
merv hughes

Bagi Merv Hughes, atlet kriket dari Australia, misai adalah perkara paling penting baginya. Ia merupakan “trademark” beliau dan membuatkan seseorang mengenalinya dengan mudah. Misai yang dimilikinya telah diinsuranskan sebanyak RM1.55 juta ketika beliau mewakili Australia dalam sukan itu. Agak-agak Wak Doyok insuranskan ke tak misai dia?
2. Jeff Beck – Jari
jeff beck insuranskan 10 jari tangannyaa

Sebagai seorang pemain gitar profesional yang digelar “god of guitar”, anggota badan paling penting bagi Jeff Beck tentulah jarinya. Beliau pernah terhiris jari telunjuknya ketika sedang memotong lobak dan terpaksa dijahit serta berehat selamat 7 minggu daripada bermain gitar.

Ketika itulah Jeff rasa jari-jari beliau harus dilindungi, dan telah mengambil polisi insurans bernilai RM4.2 juta bagi setiap jari tangannya. Jumlah keseluruhan adalah RM42 juta!
1. Bruce Springsteen – Suara
bruce springsteen

Dan berada di kedudukan pertama senarai anggota badan yang paling pelik pernah diinsuranskan jatuh kepada penyanyi lagenda Bruce Springsteen. Bruce yang terkenal dengan lagu nya iaitu “Born to Run” dan “Dancing in the Dark” mengambil langkah bijak dengan menginsuranskan suaranya dengan nilai RM25 juta, jika apa-apa berlaku terhadap suara emasnya itu seperti hilang suara atau suaranya rosak.

sumber:  iluminasi

Sharing is caring!

Loading...