Bagaimana Hilangkan Sakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir Menggunakan Sirap.

Sharing is caring!

Menanti kelahiran bayi yang dikandungkan adalah amat ternanti-nanti. Bila tiba waktu kelahiran, sudah pasti mengharapkan anak yang bakal lahir itu sihat dan sempurna.

Kita kerap dengar mengenai bayi yang baru lahir mengalami masalah kekuningan. Pelbagai petua dari orang lama juga telah digunakan namun, kuning si anak tidak mahu berkurangan.

Loading...

Ikuti perkongsian dari Nurull Eikin Ismail, cara beliau menghilangkan masalah kekuningan pada anaknya. Semoga bermanfaat kepada bakal-bakal ibu.

Baby Iskandar syafiq Vs Air sirap

Ekin nak cerita sedikit memandangkan ramai lagi ibu-ibu dekat luar sana masih tak tahu dan ada yang tak percaya “eh air sirap je pun”

21/7 Iskandar syafiq dilahirkan.. 
22/7 doctor sah kan Iskandar syafiq ada jaundis (kuning) dan bermula lah episod kedua-dua tangan Iskandar syafiq kena ambil darah then dipisahkan dengan mommy sebab kena duduk bawah lampu. Hati mak mana yang sanggup tengok kaki tangan anak nye kena cucuk ambil darah. Allahu…

Ok cerita nya Iskandar syafiq ada prolog jaundis. Nak dekat sebulan oii kuning nye tak turun-turun keluar masuk hospital. Ulang alik ke klinik Tiap-tiap hari tak payah cerita la. Mommy pantang pun entah kemana, bermacam-macam petua orang bagi dah cuba. 

Tak ada satu pun mommy tak buat untuk awk sayang. Semua dah buat! Tapi kuning still masih tinggi. Bacaan awk tak pernah bawah 10. Semua belas-belas.

Akhirnya dapat petua dari mama Chinta Stida Aishiteru suruh mandi kan Iskandar syafiq dgn air sirap.. Mommy terus buat sayang.. 3hari mandi berturut-turut. 3x sehari mandi. Dan sekarang alhamdulillah Iskandar syafiq sihat dengan jaya nya.

Kepada mommy to be atau pun baru lepas melahirkan yg baby ada kuning. Ikhtiar la cuba mandi kan dengan air sirap. Insya Allah…

Jangan la belagak mendabik dada “alah air sirap je pun” Positif kan diri selalu.

Sanggup ke korang tengok hari-hari anak kena ambil darah lepas tu dengar anak menangis kesakitan. Tak sanggup oii… Kita hanya ikhtiar yang memberi penyembuhan adalah Allah SWT.

Share post ini supaya orang lain juga tau. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Sharing is caring.

Sumber – Nurull Eikin Ismail

Sharing is caring!

Loading...