[ 6 Gambar] Datuk Jalaluddin Hassan Rancang Kahwini Janda Dan Bakal Isteri Beliau Adalah…..

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan, merancang untuk menikahi seorang ibu tunggal selepas genap setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan.

Hasimah meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

Loading...

Jalaluddin, 63, mengaku beliau kini berkawan dengan wanita empat anak berkenaan, yang dikenali menerusi laman sosial sejak Ramadan lalu.

“Kami berkenalan menerusi Facebook dan kali pertama saya menegurnya adalah pada Ramadan lalu apabila mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

“Hanya pada Aidilfitri baru kami ada peluang bertemu, pada sebuah acara rumah terbuka. Tak sangka, dia adalah adik kepada kawan saya,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sidang media Teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.

Teater terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Loading...

Jalaluddin berkata, jiwa kental yang ada pada wanita yang hanya dikenali sebagai YR itu membuatkan hatinya terpikat, sekali gus mahu menjadikannya sebagai teman hidup.

Image result for jalaluddin rancang kahwin ibu tunggal

“Saya kagum dengan semangatnya membesarkan anak-anak, selain menjaga ibunya yang kurang sihat,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai keadaan kesihatannya, pelakon berpengalaman yang juga seorang pengacara itu memberitahu, beliau kini semakin pulih.

“Bagaimanapun, saya kena lakukan fisioterapi sebab kaki masih lemah dan saya juga perlu menjaga makan,” kata Jalaluddin lagi.

Pada 2 Oktober lalu, Jalaluddin dilaporkan pengsan selepas menjadi tamu program bual bicara siaran TV AlHijrah, Assalamualaikum.


[ Artikel Berkaitan ]

Jalaluddin Sedia ‘Lamar’.
PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan, 63, tidak menafikan sedang berkawan dengan seseorang dan bakal menjadikannya pasangan hidup selepas cukup setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan yang meninggal dunia November tahun lalu.

Katanya, dia mengenali wanita itu melalui Facebook tetapi pertama kali menegurnya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada Ramadan lalu.

“Saya bertemu kali pertama dengannya pada acara rumah terbuka Aidilfitri lalu. Rupa-rupanya abang dia rakan baik saya,” katanya.

Jalaluddin akui bersedia mengahwini wanita berstatus ibu tunggal itu tetapi mahu menunggu biarlah setahun selepas pemergian isterinya.
Malah katanya, bapanya, Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihatinya untuk berkahwin kerana kasihankan dirinya yang sunyi tanpa teman.

“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini.

“Apa pun, saya memerlukan sedikit ruang sebelum membuat keputusan,” katanya.

Wanita berusia 44 tahun itu dipercayai berasal dari Serkam, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Minggu lalu, Jalaluddin dimasukkan ke hospital akibat masalah ‘vertigo’™ yang menyebabkan beliau mengalami masalah keseimbangan badan.

Walaupun dibenarkan keluar hospital untuk berehat pada Rabu lalu, beliau tetap memberi komitmen pada teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Sumber : HarianMetro

Sharing is caring!

Loading...