“Nama Anak Kau Kuno!” – Nama Bayi Saharul Ridzwan Dikutuk ..Isteri Saharul Tampil Balas

Sharing is caring!


Pelakon tampan, Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Amir telah selamat bergelar ibu bapa apabila menimang cahaya mata sulung baru-baru ini.

Saharul Ridzwan baru-baru ini ada berkongsi gambar, mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali kepada umum serta tatapan peminat-peminatnya.

Anak Saharul Ridzwan ini diberi nama Muhammad Luth Ali, satu nama yang cukup indah dan simple serta meruapakn gabungan nama nabi.

Loading...

Namun yang mengejutkan, ada follower yang menulis komen negatif, mengkritiknama itu.

Katanya, nama ‘Ali’ yang diberikan kepada anak Saharul Ridzwan ini adalah ‘nama kuno’.

Ini tulisnya: “Ali? Hahaha. Kunonya nama. nasib bapa handsome”

Susulan darip komen itu, isteri kepada Saharul, Deena Emir telah tampil memberi respon balas di ruangan komen dengan mengatakan bahawa nama Ali itu tidak kuno malah nama tersebut turut ada di dalam Asmaul Husna.

Ini respon balas Deena Amir:

“Awak je rasa kuno. Check la maksud dalam bahasa Arab pulak. Saidina Ali & salah satu Asmaul Husna pun ada علي. Harap buat homework lebih sebelum bercakap ya. Tq” 

Loading...

Sebagai Ibu bapa, memang akan rasa geramlah jika nama yang amat indah dan mempunyai maksud yang baik-baik diberikan kepada anak mereka di tertawakan dan diperkecilkan sebegitu.

Rata-rata para follower Saharul Ridzwan juga tampil menyuarakan komen kurang setuju dengan komen individu tersebut.

Ini antara komen dari para follower Saharul Ridzwan yang lain:

nuramilialatef: “Nama Ali laa sedap nama nabi..nak panggil pun medah dan indah..sedap mulut dan bahasa kutuk nama nabi kuno!! tak kan nak bubuh nama mat salleh baru sempoi… herrgh.. fikir sebelum kata!!

sitikhadijahsuparman: “seriously??? Say only when u have nice things to say. If not stay silent. Kuno or tak…. It’s a meaningful and beautiful name that the parents have chosen. If you don’t like it… So be it. But other people have their own preference. Kindly please respect that ya.

dian_nur: “Ali..pilihan nama yang indah…saidina Ali R.A salah seorg khalifah rasyidin, menantu nabi, di antara sahabat yang memperjuangkan islam, nama yang ever green… tahniah memilih nama yang indah.. semoga menjdi anak soleh taat pada Allah dan ibu bapanya

cikgudiza: “Orang tu tak tahu nama ali tu sangat indah. semoga Ali jadi anak yang membahagiakan kedua orang tua..

Apapun, kepad Deena Amir dan Saharul Ridzwan, bersabarlah banyak-banyak.

Mulut orang memang begitu, ada sahaja yang tak kena.

Selamat melayari kehidupan sebagai ibu bapa. Memang satu detik dan pengalaman yang amat manis setelah bergelar ibu dan bapa.

Sumber: IG Saharul Ridzwan

Kredit: beritamamey.blogspot.com

 
[ CERITA ARTIS TERKINI ]
Pelakon Chacha Maembong Dikejarkan Ke Hospital, Mata Hampir Buta Terkena Bisa.

Pelakon yang juga adik kepad Emma Maembong, Chacha Maembong telah dikejarkan ke hospital ketika penggambaran filem I’m Not A Terrorist arahan Arjin Uppal.

Detik cemas itu berlaku apabila Chacha Maembong mengalami masalah penglihatan gara-gara jangkitan kuman.

Chacha Maembong panik apabila pandangannya menjadi gelap selepas terjatuh ketika menjayakan babak ketika penggambaran filem itu di Kashmir, India.

Ini pendedahan Chacha Maembong:

“Mata saya tiba-tiba sakit kerana dimasuki sejenis daun berbisa, tetapi saya tetap bertahan dan meneruskan penggambaran hingga selesai. Sangka saya, ia mungkin disebabkan habuk hingga penglihatan jadi tidak selesa.

“Mata saya bertambah pedih apabila kami kembali ke hotel penginapan kerana saya kerap menggosoknya,”

Chacha berkata, kesakitan yang dilaluinya itu berlarutan apabila dia tidak dapat membuka mata ketika bangun pada awal pagi.

Pandangannya juga kosong membuatkan Chacha Maembong menangis kerana bimbang tidak dapat melihat lagi.

Melihat keadaan Chacha Maembong  yang melarat, oroduser, S Baldev Singh segera membawanya ke sebuah pusat perubatan pakar yang terletak lebih 200 kilometer dari hotel penginapan mereka.

Ini komen Chacha Maembong lagi:

“Saya diberikan cuti selama dua hari dan terpaksa berehat dalam bilik gelap. Mata pula dibalut kerana tidak boleh terkena cahaya. Saya hidup seperti orang cacat penglihatan, malah makan minum dan segala keperluan saya terpaksa dibantu.

“Selepas dua hari, keadaan mata saya masih belum pulih dan terpaksa kembali ke hospital untuk rawatan lanjut. Apabila balutan dibuka, doktor mendapati anak mata saya besar sebelah. Sakit itu hanya berkurangan selepas seminggu saya mendapat rawatan,”

Ketika kejadian, Chacha bersama pasukan produksi, White Merpati Entertainment Sdn Bhd menjalani penggambaran selama sebulan di Kashmir.

Untuk pengetahuan, filem I’m Not A Terrorist ini menelan belanja lebih RM7 juta.

Ianya turut dibintangi Afiq Muiz, Betty Banafe dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Filem itu turut menampilkan tiga pelakon lagenda Bollywood iaitu Gulshan Grover, Farida Jalal dan Rahul Dev.

Filem ini telahpun mula ditayangkan di pawagam di Malaysia dan India sejak 5 Oktober lalu.

Sharing is caring!

Loading...