[TERKINI] Punca Sebenar Dr Zamihan Mat Zin – Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Ditahan Polis..?

Sharing is caring!

PETALING JAYA: Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin ditangkap petang tadi, dalam  siasatan polis yang dipercayai ke atas kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Loading...

Beliau ditangkap selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kertas siasatan dibuka selepas menerima laporan terhadap Zamihan semalam.

Bekas Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dr Zamihan Mat Zin disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berhubung ceramahnya mengkritik Sultan Johor.

Zamihan telah ditangkap petang tadi jam 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Esok akan memohon penahanan reman di Mahkamah Jalan Duta,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tanpa mengulas lanjut.

Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

Kecaman itu menyusuli penularan video Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.

Loading...

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan.

Beliau juga membuat kenyataan terhadap rakyat Cina Malaysia.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.

“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.

Bagaimanapun, Zamihan hari ini memohon ampun kepada Sultan Johor dan menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah. Zamihan juga berkata beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Ibrahim.

Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita termasuk FMT, sambil menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau.

Media melaporkan sebelum ini , ketika menyampaikan ceramah agama di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lalu, Zamihan didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang membidas tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang tidak menerima pelanggan bukan Islam.

Zamihan turut menyentuh isu berbaur perkauman yang dikaitkan dengan kedai dobi itu.

Sultan Ibrahim pada 27 September lalu mengarahkan kedai dobi itu menghentikan dasar kontroversi itu atau berdepan risiko ditutup.

Sumber : HarianMetroOnline

Sharing is caring!

Loading...