(10 fOTO) Jom Kenali Siapakah Sofea Di dalam Titian Cinta Yang Selalu Buat Korang Bertambah Dosa Memaki Hamun

Sharing is caring!

Assalamualaikum ! Drama Titian Cinta telahpun sampai ke episod 3 hari Khamis lepas . Korang kenal tak SOFIA / Sofea ,watak antagonis yang jahat sanggup tikam kawan sendiri tu. Watak sofea dilakonkan oleh Tisha Shamsir Alam yang dulu pernah juga berlakon di Gerak Khas. Eh geram je tengok Sofea dalam Titian Cinta TV3 tu . Mentang-mentang si Rayan lebih kaya dari Haris , terus sailang dari Aisy . Ter-emo pulak wak kita ni . Biodata Tisha Shamsirada dibawah ini.

Loading...


Biodata Tisha Shamsir
Nah berikut biodata penuh Tisha Shamsir yang setakat ini Lisa tahu la . Tisha Shamsir (lahir Shanorbiah binti Shamsir Alam; 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim keenam. Tisha terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas.

Nama Penuh : Sharnobiah Shamsir Alam
Nama Panggilan : Tisha Shamsir
Asal: Pasir Puteh , Kelantan
Tarikh lahir : 20 Januari 1986
Umur : 31 (2017)
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Kerjaya : Pelakon, Penyanyi
Penglibatan : Bekas Peserta Mentor 6
Drama : Gerak Khas, Dia Bidadariku, Villa Nabila, Bahagia Kasihmu, Titian Cinta (2017)

Loading...

Laman Sosial :
Instagram : @tisha.shamsir.alam
Facebook : https://www.facebook.com/tisha.shamsiralam
KREDIT: http://infosuka.com/

Siapakah Farah Nabila gadis cantik manis yang berlakon dalam drama Papa Ricky? Saya perkenalkan Farah Nabila yang memegang watak sebagai Kathy dalam drama terbarunya Papa Ricky. Walaupun, Farah Nabila masih baru dalam pembabitan dunia seni Malaysia, tetapi namanya kini semakin mendapat perhatian apabila muncul dalam drama Inikah Cinta. Kini Farah Nabilah muncul dalam drama Titian Cinta bersama Zul Ariffin dan Tasha Shamshir.

Biodata Farah Nabila (Aisy)

Nama Penuh : Farah Nabila
Nama Komersial : Farah Nabila
Umur : 25 Tahun (2017)

Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kerjaya : Pelakon dan Duta

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Psikologi
Drama : Inikah Cinta, Papa Ricky (2017), Titian Cinta (2017)
Twitter : @farahnabilah
Instagram : https://www.instagram.com/fawaaaa/

Trivia Menarik Farah Nabilah

1- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi.

2- Fawaarriors merupakan nama kelab peminat.

3- Menjuarai program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) 2015 dan menjadi jurucakap untuk produk kecantikan tersebut.

4- Sebelum dikenali dengan Fawa, si cantik molek ini menggunakan nama asalnya iaitu Farah Nabilah sebagai nama pentas.

5- Gelaran Fawa ini diperolehi daripada seorang rakannya yang pelat dan tidak boleh menyebut namanya dengan betul.

6- Demi belajar dan memperbaiki mutu lakonannya, Fawa suka menonton sekurang-kurangnya satu filem tanpa mengira genre setiap malam.

7- Memulakan langkah seni sebagai model komersil.

8- Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Lihat lagi gambar Farah Nabila

Sumber : jomgosip.net

Sharing is caring!

Loading...