(Video) Media Eropah Dan Brazil Dakwa Pemain Bola Sepak Indonesia Ini Mungkin Pemain Terpantas Di Dunia..!

Sharing is caring!

Akhbar terkemuka Inggeris, Daily Mail dan juga media Brazil, Globoesporte menilai bahawa seorang pemain bola sepak kelab Borneo FC dari Indonesia lebih pantas berbanding pemain kelahiran Jerman, Leroy Sane yang beraksi bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini, Manchester City.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada malam Rabu, Daily Mail telah membuat analisis terhadap larian solo oleh Terens Puhiri, 21, ketika menjaringkan gol ketiga buat Borneo FC ketika menentang Mitra Kukar, 23 Oktober lalu. Borneo FC menang 4 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Aji Imbut, Tenggarong.

Loading...

“Disebabkan kurangnya teknologi dalam bola sepak Indonesia, kepantasan sebenar Puhiri ketika menjaringkan gol ketiga Borneo FC tidak dapat dipastikan. Namun, berdasarkan video itu dia mungkin mengalahkan kepantasan Leroy Sane,” dalam artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail.

Sane ketika awal musim ini mencatatkan kepantasan berlari selaju 35.48 kilometer per jam. Secara perbandingan, Sane diakatakan mampu menamatkan acara pecut 100 meter dalam masa 10 saat, rekod yang hanya boleh dicatatkan oleh atlet pecut bertaraf dunia sahaja. Perlu diingat, Sane membuat catatan tersebut di atas padang rumput, berbanding atlet olahraga yang berlari di atas trek khas untuk acara tersebut.

Daily Mail turut mengandaikan bahawa akan ada beberapa pencari bakat dari kelab Eropah yang mungkin memerhati kemampuan Puhiri selepas ini.

Kini, Puhiri menjadi sensasi media sosial selepas video yang merakam larian solonya serta jaringan gol tersebut menjadi tular.

“Semua ini timbul apabila saya yakin dan percaya bahawa bola yang kita kejar atau bawa mampu direbut.

“Bola sepak adalah pekerjaan kami. Mahu atau tidak kami harus yakin atau percaya diri bahawa orang Indonesia mampu menjadi sehebat pemain Eropah,” kata Puhiri.

Sumber : Daily Mail

Sharing is caring!

Loading...
Loading...