Ibu Tunggal Ini Kongsi Rahsia Jualan Kuih Keria Gula Melaka Viral Witus..!

Sharing is caring!

Baca kisah ibu tunggal cekal ini, berniaga kuih Keria Gula Melaka Viral Witus sehingga mampu mengubah kehidupannya anak beranak. Perjalanan kehidupan berumah tangga tidak semuanya indah. Tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.

Bagi Noorzaifam Jasmin Samsuri, 32 tahun, indah kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Dek kerana gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham, suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya.

Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang.

Loading...

kuih keria gula melaka viral witus

Tuah Keria Viral Witus

Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS), Shiela amat bermakna.

Bila saya berbual dengan rakan senasib, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan, saya boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui.

Saya akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak,” katanya yang akan membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus.

Biasa saya akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi.

Loading...

kuih keria gula melaka viral witus

Boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa, pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang.

Saya akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu,” katanya dalam penuh semangat.

Bagi Noorzaifam Jasmin  atau mesra disapa Jasmin, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang, seperti katanya, hidup perlu diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mingguan Wanita

Sharing is caring!

Loading...