Ketahui 9 Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan

Sharing is caring!

9 Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan,ok!: Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan.

Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. K Jeevan berkata, kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar.

Loading...

“Tambahan pula kosnya murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek.

“Ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kajian ke atas kandungan polifenol dan ciri anti radikal dilakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi, makanan berfungsi dan nutraseutikal.

Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan dituai beberapa kali setahun menjadikannya mudah dipasarkan.

Dr. Jeevan menambah, kandungan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah.

Selain itu, daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang digunakan dalam pembangunan produk makanan.

Loading...

“Jika daun keledek digunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya dibuang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil.

“Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah,” katanya.

Bahan aktif dalam daun keledek sesuai digunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi.
Khasiat Ubi Keledek Ungu
Khasiat ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan makanan yang sering dihidangkan diwaktu petang itu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji.
9 Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan
Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Kajian oleh penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat tempat di pasaran komersial dan bakal diinovasikan kepada pelbagai produk seperti makanan, produk kecantikan dan sebagainya.

Menyedari hakikat itu, USIM menjalinkan kerjasama dengan Nutramedica Laboratories Sdn. Bhd. untuk pemindahan teknologi pengekstrakan Anthocyanin daripada ubi keledek ungu (Purple Sweetpotato, PSP).

Anthocyanin adalah salah satu antioksidan yang penting untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi memerangi serangann pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan lain lain penyakit moden serta proses penuaan.

Penyelidikan USIM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zaiton Hassan dan pasukannya menunjukkan bahawa anthocyanin daripada keledek ungu memberi warna merah kebiruan yang stabil apabila digunakan pada produk yang diproses menggunakan haba seperti penghasilan minuman dan makanan.

9 Khasiat Ubi Keledek
1. Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan ‘homocysteine’ kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

2. Sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang ‘stress’. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.

3. Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

4. Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

6. Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

7. Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.

8. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

9. Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.

tips: Memilih/membeli ubi keledek yang segar adalah sangat bagus. Elakkan dari membeli ubi keledek yang pecah dan agak layu. Kemudian simpan ubi keledek itu di tempat yang jauh dari sinaran matahari dan berada di suhu bilik. Ubi keledek tersebut mampu bertahan lama dengan anggaran selama satu ke dua minggu.

Sumber : v-viralvideo via Limaumanis

Sharing is caring!

Loading...