[VIDEO & GAMBAR] Mia Ahmad Tanpa Segan Silu Menciumm Izham, Macam Tak Boleh Sampai Rumah – Teruk Dikecam Netizen..!

Sharing is caring!

 

“Kalau saya dedahkan takut Izham malu pula, sebenarnya, dia menyapa saya ‘hai’ di Twitter, tapi saya tidak mengendahkannya sehingga ada peminat yang retweet dan usik-usik. Pada mulanya saya ingat peminat yang saja kacau-kacau, bila peminat sering mengusik kami, saya terfikir untuk (cari) Google nama dia dan barulah saya tahu dia pemain bola sepak. Saya kesihan juga sebab layan dia begitu, tapi dia tidak putus asa dan terus berusaha untuk berkenalan. Akhirnya saya balas juga (mesej) tapi ikut kesempatan sahaja. Sehingga satu hari seorang rakan kami mempertemukan saya dan dia ketika saya menjalani penggambaran drama di Johor Baru. Kami bertukar nombor telefon. Kami kenal memang sudah setahun tapi sebagai kawan biasa sahaja. Memang setiap kali kalau dia di Kuala Lumpur dia akan hubungi saya untuk jumpa. Tapi saya menolak dengan pelbagai alasan kerana saya tidak tahu apa niat dia, saya juga takut dipermain-mainkan dengan lelaki. Saya bukan budak-budak muda yang masih inginkan hubungan sia-sia.” – Mia Ahmad

Loading...

“Saya minat dia sejak drama Hati Perempuan, saya suka lihat dia berlakon dan penampilannya dalam drama tersebut membuatkan saya terpaut. Susah nak pikat dia, sebab kita tak tahu cara dia macam mana, pernah rasa putus asa kerana tidak dilayan. Malah jadual kami yang padat juga membataskan saya untuk mengenali dia. Sehingga saya rasa kami tidak sesuai bersama kerana kehidupan dan kerjaya yang berbeza.” – Mohd Izham Tarmizi Roslan, Penjaga Gol JDT

Begitulah bibit-bibit percintaan mereka.  Pelakon Shamiha Ahmad Baderi atau Mia Ahmad, 29, selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 11 pagi tadi.

Mia Ahmad yang popular menerusi drama bersiri ‘Hati Perempuan‘ dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Ustaz Abdul Rashid Azidin di Taiping Sentosa Villa, di sini.

Dengan sekali lafaz, Mohd Izham Tarmizi yang segak berbaju Melayu berwarna krim sah menjadi suami kepada Mia di hadapan kira-kira 200 tetamu yang hadir. Mia menerima mas kahwin RM2,000 selain menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Video Mia Ahmad mencium Mohd Izham Tarmizi  menjadi tular selepas perlawanan akhir Kedah menentang JDT kelmarin.




Loading...

Video :

Sharing is caring!

Loading...