[VIRAL] ‘Baby chair inilah punca Airil dapat virus HFMD’ – Hati-Hati Ibubapa Semua..!

Sharing is caring!

“Silap saya sebab malam itu tak bawa baby wipes,” demikian kata si ibu yang kesal, anaknya terkena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dipercayai diperolehi dari kerusi bayi yang digunakan anaknya di sebuah kedai makan.

Ibu bapa diingatkan agar sentiasa berwaspada bila bawa anak kecil ke tempat awam seperti, taman permainan, pusat beli-belah, kedai sewaan kereta kawalan jauh dan sebagainya kerana tempat-tempat seperti ini berpotensi untuk mendapat jangkitan penyakit berjangkit.

Loading...

SAYA syak baby chair inilah punca Airil mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sebab keesokannya Airil demam.

Silap saya sebab malam itu tak bawa baby wipes. Kerusi itu pun tak nampak kotor, so tak adalah nak lap-lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat.

Jadi selepas ini, saya dah standby segala protection before and after duduk di mana-mana, kena lap dulu habis bersih. Biarlah orang kata apa pun, yang nak menjaga anak tak sihat itu nanti, kita juga.













Elakkan pergi ke kawasan permainan kalau dah musim HFMD. Pesakit HFMD wajib dikuarantin. Kuarantin bermaksud duduk di rumah sahaja, langsung tak boleh hantar anak ke taska atau sekolah.

Bagaimana nak sahkan anak terkena penyakit HFMD? Pergi ke klinik dan minta pengesahan doktor untuk mengesahkan anak terkena penyakit HFMD.

Loading...

Kepada ibu bapa yang lain, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes atau spray, dettol anticeptic, sanitizer ke dan bawa saja pergi ke mana-mana pun.


Tapi kalau dah kena juga, tak bolehlah nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak benar-benar sihat.

 

NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i)
Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii)
Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM

Sumber: Amrina Meena

Sharing is caring!

Loading...