[4 GAMBAR] VIRAL PELAKON SOFI JIKAN KANTOI GANJA..?

Sharing is caring!

Sejak semalam, foto kad pengenalan dan lesen memandu milik pelakon Sofi Jikan bersama daun kecil yang dipercayai sebagai ganja mula menjadi viral di media sosial. Dalam sekelip mata nama Sofi menjadi bualan hangat dan dituduh terbabit dengan kes pengambilan ganja.

Enggan terus terpalit dengan berita palsu, Sofi menerusi portal Harian Metro menafikan khabar angin tersebut.

Pelakon berbakat besar, Soffi Jikan menafikan dirinya ditahan polis kerana terbabit dengan pengambilan ganja seperti tersebar di media sosial sejak semalam.

Loading...

Sofi Jikan akhirnya tampil menjelaskan mengenai isu gambar kad pengenalan dan lesen memandunya viral di laman sosial yang menggambarkan dirinya seperti ditangkap polis kerana memilik dadah jenis ganja.

Sofi Jikan memberitahu sebenarnya dompet yang mengandungi dokumen penting termasuklah kad pengenalan dan lesen memandu telah hilang di Kuala Perlis minggu lalu.

“Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa. Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis”.

“Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu,” – Sofi Jikan.

Alahai kesian pula dengan Sofi. Gara-gara kehilangan dokumen pengenalan dirinya beliau sudah dituduh terlibat dalam kes ganja pula. Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan menyebarkan berita palsu ini.

Sofi Jikan menafikan dia tidak memilik dadah jenis ganja seperti yang digambarkan dalam gambar tersebut dan memohon maaf kepada semua masyarakat atas salah faham akibat gambar yang viral itu.

Loading...

Bukan itu saja, Sofi Jikan juga tidak akan membuat laporan polis sepertimana yang biasa akan dilakukan oleh individu lain sekiranya terdapat info yang tidak benar sebegini.

Tetapi jika dilihat kertas untuk latar belakang untuk gambar tersebut adalah borang tugasan pihak polis untuk mencatat butir-butir semasa sekatan jalan raya (road block) bukan? Adakah…? Sighhh…

Sumber : HarianMetro

 

Sharing is caring!

Loading...