[TIPS] Apakah Beza Minyak Wangi Jenis Parfum, Eu de Parfum dan Eu de Toilette..?

Sharing is caring!

Setiap orang mempunyai pilihan minyak wangi yang digemari. Walau bagaimanapun, tahukah anda perbezaan antara minyak wangi jenis Parfum, Eu de Parfum (EDP) dan Eu de Toilette (EDT) dan Eu de Cologne (EDC)?

Secara umumnya, keempat-empat ini berbeza mengikut peratusan bahan pewangi yang ada padanya. Selain jenama, perbezaan peratusan bahan pewangi inilah yang menyebabkan perbezaan harga dan ketahanan bau sesuatu minyak wangi itu.

peratusan bahan pewangi dalam minyak wangi
1. Parfum
minyak wangi jenis parfum

Loading...

Sekiranya harga sesuatu minyak wangi itu terlalu mahal, cuba perhatikan label pada kotak minyak wangi tersebut. Besar kemungkinan minyak wangi tersebut adalah jenis Parfum, iaitu yang memiliki peratusan konsentrasi pewangi yang paling tinggi.

Parfum biasanya mempunyai kandungan bahan pewangi antara 20% dan 30%. Apabila konsentrasi pewangi tinggi, maka sudah tentulah baunya lebih tahan lama. Kebiasaannya, Parfum boleh bertahan selama 8 jam atau lebih.

 
2. Eau de Parfum (EDP)
eu de parfum

Eu de Parfum atau EDP pula adalah minyak wangi yang mempunyai kandungan konsentrasi yang lebih rendah daripada Parfum tetapi lebih tinggi daripada Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Cologne (EDC).

Kandungan bahan pewangi dalam EDP biasanya antara 15% dan 20%. Kerana kandungan bahan pewanginya yang lebih rendah daripada Parfum, maka secara umumnya, harga EDP biasanya lebih murah daripada Parfum. Ketahanan baunya juga kurang daripada Parfum.

 
3. Eau de Toilette (EDT)
eau de toilette

Loading...

Kebanyakan minyak wangi di pasaran seperti yang dijual di pasar raya atau kedai runcit adalah jenis EDT kerana harganya yang lebih murah. Secara umumnya, kadar konsentrasi bahan pewangi dalam EDT adalah lebih rendah daripada Parfum dan EDP, iaitu kira-kira 5% hingga 15% sahaja.

Dengan kadar konsentrasi yang lebih rendah dalam EDT, maka semestinya kadar ketahanan baunya juga lebih sekejap berbanding Parfum dan EDP.

4. Eau de Cologne (EDC)
 

eau de cologne

EDC adalah minyak wangi yang paling rendah kandungan konsentrasi bahan pewangi dengan anggaran kira-kira 2% hingga 4%. Seperti EDT, EDC juga lebih murah dan mudah didapati di kebanyakan kedai dan pasaraya.

Harga untuk sebuah minyak wangi EDC boleh dijual serendah beberapa belas ringgi sahaja. Dengan konsentrasi bahan pewangi yang rendah, sudah semestinya ianya hanya mampu bertahan dalam beberapa jam sahaja.

Sumber : iluminasi.com

Sharing is caring!

Loading...