[4 Sebab] Kenapa Akhbar KOSMO Tukar Nama Harimau Malaya Jadi Sotong Malaya – Jadi Kecaman Netizen..!

Sharing is caring!

Kosmo tukar nama Harimau Malaya jadi “Sotong Malaya”

Apa sudah jadi kepada bola sepak Malaysia? Skuad Harimau Malaya terus hilang taring apabila dimalukan buat kali kedua oleh Korea Utara menerusi jaringan sama 1-4 pada aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand malam tadi.

Eksperimen pengendali Nelo Vingada yang memberi peluang kepada empat pemain muda iaitu Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar, Syafiq Ahmad dan Amirul Azhan untuk beraksi dalam kesebelasan utama ternyata memakan diri apabila Malaysia cuma mampu bertahan 15 minit asakan Korea Utara yang dibimbing oleh Jorn Andersen, jurulatih dari Norway.

Penyerang sensasi republik itu, Kim Yu Song menjadi ‘duri dalam daging’ buat Malaysia apabila menghasilkan hatrik (m-15, m-20, m-44), manakala Pak Kwang Ryong turut mencatat nama selaku penjaring menerusi sentuhan pada minit ke-79.

Loading...

Pemain gantian, Safawi Rasid memecah kebuntuan gol buat skuad Harimau Malaya apabila melakukan jaringan pada minit ke-85.

Kekalahan kali keempat daripada lima perlawanan menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia di Emiriyah Arab Bersatu.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan menentang Lebanon di gelanggang lawan pada Mac tahun depan, namun ia sekadar pelengkap jadual Kumpulan B buat skuad negara.

[1] Seorang forumer, Perfect Stranger di Forum Lowyat menyifatkan tajuk itu mahu mencetuskan perbalahan dengan kesultanan Johor.

[2] “They really want to start a fight with Johor Sultanate, I wonder behind media to put this title (mereka betul-betul nak mulakan perbalahan dengan Kesultanan Johor, saya tertanya-tanya siapa di belakang media yang letak tajuk ini)” tulis Perfect Stranger.

[3]“Bagai api disimbah petrol,” kata seorang lagi forumer menghunakan nama pandera999.

Loading...

[4] Segelintir netizen pula beranggapan, tajuk “bikin panas” itu sekadar taktik murahan Akhbar Kosmo bagi melariskan jualannya melalui tajuk sensasi, sedangkan isinya tiada apa yang menarik.

“Sotong Malaya lunyai? Haha… Berani betul letak tajuk akhbar camtu. Tapi tepat,” kata seorang pengguna media sosial menggunakan nama F i R m i N o‏.

“Harimau Malaya dah tukar ke Sotong Malaya, lepas ni binatang apalah pulak,” tambah Tajul Tajuddin.

Sementara MamakMalaya‏ berkata, “Banyak pemain dalam tu (pasukan negara) tak sesuai dalam skuad @HarimauMY aka Sotong Malaya. Kena ada rombakan pemain besar-besaran @FAM_Malaysia.”

“Mohon @FAM_Malaysia baca dan hadam. Kita bukan lagi Harimau Malaya… Kita sudah bertukar menjadi sotong,” tulis Muse.

Akhbar itu hari ini melaporkan Skuad Harimau Malaya terus hilang taring apabila dimalukan buat kali kedua oleh Korea Utara menerusi jaringan sama 1 — 4 pada aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-mobile, Buriram Thailand malam tadi.

Eksperimen dilakukan oleh pengendali Nelo Vingada memberi peluang kepada empat pemain muda Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar, Syafiq Ahmad, dan Amirul Azhan beraksi dalam kesebelasan utama disifatkan oleh akhbar itu sebagai “memakan diri”

Kekalahan kali keempat daripada lima perlawanan menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia di emiriyah Arab Bersatu.

Sharing is caring!

Loading...