[4 ScreenShort] Isteri Kantoi Main Dengan Suami Orang – Siap Ajak Tukar Pasangan Lagi..! Giler..!

Sharing is caring!

Mungkin sedekad yang lalu, kisah-kisah sebegini amat jarang untuk didengari sekali. Namun, dengan teknologi yang kita kecapi sekarang ini, pelbagai kisah-kisah pelik semakin banyak kita dengari.

Lambakan applikasi komunikasi dan media sosial yang tersedia untuk pengguna-pengguna telefon pintar ada kalanya banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Bukan pertama kali kita dengari cerita suami isteri yang bergaduh akibat orang ketiga yang dikenali melalui laman-laman media sosial ini ataupun menerusi applikasi WeChat dan BeeTalk yang menjadi punca utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri.

Loading...

“Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman ‘jahiliah’ lebih lima tahun lalu.”

Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan,” kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.

Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi.

Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.

“Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasra mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah.

isteri curang, isteri berzina, gambar isteri curang dengan suami orang, bertukar pasangan,swap bini
“Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil,” katanya.

Loading...

Menurutnya, sejak itu, dia mula menyimpan perasaan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Katanya, tiga bulan selepas rakannya memeluk Islam pada 2011, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya.

Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ia hanya sementara.

“Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mentua memberi sokongan penuh untuk saya berubah.

“Selepas itu, saya mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni Tuhan,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa keping screenshot yang memaparkan perbualan lucah di antara isteri orang dengan lelaki lain tersebar di sebuah laman media sosial.

 

 

 

Sharing is caring!

Loading...