Kenapa Asal Letak Nama Anak Bunyi Macam Nama Mat Salleh, Mesti Orang Melayu Kecam..?

Sharing is caring!

Masuk tahun 2017 zaman serba canggih dan moden ni, berbagai nama yang kita dengar. Tak macam nama zaman 60an – 90an dulu.

Ada yang sampai diberi tambahan kad pengenalan sebab nama terlalu panjang. Nasib baik tak usung kertas kajang gantung kat leher kehulur kehilir.

Loading...

Tak kisah apa nama yang diberi atau kita sebagai ibu bapa beri sekalipun, janji ada maksud yang baik. Islam adalah agama universal bukan hanya untuk bangsa Melayu dan Arab sahaja.

Islam adalah untuk semua bangsa, semua kaum dimuka bumi ini. Sekarang ni, ramai bangsa lain masuk Islam dan tak tukar nama.

Tujuannya untuk mempermudahkan urusan mereka dan untuk berdakwah terutama pada ahli keluarga.

Aku ramai kenalan Cina dan India yang kaya raya nak masuk Islam. Rajin beri sumbangan, bantuan kepada masyarakat khususnya Melayu Islam dan mereka betul-betul berminat untuk masuk Islam.

Tapi ada beberapa perkara yang menghalang mereka dari memeluk Islam. Antaranya adalah kerana nama.

Persepsi mereka, bila peluk agama Islam wajib tukar nama tapi yang menjadi kerisauan ialah harta mereka pada nama lama.

Loading...

Mereka takut bila masuk Islam kena pakai nama baru dan harta mereka tak sampai ke isteri, anak-anak dan cucu cicit kerana nama lama.

Kekadang harta yang dikhuatiri tak sampai itu adalah dari keturunan yang dulu-dulu. Yang harta dari generasi yang ke-27 pun ada.

Zaman Rasulullah dulu, bila kaum lain masuk Islam, baginda tak suruh mereka tukar nama melainkan nama mereka mempunyai unsur Syirik atau makna yang tidak elok, barulah baginda suruh tukar.

Sungguh.

Buktinya, seorang lelaki Parsi dari Isfahan bernama Salman Al-Farisi dan Bilal Bin Rabah atau lebih dikenali pada zamannya sebagai Bilal Habashi berasal dari Ethiopia dan berkulit gelap.

Mereka tidak menukar nama mereka supaya mereka senang nak berdakwah pada kaum dan bangsa sendiri.

Ramai orang yang masih keliru dan tak tahu definasi nama Islam. Ramai antara kita yang ingat nama Arab itu nama Islam tapi sebenarnya nama Arab itu tak semestinya Islam walaupun bunyinya sedap dalam bahasa Arab.

Contohnya nama Cina seperti Lim Kit Siang. Ini contoh, kau jangan mengata bak kata Nur Sajat. Lim adalah nama keluarga bukan nama bapa. Kit adalah nama keturunan atau generasi, manakala Siang pula adalah nama mereka sendiri.

Bila kita suruh Lim Kit Siang buang nama kedua dan ketiga, sebenarnya kita suruh mereka putuskan hubungan dengan keluarga mereka.

Kalau maksud Lim Kit Siang adalah ‘Menuju Kejayaan’ dan bermaksud baik, untuk apa ditukar atau dibuang?

Macam nama anak aku yang kedua, Aldric Raffael yang membawa maksud Aldric (Bijaksana) dan Raffael (Yang Diberkati).

Asalkan membawa maksud yang baik, apa salahnya kan?

Tukar persepsi masyarakat kita, hapuskan kerisauan dan ketakutan masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam adalah agama universal dan mereka masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa serta berdakwah pada keluarga mereka.

Masih ramai diluar sana yang tak tahu dan tak pernah tahu. Bantu dengan berkongsi dan semoga bermanfaat.

Ingat, Islam agama Universal bukan hanya agama untuk bangsa Melayu dan Arab sahaja.

Sumber : Mizan Dzai / OhMyMedia

Sharing is caring!

Loading...