[3 Gambar & Video] Wajarkah Kari Kepala Ikan RM600..? Gila Cekik Darah..!

Sharing is caring!

GAMBAR sekeping resit yang dikeluarkan oleh sebuah restoran mamak terkenal di ibu negara tular di media sosial ekoran menggenakan caj harga kari kepala ikan yang didakwa tak masuk akal.
Menurut pemilik resit berkenaan, Faudzy Asrafudeen, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesan keluarganya pada malam hujung minggu lalu berjumlah RM600.

Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.

“Bil makanan lain saya rasa ok sahaja tapi cuba lihat harga empat kari kepala ikan, terlalu melampau.

Loading...

“Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati,” katanya berdasarkan posting yang dimuat naik pada Isnin.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Faudzy makan kari kepala ikan di restoran mamak berkenaan dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.

Dia bagaimanapun tetap membayar caj berkenaan namun kesal dengan sikap restoran mamak tersebut gara-gara meletakkan harga semahal itu.

“Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami,”katanya.

Menurutnya lagi, pekerja restoran mamak berkenaan sepatutnya memberitahu dahulu jenis harga yang disediakan, agar pelanggan tidak ‘terkejut’ ketika membayar di kaunter.

Loading...

“Beritahulah jenis harga yang disediakan, kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya, jangan tahu hanya ambil tempahan sahaja,” katanya lagi.

Di ruangan komen, netizen tampil mendedahkan restoran berkenaan yang terletak di kawasan segi tiga emas di ibu negara memang terkenal dengan harga yang agak tidak munasabah kepada pengunjung.

“Kepala otak mamak charge RM600 untuk empat kari kepala ikan! Gila-gila tak patut,” tulis Normanis Nawawi.

“Satu kepala ikan rasanya tak sampai RM30 kot, tu sebab kita tak gemar nasi kandar, tak ada special apa pun, masak sendiri lagi afdal. Hati tak sakit kena overchargedmacam ni,” kata pengguna Facebook yang menggunakan nama Roza Sure Bagus.

Sementara itu, Faudzy bagaimanapun tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa dan hanya meminta agar orang ramai tidak menjadi mangsa sepertinya.

 

Benarkah Durian Raja Kunyit Berharga RM5,760?

SESETENGAH orang mungkin tidak meminati raja segala buah ini. Tapi, kalau yang memang ‘hantu’ durian, harga beratus-ratus ringgit pun mereka sanggup bayar demi menikmati keenakannya.
Apabila sampai saja musim durian, maka belambaklah khemah dipacak di tepi jalan dengan susunan buah yang menarik. Tapi yang tak bestnya, harga durian sekarang ni makin mengarut dan tak masuk akal langsung!

Sekilo durian dengan nama-nama pelik dijual sampai mencecah puluhan ringgit sekilogram! Menjadikan hanya kelompok tertentu dalam masyarakat kita yang mampu menjamah buah berkenaan.

Sampai orang bertanya, mana pergi durian kampung yang harganya semua orang mampu beli dahulu?

Ok… dalam banyak-banyak harga durian yang mengarut…..pernah tak kalian jumpa beberapa biji yang mencecah berharga RM5,790.00? Baca betul-betul…durian tau, bukan harga iPhone 8.

Yea betul….tersebar di media sosial mengenai seorang pembeli dikatakan telah membayar durian jenis Raja Kunyit dengan harga hampir RM6k! Tergagap sekejap nak sebut harga durian tu.

Bil dan gambar di bawah adalah bahan yang tersebar itu.

Mungkin inilah harga durian yang paling tak masuk akal setakat ni. Betul ke harga durian raja kunyit mahal macam tu? Boleh buat bayar duit muka untuk beli kereta dah.

Kami telah cuba untuk menghubungi nombor yang tertera di resit tersebut, namun tiada sebarang jawapan yang berjaya diperoleh.

Kami pun teringin nak tahu sangat apakah benar itu harga yang telah dibayar atau semuanya itu sekadar salah faham.

Mungkin selepas ini pihak yang berkenaan akan memberikan jawapan mengapa harga durian itu mencecah RM6k.

Apakah ia sebenarnya merujuk kepada 100 kiliogram dan bukan 1 kilogram?

Peliknya di resit syarikat penjual itu ditulis 1 raja kunyit. Takkan sebijik semahal itu? Pelancong mana la kena kencing agaknya kalau ia benar.

Bagi anda yang peminat tegar durian ni… Agak-agak masuk akal ke harga durian Raja Kunyit semahal macam tu? Menangis jugak rasanya kalau nak bayar tu.

*Video sekadar hiasan…

Sumber : MYNEWSHUB.CC

Sharing is caring!

Loading...