[Sejarah] Asal-usul jenama Ray-Ban dari zaman kegemilangannya sehingga kejatuhannya dan setelah 60 tahun bertahan..!

Sharing is caring!

Jenama Ray-Ban merupakan sebuah jenama kaca mata sangat paling popular di dunia.  Jenama buatan Amerika Syarikat ini telah dicipata oleh Bausch & Lomb pada tahun 1936 setelah syarikat tersebut mendapat idea daripada pengembaraan belon udara Leftenan John A. Macready.

Leftenan John A. Macready (kiri) and 1st Lt. Oakley G.

Loading...

John yang merupakan seorang juruterbang percubaan tentera itu baru pulang daripada pengembaran beliau telah mengadu kepada mereka mengenai matanya yang sakit akibat cahaya mata yang terik ketika beliau sedang menerbangkan pesawat. John turut mencadangkan supaya Bausch & Lomb supaya menghasilkan sebuah kaca mata gelap yang nampak elegan untuk dipakai oleh beliau ketika penggembaran akan datang.

Cadangan yang dilontarkan oleh John itu nyata tidak disia-siakan oleh syarikat kaca mata gergasi itu setelah mereka mencipta sebuah prototaip kaca mata yang dikenali sebagai Aviators pada 7 Mei 1937. Rekaan kaca mata tersebut kemudiannya telah dipatentkan bagi melindungi hak cipta mereka.

Prototaip itu merupakan kaca mata anti-silau pertama yang diciptakan di dunia memiliki berat hanya 150 gram di mana bingkainya diperbuat daripada logam bersalut warna emas, manakala kanta kaca mata itu diperbuat daripada kaca mineral yang berfungsi khas untuk menapis sinaran sinaran infra merah dan infra ungu.

Rekaan protaip tersebut kemudiannya telah ditunjukkan kepada pihak tentera udara Amerika Syarikat yang kemudiannya serta-merta jatuh cinta dengan rekaan terbaru Bausch & Lomb itu.

Namun apa yang membuatkan the Aviator Ray-Ban mula jadi terkenal setelah seorang jeneral tentera Amerika Syarikat, Jeneral Douglas MacAther telah bergambar sambil memakai kaca mata tersebut setelah beliau mendarat di sebuah pantai di Filipina semasa Perang Dunia Kedua.

Loading...

Setelah kejayaan the Aviator yang memberangsangkan, syarikat Bausch & Lomb telah mencipta kaca mata hitam kedua mereka yang dikenali sebagai Wayfarer.

Berbeza dengan the Aviator yang berbingkai logam, Wayfarer menggunakan bingkai plastik dan dijual pada harga yang lebih rendah. Reka bentuk Wayfarer ini menjadi popular di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan remaja.

The Aviator

Wayfarer

Setelah itu, the Aviator Ray-Ban sering dikaitkan sebagai sebuah kaca mata perang dan sering digunakan di dalam mana-mana filem peperangan seperti Top Gun di mana rekaan ini telah dipakai oleh Tom Cruise, Val Kilmer dan Anthony Edwards.

Namun pada tahun 1999, syarikat pengeluar kaca mata Ray-Ban telah bergelut dengan masalah kewangan setelah jualan kaca mata Ray-Ban yang merosot akibat persaingan daripada jenama Oakley yang mempunyai kepakaran mencipta rekaan kaca mata yang lebih moden dan sesuai untuk dipakai oleh golongan muda.

Sahan Ray-Ban telah merudum jatuh daripada USD78 kepada USD1 dan ini telah mendesak mereka untuk menjual paten Ray-Ban pada harga USD640 juta kepada Luxottica yang merupakan sebuah syarikat kaca mata yang berasal dari Itali. Namun begitu, Bausch & Lomb tidak menjual teknologi dan kepakaran mereka di dalam penghasil kaca mata kepada Luxotticca.

Sumber :OhMyMedia

Sharing is caring!

Loading...