[10 Gambar] Seksi Malika Askarova Buah Hati Wak Doyok.. Memang Seksi Giler..!

Sharing is caring!

Mohd Azwan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok (lahir 23 November 1979) merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia, terkenal dengan fesyen misai dan janggutyang unik.  Beliau merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment.

Dalam satu temuaramah pada 2016, Wak Doyok bertanya mengenai asal usul nama samaran beliau: “Ini panggilan dari kawan-kawan saya, Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana saya berketurunan Jawa, dan ketika saya kecil Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi saya dipanggil Wak Doyok,”

Wak Doyok lahir di Klang dan membesar di Kajang, Selangor. Beliau dilaporkan pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, namun berpisah kerana tiada persefahaman.

Loading...

Baru-baru ini, beliau mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April lalu. Bagaimanapun, ia tidak kesampaian apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan namun beliau enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.

Wak Doyok telah ditemani oleh seorang wanita cantik yang dipercayai teman wanitanya ketika sambutan hari jadinya. Apakah ini bakal isteri Wak Doyok?

Gambar dan video saling bercium Wak bersama wanita yang dikenali sebagai Malika dikecam netizen kerana tindakan ‘keterlaluan’ Wak itu.
Siapakah Malika?
 

Malika atau nama penuhnya Malika Askarova merupakan seorang model yang terkenal yang berasal dari Uzbekistan. Jom lihat gambar-gambar yang dirangkum oleh Hangat.com khas buat pembaca semua.

Loading...

Hangat.com difahamkan Malika bermula kerjaya sebagai model selepas ditemui oleh seorang jurugambar pada pertunjukan fesyen di kampungnya di Tashkent, Uzbekistan.

Malika menandatangani kontrak dengan Figaro International Management Group, Malika telah memenuhi impian zaman kanak-kanaknya untuk melancong ke luar negara, kerana dia kini berada di Milan menjalani kehidupan dalam dunia fesyen.

Jika pembaca Hangat.com masih ingat,  ketika Anugerah Juara Lagu ke-29, Wak Doyok  pernah membawa wanita bersama menghadiri majlis itu. Kelibat pasangan ini sempat menjadi perhatian media dan menjangkakan wanita ini merupakan bakal isteri Wak Doyok.

Sumber: Hangat.com

 
Wak Doyok Sepatutnya Dah Nikah Tapi…
 

PELAKON filem Abang Long Fadil 2 iaitu Wak Doyok mendedahkan dia sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April lalu.

Bagaimanapun kata ikon fesyen terkenal itu, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan namun enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.

“Jika diikutkan saya sepatutnya berkahwin pada April lalu malah persiapan pun sudah dilakukan.

“Tetapi jodoh itu di tangan Allah, semua yang dirancang tidak menjadi dan saya anggap tiada jodoh di antara kami,” katanya.
 Wak ditemui pada sesi fotografi pencalonan awal Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), Rabu.

Wak kini mahu memberi fokus kepada karier lakonan sahaja. 

Sebelum ini Wak atau atau Mohd Azwan Md Nor, 38, pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Ditanya mengenai pengganti, Wak berkata buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada karier lakonannya yang sedang berkembang.

Namun katanya, itu bukan bererti dia serik untuk kembali bercinta sebaliknya berharap dipertemukan dengan seorang wanita yang boleh memahami dirinya selain menjaga ibunya.

“Kalau dapat jodoh seorang cikgu pun apa salahnya, lagi bagus sebab boleh jaga dan ajar anak-anak.

“Ciri-ciri wanita yang saya cari tidaklah yang terlalu tinggi cukup sekadar boleh memahami saya dan menjaga ibu saya.

“Tetapi sekarang saya memang tiada sesiapa kerana mahu fokus kepada karier seni terlebih dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wak berkata, dia terkejut apabila diberitahu namanya mendapat pencalonan awal pada FFM29 menerusi penampilan sulungnya dalam Abang Long Fadil 2.

Bagaimanapun Wak tidak meletakkan harapan tinggi dan bersyukur dengan pencalonan diterima.

Sumber : MStar.com

Sharing is caring!

Loading...