Siapa Masih Ingat Pemain Kebangsaan Rozaimi Abd Rahman..? Baca Kisah Sedih Beliau Sebelum Diselematkan Oleh TMJ.

Sharing is caring!

KOTA KINABALU  (Januari 2016) : “Saya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana Tunku Mahkota Johor (TMJ),” demikian kata bekas penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang membuat kejutan menyertai skuad juara Liga Super dan Piala AFC itu.

Walaupun sebelum ini dikhabarkan akan beraksi untuk negeri kelahirannya dalam saingan Liga Perdana, Rozaimi yang berehat panjang akibat kecederaan serta pemulihan selepas kemalangan jalan raya pada Julai tahun lalu, ketika dihubungi mengakui keputusan menyertai pasukan Harimau Selatan dibuat selepas perbincangan dengan keluarga.

“Saya datang ke JDT kerana TMJ mahu saya menjalani proses pemulihan di sini (Johor Bahru)…beliau mahu menjaga saya sehingga kembali kepada prestasi asal.

Loading...

“Saya tidak kisah untuk bermain dengan pasukan mana pun, tetapi saya perlu menjalani proses pemulihan yang terbaik dan berterima kasih kepada TMJ kerana sanggup menjaga saya selama tiga tahun.  Saya akan melakukan yang terbaik untuk JDT,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, sebentar tadi.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengesahkan Rozaimi menandatangani kontrak tiga tahun dengan JDT, namun masih belum ditentukan sama ada dia akan beraksi bersama skuad utama JDT atau JDT II.

 

 

PERNAH DIGELAR NEYMAR MALAYSIA PADA ZAMAN KEGEMILANGAN BERSAMA PASUKAN HARIMAU MUDA.

Loading...

PERNAH MENYERTAI PASUKAN SELANGOR SECARA PINJAMAN.

ROZAIMI TELAH TERLIBAT KEMALANGAN PADA TARIKH 6 JULAI 2015.

SEMENTARA MENUNGGU KECEDERAAN PULIH ROZAIMI MEMBUKA KEDAI GUNTING RAMBUT.

KERANA SAYANGKAN BAKAT ROZAIMI TMJ TELAH MENAWARKAN KONTRAK 3 TAHUN KEPADA BELIAU (SEKALI PROSES PEMULIHAN).

KINI ROZAIMI PULIH SEPENUHNYA DARI KECEDERAAN

 

Biodata Rozaimi Abdul Rahman Pemain Harimau Muda

Gambar Dan Biodata Rozaimi Abdul Rahman Harimau Muda. Nama Rozaimi Abdul Rahman tiba-tiba naik apabila beliau meledak 4 gol dalam perlawanan menentang pasukan Filipina U22 pada 25 Jun yang lepas.

Biodata Dan Kejayaan Rozaimi Abdul Rahman

Pemain yang dilahirkan pada 11 Jun 1992 di Bongawan, Sabah mula disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Harimau Muda pada Julai 2011 untuk perlawanan persahabatan menentang Chelsea.


 Rozaimi memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama pasukan Sarawak setelah bermain untuk pasukan Piala Presiden Sabah pada peringkat remaja tetapi hanya membuat satu penampilan bersama pasukan Sarawak pada tahun 2010.

Beliau kembali ke pasukan Sabah pada tahun 2011 dan membuat penampilan pertama Liga Super ketika Sabah tewas dengan Terengganu 2-1. Gol Liga Super pertama beliau hadir ketika pasukan Sabah seri 1-1 dengan Perak.
Pada 28 April 2012, Rozaimi telah membuat penampilan pertama beliau bersama pasukan senior Malaysia ketika perlawanan menentang pasukan Sri Lanka.

Rozaimi juga menjaringkan gol kedua pasukan Harimau Muda yang merupakan gol pertama beliau untuk pasukan Harimau Muda pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Qatar U22.

Empat gol dengan dua gol pada setiap separuh masa oleh Rozaimi memastikan kemenangan selesa pasukan Harimau Muda dan menghidupkan kembali saingan pasukan Harimau Muda untuk layak ke saingan AFC bawah 22 tahun.

Kecemerlangan Rozaimi pastinya memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia. Beliau pastinya bakal memberikan saingan kepada barisan penyerang lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

 

Sharing is caring!

Loading...