[Viral] “Amboi Keciknya KFC Chizza Nii..Dah Macam Cekodok Dah…”- KFC Teruk Dikecam..!

Sharing is caring!

Sejak semalam, menu KFC yang paling dinanti-nantikan oleh penggemar ayam goreng, KFC CHIZZA telah berada di pasaran. Filet ayam hot dan spicy yang digabung bersama isi pizza yang enak ini mula jadi sebutan orang ramai setelah gambar-gambar hidangan yang dijual di negara jiran jadi tular di media sosial.

Dijual pada harga RM7.90  untuk hidangan ala carte manakala kombo dijual pada harga  bermula dari RM11.90, menu terbaru ini dikatakan dapat menarik minat ramai pelanggan untuk berkunjung ke restoran makanan segera itu.

Loading...

Memetik perkongsian dari laman page, Karat.TV di mana admin page itu telah pun berkongsi reviu mereka setelah mencuba menu terbaru itu untuk pertama kalinya.

Ok.. ni admin nak sembang sket pasal menu terbaru kfc chizza.. gabungan chicken dan pizza..

Admin amek set A yang rege rm11.90 dpt chizza+fries+air…

Loading...

Ni pendapat jujur admin.. tahniah kfc buat menu baru ni.. chizza ni rasanya dia gunakan ‘macam’ ayam chicken mcdeluxe mekdi cuba size dia besar sket.. ada cheese kat atas.. of course lah..

1st bite… sebab makan ketika panas mmg kaco sket tapi rasa pertama dia rasa ayam spicy dia.. pastu rasa sos tomato dia.. sos dia rasa mcm kita buat spagetti.. korang kena try makan skali nenas dan cheese dia.. part tu not bad..

Kenyang tak.. disebabkan kita minum air gas rasanya mmg. kenyang makan chizza tu je.. tp maybe sbb admin dah melantak nasi lemak ayam kul 9am tadi Hahahaha..

Baloi tak pergi beli.. admin rasa baloi.. gabungan ayam spicy cheese nenas dan sos ala spaghetti tu mmg ngam.. takde la out sangat menu ni..

Try beli ala carte. je dulu.. murah sket.. Skang tengah hype so maybe kena beratur dan tunggu chizza masak..

Overall: Admin ble bagi dalam 3.5/5 dalam kategory fastfood utk single menu ni..

Tambahan: Kalau kfc dapat tambah extra cheese bg nampak. leleh betol lg syok.. atau readykan special sause untuk. menu ni saje

Menurut admin page itu, hidangan terbaru KFC CHIZZA ini sebenarnya baik dan tidak menghampakan serta harga yang diletakkan pula adalah berpatutan.

Namun terdapat segilinti pengguna Facebook yang meninggalkan komen mengatakan menu terbaru daripada KFC ini sebenarnya hanya indah khabar dari rupa saja di mana hidangan yang dibeli mereka tidak serupa dengan apa yang mereka lihat di dalam iklan.
Indah khabar dari rupa
 


Kecil je, tak sebesar personal pizza


Keju dia sikit je letak. Letaklah banyak sikit

Tetapi terdapat juga komen-komen positif daripada pelanggan yang berpuas hati dengan hidangan terbaru itu meskipun hidangan itu sedikit kecil daripada apa yang mereka harapkan.
Kecik tetapi sedap sangat!

Very chessy!

Jadi sebenarnya ini semua bergantung pada nasib citarasa dan expectation masing-masing. Kepada yang belum mencuba, bila nak serbu ke sana?

Sumber : Karat TV

Sharing is caring!

Loading...