Kini Terbongkar..! Ini Sebab Sebenar Mengapa Kerajaan Arab Saudi Menjatuhkan HUKUM HARAM ‘SELFIE’ Di Mekah..!

Sharing is caring!

KERAJAAN Arab Saudi dilapor mengharamkan jemaah daripada mengambil gambar dan video menggunakan sebarang peranti untuk sebarang tujuan di dua masjid paling suci umat Islam iaitu Majidil Haram dan Masjid Nabawi.

Berdasarkan laporan, tindakan pengharaman itu di Masjid Al-Haram yang terletak di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, diambil oleh Menteri luar Arab Saudi bermula pada 12 November lalu lapor The Daily Sabah.

Loading...

Sumber berita Indonesia, The Jakarta Post pula melaporkan, pengharaman itu telah disampaikan oleh Menteri luar Arab Saudi melalui satu nota diplomatik yang dihantar kepada wakil-wakil sah negara asing di tanah Arab, termasuk Kedutaan Indonesia di Riyadh. Kedutaan negara itu telah menerima surat berkenaan pada 15 November lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan mengekalkan kesucian tempat-tempat suci, mencegah gangguan terhadap jemaah dan bagi memastikan ketenangan ketika jemaah sedang melakukan ibadah.

Segelintir pengunjung dilapor bergambar dan berselfie dalam kumpulan-kumpulan sambil membawa kain rentang atau bendera negara masing-masing di dalam kawasan di kedua-dua masjid.

Tindakan pengunjung itu sebelum ini dikritik sebagai terpesong dari niat asal mengerjakan haji dan umrah, malah ada yang mempersoalkan sama ada kedatangan mereka sekadar lawatan untuk mengambil gambar-gambar.

“Sekiranya terdapat mana-mana individu melanggar pengharaman itu, pengawal keselamatan yang bertugas telah diarahkan untuk merampas gambar-gambar dan kamera sekiranya perlu,” tulis kenyataan itu, sambil menambah mesej itu perlu disebarkan kepada setiap pengendali jemaah Haji dan Umrah di negara masing-masing.

Loading...

Ramai warga Indonesia yang meluahkan rasa kekecewaan, dengan alasan gambar-gambar dan video yang diambil dalam masjid-masjid tersebut adalah sebagai kenangan, terutama kerana lawatan ke lokasi berkenaan mungkin adalah peluang sekali seumur hidup.

Seorang warga Indonesia, Nadhira Adiatri mengimbau kenangan mengambil gambar bersama keluarganya di depan Kaabah di Masjidil Haram ketika mengerjakan umrah lima tahun lalu.

“Saya setuju ia mengganggu bila orang mengambil terlalu banyak gambar dan ber selfie, tapi alangkah kasihan sekiranya kita tidak lagi dibenarkan untuk mengabadikan keindahan Kaabah dan kubah bergerak di Masjid Nabawi,” kata wanita berusia 25 tahun itu.

Pada masa itu, sebelum telefon pintar dan aplikasi perkongsian imej seperti Snapchat dan Instagram menjadi sebahagian dari kehidupan seharian – pengawal-pengawal keselamatan di masjid-masjid tersebut sangat terusik jika ada orang mengambil gambar di dalam kawasan suci katanya.

“Saya hanya ambil beberapa gambar menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam detik-detik kenangan, tapi saya lakukannya dengan senyap bagi mengelakkan gangguan kepada orang lain, dan melakukannya ketika tiada pengawal di sekeliling,” kata Nadhira lagi yang kini merupakan seorang suri rumah pada hari Jumaat.

Nur Hikmat, 27 yang bakal mengerjakan umrah tahun depan pula berkata, pihak berkuasa Arab Saudi sepatutnya menetapkan kawasan tertentu yang diharamkan untuk mengambil gambar daripada mengharamkan semua kawasan.

Seorang lagi warga Indonesia yang baru pulang dari Mekah memberitahu The Jakarta post, bahawa dia sedar pengharaman itu telah dimulakan di Masjidil Haram, namun pelaksanaannya tidak begitu ketat lagi.

Kementerian Hal Ehwal agama Indonesia bahagian Haji dan Umrah berkata pihaknya akan segera bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengendali ibadah umrah dan kumpulan jemaah haji untuk menyebarkan informasi tentang pengharaman itu, semasa persediaan jemaah untuk berangkat ke tanah suci.

Sumber : milosuam.net

Sharing is caring!

Loading...