[TIPS MASAKAN] WANITA INI KONGSI RESIPI NOSTALGIA SAMBAL BELACAN CILI KERING SEDAP

Sharing is caring!

Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri.

Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.  Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik.

Berikut antara perkongsian beliau;

Loading...

“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”

Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula

Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.

2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.

sambal belacan

3. Tumbuk/blend sampai hancur.

Loading...

4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.

5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih dan ikan masin.

sambal belacan

Selamat Mencuba..!

Kek Milo Viral Ini Digilai Ramai Kerana Guna 2 Bahan Sahaja. Versi “Derhaka” Pun Ada!

Jika dulu resipi Rambutan Asam Boi dan Cendawan Enoki Goreng menjadi kegilaan ramai, kini ada ciptaan baru yang mula menambat hati netizen seluruh Malaysia iaitu Kek Milo Viral..!

Cff1

Kek Milo yang mula-mula dikongsikan di Facebook group popular Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini berjaya menarik perhatian dengan resipinya yang menggunakan 2 bahan sahaja.

Peminat-peminat kek Milo ini berpendapat bahawa rupanya yang tidak seberapa jangan dijadikan penghalang untuk membuat kek viral ini. Cuba dulu, baru tahu..!  Bak kata pepatah orang putih, ‘Don’t judge a book by its cover’.

Berminat untuk cuba? Ini resipinya:

Dca2

Bahan-bahan:

– 6 sudu Milo 

– 2 biji telur 

Cara-cara: 

1. Gaul Milo dan telur hingga sebati. 

2. Bakar pada suhu 140°C untuk 15 – 20 minit. 

Versi ini pula mengandungi sedikit susu pekat untuk menambahkan lagi rasa lemak manis kek ini:

Fdec

Bahan-bahan: 

– 2 cawan Milo 

– 4 biji telur 

– 2 sudu besar susu pekat 

Langkah-langkah: 

1. Gaul kesemua bahan dengan mixer

2. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. 

Nak convert jadi mug cake pun boleh!

221b

Bahan-bahan:

6 sudu besar Milo 
1 biji telur
Sedikit susu segar (jika mahu)

Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan dalam cawan microwave-safe.
2. Microwave selama 3 minit.

Resipi-resipi ini dikatakan “menderhakai” resipi asal dengan tertambahnya macam-macam bahan lain 😛 Antaranya termasuklah versi Oreo ini:

Dd0e

Bahan-bahan:
– 1 kg Milo
– 250g mentega
– 1 tin susu
– 10 biji telur
– Oreo (inti buang)

Langkah-langkah:
1. Pukul butter dan susu.
2. Masukkan telur satu per satu.
3. Masukkan Milo dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan susunkan lapisan biskut Oreo. Klik sini untuk rujukan.
5. Bakar pada suhu 140°C selama 45 minit.

Yang tambah Horlicks pun ada!

Fa86

Bahan-bahan:
– 5 paket Milo 3 dalam 1
– 3 sudu Horlicks
– 3 biji telur
– 1 penutup esen vanilla

Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan.
2. Bakar pada suhu 180°C untuk 15 minit hingga kembang.
3. Turunkan suhu ke 150°C dan bakar lagi 20 minit.

Selamat mencuba!

Resipi versatil ini mudah untuk diolah mengikut citarasa masing-masing hingga timbulnya pelbagai macam “resipi derhaka”

Sharing is caring!

Loading...