[6 ScreenShort] Mujur Hari Ini Saya Tergerak Nak Baca Perbualan Anak-Anak Dalam Group Ini – Luahan Seorang Bapa Yang Tidak Menyangka Anaknya…

Sharing is caring!

Mujur hari ni saya tergerak nak baca perbualan anak-anak dalam group ini

Bagi telefon pada anak-anak tetapi tidak pernah pantau kegiatan anak-anak. Hari ini betapa malunya saya sebab ini terjadi hadapan mata. Group Whatapps rakan sekolah bagi saya biasa tapi luarbiasa jika dalam group tersebut bercakap semata mata tentang seks semata-mata. Saya minta anak saya keluar dan tinggalkan group tersebut.

Loading...

Tahukah anda dalam group Whatapps ini terdapat pelbagai ayat lucah yang telah digunakan, sehingga ada yang membanding-banding alat kemaluan masing-masing sebesar mana.

Tetapi, apa yang lebih parah lagi bila terdapat beberapa orang yang mengajak rakan-rakan sebaya untuk menonton video lucah bersama-sama dengan memberikan URL ke laman-laman web lucah.

Anak saya ini merupakan pelajar UPSR tahun 2017 dan masih mentah. Tetapi bila berbual di dalam group ini, cara mereka berbual mengalahkan orang dewasa.

Malam Jumaat sedaplah, semua perbualan berbaur lucah dalam group itu. Mujurlah hari ini saya tergerak mahu membaca perbualan anak-anak di dalam group ini. MashaAllah, siap bagi link video lucah lagi. Yang perempuan pula sibuk menggedik mahu mengawan.

Tolong ibu bapa pantau telefon anak-anak anda, jangan jadi ujub dan bangga sangat sebab mampu berikan telefon kepada anak-akan kita, tetapi hakikatnya, kita sendiri yang merosakkan mereka. Sungguh memalukan dalam group ini, lelaki dan perempuan bicara dan menulis pasal seks tanpa segan silu.

Loading...

Ini baru darjah 6, naik tingkatan 1 nanti, macam mana?

Sumber : Durrotul Hikmah 

 

( GAMBAR ) ADIK PEREMPUAN KANTOI GROUP WHATSAPP LUCAH?

KUALA LUMPUR – “Kami memang terkejut tengok isi kandungan telefon bimbit dia,” demikian luah seorang kakak mengenai adik perempuan bongsunya yang terjebak dengan group-group lucah di dalam WhatsApp.

Gambar-gambar screenshot yang dimuat naik oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria itu kini viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Assalam sis, saya ada benda nak share dan luahkan. Mungkin ia akan keterlaluan. Semalam adik kedua menghubungi saya di WhatsApp memberitahu dia dan adik ketiga ternampak ‘sesuatu’ di handphone adik bongsu kami yang baru habis SPM.

“Kami memang terkejut tengok isi kandungan handphone dia, group-group yang dia join banyak berunsurkan lucah. Bila ditanya, katanya kawan yang add. Sedih dan geram!” katanya.


 

 

 

 

 

Sebelum ini juga, ibu mereka pernah bercerita yang telefon bimbitnya tiba-tiba ada gambar kemaluan wanita. Bila ditanya gambar siapa, adik bongsu menjawab gambar itu dihantar oleh rakannya.

Jijik dengan group-group lucah berkenaan, salah seorang adik beradiknya telah meninggalkan kesemua group tersebut. Namun tindakan itu mengundang pertanyaan dari seorang lelaki yang bernama Abang Khairul, meminta penjelasan kenapa tinggalkan group.

Individu bernama Abang Khairul | Foto Nurul Kasmadillawati Zakaria

“Kami semua sedih. Mak tak tahu pun tentang hal ini. Abah kami dah meninggal dunia. Betul-betul tak sangka adik saya boleh terjebak dengan perkara-perkara seperti ini.

“Mak hantar dia pergi asrama suruh belajar elok-elok supaya ada adab dan maruah lebih terjaga. Tetapi budak zaman sekarang, semakin mereka jauh dari keluarga, semakin menjadi-jadi perangainya,” katanya.






Justeru, Nurul mempersoalkan adakah ibu bapa memeriksa telefon bimbit anak mereka dengan kerap dan memantau segala apa yang anak-anak mereka terima dan cari melalui telefon bimbit yang diberi?

“Kalau betul sayangkan anak, tolong pantau anak anda setiap masa tak kiralah lelaki atau perempuan.

“Kepada yang tengah berhajat nak bagi, fikirlah masak-masak. Adakah telefon bimbit satu keperluan bagi anak kita?” soalnya. –

Sumber : The Reporter

Sharing is caring!

Loading...