[KISAH BENAR] “CUMA MAKAN KULIT AYAM KAWAN” – KISAH SAYU MURID TIDAK PERNAH BAWA DUIT KE SEKOLAH…

Sharing is caring!

Kos hidup yang semakin meningkat pada hari ini nampaknya sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Mana tidaknya, gaji RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika korang menetap di bandar raya.

Dek kerana kesempitan inilah, beberapa keperluan asas terpaksa dilupakan demi meneruskan kehidupan.

Loading...

Ikuti kisah wanita ini yang pada awalnya pergi ke sekolah untuk memberikan duit belanja anaknya namun apa yang di lihat semasa di sekolah tersebut sungguh menyayat hati.

Bukan Kuih Tapi Kulit Ayam.

Kisah yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Ct Sarah ini mendapat lebih seribu share oleh netizen.

Pada awalnya dia ke sekolah bagi memberi wang persekolahan anaknya yang tertinggal namun terserempak seorang murid dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

“..Lupa nk bagi duit sekolah anak pagi tadi, pastu lebih kurang jam 9 lebih terus pergi sekolah dia nak bagi duit.  Masa tu waktu budak-budak tengah waktu rehat. Sementara menunggu anak kat kantin tiba-tiba terlihat sorang budak yang lalu depan mata.  Kecik sangat badannya, baju seluar kasut semua lusuh, warna kuning dan tak bergosok.

Hati dah mula rasa semacam, dia jalan slow jer lihat kiri dan kanan, selepas itu hilang dari pandangan.  Tercari-cari juga budak ini dan tiba-tiba mata aku terpaku bila tengok budak itu tadi duduk atas bangku kantin sambil ditanganya memegang sesuatu.  Lepas tu, nampah dia makan dan nampak macam payah jer dia mengigit.  Aku ingat budak tersebut makan kuih tapi…macam pelik jer..

Loading...

Lalu, aku pergi dekat budak tersebut dan tanya dia tengah makan apa tu..? Budak tadi pun tunjuk.  Masa tu tuhan saja tahu macamana perasaan aku bila tengok dia cuma makan kulit ayam yang kawan dia bagi katanya.  Aku tanya kenapa tak makan benda lain..? Lalu, dia jawab, ini dah ada makanan, itu yang dia ulang berkali-kali sambil tunjuk kulit ayam.  Pada aku, itu bukan kulit ayam tapi hanya tepung yang makcik kantin buat goreng ayam..”

Tak Pernah Bawa Duit Ke Sekolah

Kasihan melihat murid tersebut, wanita berkenaan menghulurkan wang. Murid tersebut bagaimanapun hanya membeli sebatang hotdog.

“..Tak puas hati aku tanya lagi kenapa tak beli makanan..? Budak tadi tunduk membisu.  Lalu, kawan dia menjawab, dia tidak pernah bawa duit ke sekolah.  SubhanaAllah. Terkedu aku, apa dia makan kat rumah pagi tadi..? Mungkin juga dia boleh makan RMT pagi di sekolah tadi, tapi banyak mana sangat pun.  Tengahhari tak lapar ke dia..? Time tu juga aku air mata aku mengalir, susahnya hidup dia.  Aku bagi duit suruh dia pergi beli makanan.  Aku perhati apa yang dia nak beli.  Nak tahu apa dia beli..?

Cuma sebatang hotdog.  Selepas tu makcik kantin panggil dia, untuk bagi duit baki.  Dia ambil, tapi tak tengok pun duit baki tersebut tadi.  Sambil berjalan, mata dia asyik pandang hotdog tadi jer.  Dari situ aku dah boleh agak yang dia tidak pernah beli hotdog atau/apa ntah lagi memakanya.  Selepas itu, aku nampak seorang lagi budak tengah bergayut di palang tempat budak-budak beratur beli makanan sambil budak tersebut tadi membeli makanan..”

Si Adik Pun Tak Pernah Bawa Duit Sekolah

“.. pastu tiba-tiba budak itu ambil duit dari budak yang aku bagi duit tadi.  Dengan nada tegas, aku tanya dia kenapa ambil duit orang..? Lalu budak tadi cakap, itu abang dia.  Patut laa pun.  Then, aku tanya dia, tak bawa duit juga ke..? Dia angguk.  Macam mana mereka boleh menahan lapar dari pagi sehingga petang, sekolah dah lah habis jam 4.30petang.  Kita rasa kita dah cukup susah tapi orang lain lagi susah dai kita kan..?  Dah lah makanan kat kantin sekarang ini, mahal, air je dah RM0.50, kalau nasi pula, RM1-RM2.  Macam mana mereka nak makan, kalau RM1 pun mereka tak mampu bawa..?

Hari ini mugkin aku dapat tolong tapi macamana hari-hari mereka yang akan datang..? Bersyukurlah kita degan apa yang kita ada sebab apa yang kita miliki tidak semua orag lain boleh miliki.  Tapi, apa-apa pun, aku masih terbayang muka budak itu.. Dia cakap nama dia Haikal darjah 1.  Abang dia darjah 3.  Moga Allah permudahkan hidup mereka dan dimurahkan rezeki..”

Sharing is caring!

Loading...