[Terkini] ‘Doktor Pernah Kata Saya Hanya Boleh Hidup Setahun Sahaja Lagi…’ – Elyana

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR: Penyanyi Elyana mendedahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), malam tadi.

Elyana memberitahu dia disahkan menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.

Loading...

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

“Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya kepada BH Online.

Elyana berkongsi, dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.

Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.

“Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,” kata Elyana.

Loading...

Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

“Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” katanya yang mengingatkan pesakit kanser yang lain agar terus positif berjuang melawan penyakit itu.

@elyanaofficial dan lagu Sepi. . Tonton sekarang di Astro Ria dan Ria HD atau secara online Gegar Vaganza LIVE+ di www.gegarvaganza.com.my . #BintangKembaliMenyengat #KasiUp1Kali

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on Nov 26, 2017 at 5:41am PST

Perjuangan penyanyi Elyana di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Pada konsert minggu kelima ini, Elyana menyanyikan lagu Sepi , dendangan asal penyanyi Yuni Shara yang mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Ia menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk M.Nasir tampil sebagai juri jemputan.

“Lagu yang diberi agak mencabar, semasa menyanyikan lagu bernada tinggi kamu sangat bagus, tapi bila nada rendah agak flat dan mendatar,” kata Hetty.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri

.

Elyana turut mengumumkan dia penghidap penyakit kanser. FOTO: Instagram Gegar Vaganza Official

Minggu ini bertemakan ‘kaum kerabat’  di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri.

Meskipun tersingkir, Elyana pulang tanpa tangan kosong apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Dalam pada itu ketika membuat ucapan, Elyana turut memaklumkan dia penghidap kanser pada peringkat empat dan meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan, Tia (Jinbara), Aishah, Liza Hanim dan Syura.

Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Sumber: Berita Harian

Sharing is caring!

Loading...