[5 GAMBAR] Kualiti Produk Hancur, Pizza Hut Malaysia Mohon Maaf.

Sharing is caring!

Kualiti Produk Hancur, Pizza Hut Malaysia Mohon Maaf
INDAH khabar dari rupa: itulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan makanan yang dipesan seorang pelanggan di sebuah restoran francais terkenal baru-baru ini.

Khabarnya, seorang pelanggan yang dikenali dengan nama Fieq telah memesan Mama Mia Meatballs dari Pizza Hut cawangan Kangar, Perlis.

Loading...

Namun, malangnya makanan yang diterima sangat meloyakan dan presentasi makanannya juga tidak menepati standard restoran francais tersebut.

Malah, mangkuk yang digunakan juga kelihatan kotor.

 

 

Loading...

“Hai @pizzahutmsia ! Saya ingin membuat aduan mengenai cawangan di Kangar. Perkhidmatan pelanggan kurang baik dan persembahan makanan yang teruk.

“Satu lagi, pekerja bernama Saga agak biadab dengan kami. Kami membayar cukai perkhidmatan,” tulisnya di laman Twitter.

Tweet yang tular sejak beberapa hari lalu itu mendapat respon netizen yang rata-ratanya terkejut dan berang dengan layanan yang diberikan.

Malah, tweet tersebut berjaya mendapat maklum balas dari pihak Pizza Hut Malaysia sendiri.

 

Menurut tweet tersebut, pihak Pizza Hut Malaysia memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan berjanji akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan perkara tersebut.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter turut menyatakan yang sebelum ini dia pernah mendapat makanan yang ‘tidak semenggah’ di cawangan yang sama.

 

 

Pihak Pizza Hut Malaysia turut membalas tweet berkenaan dengan meminta butiran pesanan yang telah dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

 

 

Sebagai syarikat yang dikenali, pihak pengurusan dan pihak operasi seharusnya memantau dan sentiasa memastikan kualiti makanan yang dikeluarkan mereka terjaga.
10 Rahsia Restoran Makanan Segera Yang Anda Patut Tahu
 
10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar
Golongan urban pasti seringkali mendambakan makanan segera dalam kehidupan seharian. Pola kehidupan zaman kini sebenarnya mendorong masyarakat moden untuk menghargai kelajuan, kesederhanaan dan kelazatan rasa makanan segera. Mari kami berikan sedikit helah yang digunakan oleh restoran makanan segera supaya anda tidak makan makanan seperti ini terlalu banyak selepas ini.

 
1. Masa terbaik untuk menikmati makanan segera
10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 1

Waktu yang tepat untuk pergi ke kedai makanan segera adalah semasa ‘waktu kemuncak’ iaitu antara pukul 11:00 pagi dan 1:00 petang dan tempoh antara 6 petang dan 8 malam. Ia mungkin sukar untuk anda mendapatkan meja pada waktu ini, tetapi ini adalah ketikanya makanan segar sedang dihidangkan.

 
2. Pesan kentang goreng segar tanpa garam
  10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 2
Kentang goreng akan diasinkan sebaik sahaja seluruh kumpulannya dimasak. Jika anda pesan kentang goreng tanpa garam, ini bermakna staf restoran itu perlu membuat hidangan baru dan segar khas buat anda.

 
3. Bau semerbak adalah sebahagian daripada strategi pemasaran
  10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 3
Ketika sedang berjalan bersebelahan restoran makanan segera, sukar untuk kita menahan bau makanan lazat mereka yang menggoda nafsu. Ianya bersebab, kebanyakan restoran cuba memastikan bau masakan hidangan mereka menusuk ke hidung para pelanggan di luar yang sedang beratur mahupun sekadar melintasi kawasan berhampiran. Bahkan, sesetengah tempat sengaja membiarkan pintu dapur mereka terbuka luas.

 

4. Coke lebih murah berbanding teh kerana ia merangsang selera makan.

10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 4

Di restoran makanan segera, air bergas biasanya lebih murah daripada teh. Ini kerana mereka mahu orang ramai membeli lebih banyak minuman berkarbonat. Mustahil bukan untuk anda menghilangkan dahaga dengan air yang manis dan anda akan membelinya lagi dan lagi. Ingat, karbon dioksida merangsang selera makan.

 
5. Kentang goreng mengandungi 19 ramuan
10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 5

Makanan segera paling popular iaitu kentang goreng dicapai keenakan rasanya dengan mencampurkan sekitar 20 ramuan. Kentang adalah asasnya. Antara yang lain termasuk sedikit lemak, bahan pengawet dan penambah rasa menjadikan makanan ini tidak berbahaya sepenuhnya.

 
6. Datang awal bukanlah keputusan terbaik
 10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 6
Kehadiran yang awal adalah satu perkara yang baik, tetapi tidak apabila melibatkan soal membeli makanan segera. Jangan pergi ke restoran makanan segera sebaik selepas waktu ianya dibuka. Ini kerana mereka membersihkan peralatan dapur mereka dengan bahan kimia agresif yang boleh kekal di mesin dan kabinet dapur pada waktu pagi dan terus meresapi ke dalam makanan anda.

 
7. Makanan segera kini jauh lebih berkalori berbanding 30 tahun dulu
 10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 7
Zaman moden ini, bahagian makanan kegemaran kita ini telah meningkat, begitu juga dengan jumlah kalori yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, burger keju mengandungi 75% lebih kalori berbanding dengan ‘nenek moyangnya’ dari tahun 1980-an. Kira-kira 20 tahun yang lalu, kentang goreng adalah 2 kali kurang berkalori manakala pizza pula kini mengandungi lebih banyak kalori sebanyak 70%.

 
8. Jumlah gula dalam milkshake melebihi norma harian sebanyak 2-3 kali
10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 8

Milkshake adalah salah satu hidangan klasik di tempat menjual makanan segera. Ia amat popular lebih-lebih lagi pada cuaca panas. Norma harian gula adalah sekitar 1-2 oz, sementara satu hidangan milkshake mengandungi sekitar 3 oz gula. 

 
9. Semuanya lebih lazat jika anda makan menggunakan tangan
10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 9

Adakah anda tahu mengapa tiada garpu dan pisau di kebanyakan restoran makanan segera? Satu jawapan yang mungkin adalah apabila seseorang makan dengan tangan, dia mendapat lebih banyak keseronokan dan seterusnya makan dengan lebih banyak.

 
10. Tempat penyimpanan air gas adalah sangat kotor
10 rahsia restoran makanan segera akhirnya terbongkar 10

Tempat air berkarbonat disimpan di restoran makanan segera adalah sukar dibasuh. Bayangkan betapa banyak bakteria, kuman dan kulat tersimpan di sana. Persekitaran yang manis dan bergula merupakan keadaan yang sangat baik untuk ‘penghuni’ ini.

Sumber rujukan: brightside.me

Sharing is caring!

Loading...