[5 GAMBAR] TAK SAMPAI SEBULAN DIBUKA, IKEA TEBRAU SUDAH JADI MACAM STOR..!

Sharing is caring!

Lebih 20,000 pengunjung menyerbu gedung perabot dari Sweden yang terbesar di Asia Tenggara dan pertama di selatan tanah air, IKEA Tebrau yang dibuka kepada orang ramai hari ini.

Biarpun hari ini merupakan hari bekerja, namun gedung perabot tersebut menjadi tumpuan orang ramai dan mula diserbu ribuan pengunjung khususnya penduduk bandar raya ini apabila dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi.

Loading...

Malah, pengunjung juga dilihat sanggup beratur panjang dan mahu menjadi antara orang yang terawal menjejakkan kaki mereka ke gedung IKEA Tebrau yang dibina di atas kawasan seluas 46,713 meter persegi dan dilengkapi 54 bilik pameran.

Kawasan sekitar Taman Desa Tebrau iaitu lokasi gedung tersebut turut mengalami kesesakan lalu lintas selain ada pengunjung yang turut meletak kenderaan mereka di tepi jalan dan juga di atas pembahagi jalan.

Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Mike King berkata, pihaknya yakin IKEA Tebrau bakal menjadi satu destinasi tumpuan orang ramai bukan sahaja untuk mencari kelengkapan rumah, tetapi juga sebagai tempat bersantai bersama-sama keluarga.

“Dengan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki, pilihan makanan yang enak di restoran, bistro serta kedai khas makanan Sweden dan kawasan permainan untuk kanak-kanak, Smaland, kami yakin IKEA Tebrau akan menjadi pilihan seisi keluarga untuk dikunju­ngi,” katanya pada pembukaan gedung itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer dan Pengurus Stor IKEA Tebrau, Annie Chandler.

Pada perasmian IKEA Tebrau itu, satu acara menggergaji kayu diadakan sebagai simbolik pembukaan rasmi IKEA Tebrau.

Loading...

Mike berkata, bagi memudahkan perjalanan pergi balik ke gedung, pelanggan boleh menggunakan pengangkutan percuma dari Larkin Sentral (di hadapan Selera Johor) dan Muzium Kereta Api Tanah Melayu Berhad (di sebelah Johor Bahru Sentral) pada hari ini.

“Sempena pembukaan itu juga, para pelanggan boleh menggunakan kod promosi ‘IKEATEBRAU17’ untuk menikmati diskaun RM8 bagi dua perjalanan menaiki Grab mula 16 November hingga 31 Disember dan kad promo itu sah bagi perkhidmatan Grab di Johor Bahru.

“IKEA Tebrau dibuka mulai 10.00 pagi – 10.00 malam pada hari Ahad hingga Khamis dan 10.00 pagi – 11.00 malam pada hari Jumaat dan Sabtu, cuti umum (termasuk malam sebelum) dan hari cuti ganti yang jatuh pada hari Isnin,” katanya.

Gedung IKEA Tebrau yang sudah lama dinanti-nantikan oleh bangsa Johor akhirnya telah dibuka kepada orang ramai pada 16 November yang lalu. Namun, belum sampai tempoh sebulan gedung itu dibuka, sudah ada kejadian-kejadian yang kurang menyenangkan.

Sejak semalam, jadi tular di laman-laman media sosial, beberapa keping gambar keadaan ruang pameran di gedung itu yang bersepah dan tidak terurus seperti baru saja dilanggar todak.

Gambar-gambar yang telah dimuatnaik oleh  Dino Daniel LJ menunjukkan keadaan katil  yang bersepah dan mainan kanak-kanak berterabur di ruang bilik pameran kanak-kanak.

Rata-rata netizen mengecam keras tindakan segelintir pengunjung ke gedung tersebut kerana tidak menjaga adab dan kelakuan mereka supaya tidak menyepahkan ruang pameran yang disediakan.

Orang jiran punya kerja

Menurut seorang , rata-rata yang mereka yang berkelakuan seperti itu merupakan pengunjung yang datang daripada negara jiran.

IKEA Damasara tak macam ni pun

Tidak kurang pula yang membanding-bandingkan kedua-dua gedung ini. Menurut mereka, meskipun sudah 10 tahun IKEA Damansara telah dibuka, tidak pernah pun berlaku insiden sebegini.

Walaupun kejadian ini berlaku di IKEA Tebrau, Johor, para netizen dinasihatkan supaya tidak membangkitkan sebarang komen yang berkaitan dengan bangsa dan kenegerian. Apa yang berlaku adalah sikap dan perangai individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber :OhMyMedia

Sharing is caring!

Loading...