[VIRAL] Dari Old Trafford Manchester United ke Kota Bharu TRW..!

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR 27 Nov. – USAHA Kelantan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan semakin rancak apabila bekas pemain tengah Manchester United, Rodrigo Possebon kini ber­ada dalam radar skuad The Red Warriors (TRW).

Possebon, yang pernah beraksi bersama Red Devils di bawah ken­dalian Alex Ferguson dari 2008 hingga 2010 menjadi import terbaru yang menarik minat Kelantan.Panel pengurusan kejurulatihan Kelantan, Syed Abdullah Syed Mahmood me­ngakui, portfolio pemain dari Brazil itu mampu menarik perhatian peminat Kelantan untuk memenuhi stadium khususnya penyokong Red Devils.

“Saya tidak dapat mengesahkan perkara itu cuma apa yang boleh saya katakan, Possebon kini berada dalam radar Kelantan dan kami berminat mengikat pemain itu untuk jangka masa panjang kerana umurnya baru 28 tahun.

Loading...

“Hanya Presiden Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) Bibi Ramjani (Ilias Khan) boleh mengesahkan sama ada Kelantan benar-benar akan mengambil pemain ini selepas menerima laporan daripada panel pemilihan. “Panel pemilihan terdiri daripada jurulatih sementara (Sathit Bensoh), Setiausaha Agung (Hus­sin Deraman) dan empat lagi, termasuk saya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Syed Abdullah, pemilihan skuad Kelantan musim depan dilakukan secara serius dengan mengadakan perbincangan bersama jurulatih dan Hussin sebelum dibawa kepada Bibi.

“Khamis lalu barisan kejurulatihan mengadakan perbinca­ngan dalam merangka pelan pasukan dan sudah pasti kami sudah mempunyai ketua jurulatih, namun hanya presiden boleh mengumumkan perkara tersebut.

“Kelantan juga sudah me­rangka dua aksi persahabatan, menentang Negeri Sembilan pada 30 November dan satu lagi pada 3 Disember namun lawan belum dapat disahkan,” katanya.
Senarai terkini pemain Kelantan 2018

Kemaskini terkini senarai pemain Kelantan menyaksikan dua pemain baru dibawa masuk pada minggu ini untuk mengisi posisi yang diperlukan Kelantan 2018. Kelantan masih dalam rundingan untuk membawa masuk beberapa lagi pemain dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berikut Senarai Pemain Kelantan 2018 :

Loading...

Pemain skuad senior yang dikekalkan & skuad presiden yang dinaikkan ke skuad utama:

Khairul Fahmi (Penjaga Gol) (masih ada kontrak sehingga 2018)
Farisham Ismail (Pertahanan)
Nik Shahrul Azim(Pertahanan) (masih ada kontrak sehingga 2018)
Faizol Nazlin Sayuti (Pertahanan)
Rozaimi Azuar (Pemain Tengah)
Fakhrul Zaman (Penyerang)
Mohd Nasharizam  Rashid (Pertahanan)
Safiq Rahman (Pemain Tengah)
Azwan Aripin (Pertahanan)
Fadillah Fauzi (Pemain Tengah)
Faris Shah (Pertahanan)
Mohd Ramadhan (Penjaga Gol)
Shahrul Hakim (Pemain Tengah)
Mohd Amir Zikri (Pemain Tengah)
Danial Asyraf (Penyerang)
Nik Azli (Pemain Tengah)
Mohd Imran Samso (Baru- dari skuad Presiden)
Nik Akif (Pemain Tengah) (Baru- dari skuad Presiden)
Saiful Alias (Pertahanan) (Baru- dari skuad Presiden)
Badhri Radzi
Norfarhan
Gomis

Selamat maju jaya kepada pemain yang tidak disambungkan kontrak dan yang memilih haluan sendiri untuk musim 2018 nanti. Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan ketika bersama pasukan Kelantan.

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2018 (NEW UPDATE) 23/11/2017

PENJAGA GOL
Ramadhan Abdul Hamid
Khairul Fahmi Che Mat

PERTAHANAN
Nik Shahrul Azim
Faris Shah Rosli
Nasharizam Rasid
Syaiful Alias
Farisham Ismail
Azwan Arippin
Faizol Nazlin Sayuti

TENGAH
Morgaro Lima Gomis
Badhri Radzi
Norfarhan Muhammad
S Veenod
Amir Zikri
Fadhillah Pauzi
Nik Akif Syahiran Nik Mat
Shahrul Hakim Rahim
Syafiq Abdul Rahman
Rozaimi Azwar

PENYERANG
Seydi L Imam
Do Dong Hyun
Nik Azli Nik Alias
Daniel Ashraf Abdullah
Imran Shamso
Fakhrul Zaman

IMPORT
– Morgaro Gomis (France/Senegal)
– Seydi L Imam (France/Senegal)
– Do Dong Hyun (South Korea

Sumber: http://www.theredwarriors.com/
Logo baru TRW tular di media sosial?

KAFA mengumumkan akan menukar logo baru TRW dan belum dipastikan logo sebenar TRW yang baru. Namun logo yang ringkas dan menarik ini mula tular di laman media sosial peminat bolasepak Kelantan. Adakah ini logo yang barunya? Nantikan pengumuman rasmi logo baru TRW 2018.

Sumber: http://www.theredwarriors.com/

Sharing is caring!

Loading...