[VIRAL] “..TIADA BONUS, TIADA INSENTIF, TIADA ELAUN..HANYA GAJI RM1400 SAHAJA” – KINI LEBIH RAMAI POSMAN BEHENTI KERJA

Sharing is caring!

JIKA anda menetap di Cheras dan tidak menerima sebarang surat atau lewat daripada kebiasaan, berita ini mungkin dapat memberikan jawapan sebenarnya.

Baru-baru ini, kebanyakan penduduk di kawasan Taman Cheras Jaya, Sri Cheras dan Kampung Baru Batu 11 telah mengemukakan aduan bahawa penerimaan surat-surat mereka adalah melebihi tempoh yang sepatutnya.

Perkara tersebut dikatakan telah berlarutan selama dua bulan sehingga penduduk mengambil inisiatif untuk menyiasat sendiri hal itu.

Loading...

Setelah menyelidik punca sebenar permasalahan, penduduk mendapat tahu bahawa pejabat pos di Cheras rupa-rupanya tidak cukup kakitangan gara-gara ramai daripada pekerjanya telah berhenti.

Ini adalah kerana ramai penghantar surat atau posmen di kawasan tersebut sudah tidak tahan dengan gaji yang didakwa rendah dan tidak dapat menampung perbelanjaan seharian.

Lapor World of Buzz, hanya 29 orang posmen sahaja yang masih giat bertugas di pejabat pos Cheras.

Dengan jumlah yang terhad, mereka terpaksa mengagihkan tugas untuk menghantar surat dan dokumen ke lebih kurang 100,000 alamat sehari!

Sememangnya ia merupakan satu tugas yang amat memenatkan untuk mereka tanggung setiap hari selama tujuh jam, lima hari seminggu ditambah pula 100 ribu alamat merupakan satu jumlah yang amat banyak.

Menurut sumber, kebanyakan posmen meletak jawatan ekoran menerima tawaran pekerjaan lain dengan gaji yang jauh lebih baik berbanding hanya RM1,400 sebulan tanpa sebarang insentif atau elaun tambahan.

Loading...

 

 

Para posmen ini berkata, dengan gaji yang mereka terima, sememangnya ia tidak mencukupi untuk menanggung kesemua kos sara hidup yang sangat tinggi dan oleh itu, mereka tiada pilihan lain selain dari meletakkan jawatan.

Bagi baki 29 orang posmen yang masih bertugas, bebanan yang berat terpaksa ditempuhi kerana agak mustahil bagi mereka untuk menghantar surat dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

Secara rawaknya, kesemua mereka perlu menghantar surat kepada 50,000 buah rumah dan premis dalam sehari dan setiap seorang sekurang-kurangnya bertanggungjawab kepada 1,700 alamat.

Ini bermakna seorang posmen perlu menghantar surat kepada empat alamat dalam jangka masa satu minit.

Itu diambil kira tiada masalah atapun kekangan dalam menjalankan tugas. Bayangkan jika berlaku kesesakan lalu lintas ataupun hujan lebat, bagaimana hendak lunaskan kerja?

Tugas menghantar surat ini juga tidak semudah dengan hanya membawa motosikal dan duduk di atasnya sambil meletak surat ke dalam peti surat.

Kadangkala tugas mereka menjadi berlipat kali ganda dan penuh berisiko apabila terpaksa menaiki bangunan kediaman yang tinggi dan mengambil masa untuk meneliti alamat dengan menghantar surat secara selamat dan betul.

Diharap Pos Malaysia lebih ‘buka mata’ melihat kebajikan dan merangka semula struktur gaji para golongan posmen sebelum kesemuanya beralih kerja di tempat lain bagi mencari punca pendapatan yang lebih baik.

Tidakkah dengan ketiadaan mereka akan mendatangkan masalah kepada semua?

Sharing is caring!

Loading...