[VIRAL] Ada Yang Sudah Bergelar Jutawan, Ada 2 jam Rolex, Tapi Masih Berhutang PTPTN..YB Pula Tu…!

Sharing is caring!

Pada hari Ahad 19 NOvember 2017 bertempat di USJ Summit telah diadakan satu program pengisytiharan harta dianjurkan NGO Invoke yang dikelola oleh YB Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan. Usaha ini diambil bagi mewujudkan ketelusan dan melahirkan keyakinan kepada pengundi kepada bakal calon PRU 14.

Dalam majlis tersebut sebanyak 30 orang terdiri daripada YB Parlimen dan Adun serta bakal calon telah mengisytiharkan segala bentuk kekayaan serta hutang yang dimiliki. Berikut adalah antara senarai mereka dan kekayaan mereka.Ada jutawan ada ratus ribuwan ada yang isytihar 2 jam rolex sebagai hadiah kawin,tetapi tiada pula yang dapat derma banyak dari putera arab saudi.

Loading...
Jam Rolex Milik MP Kelana Jaya Wong Chen. Hadiah Kahwin.

Adun kawasan Ijok Dr Idris yang juga seorang doktor pakar adalah yang mempunyai aset bersih paling banyak berjumlah RM 4.6 Juta.WOWWWW!!!
Beliau kaya kerana khidmat profesional sebagai seorang doktor pakar sebelum terjun ke dunia politik.Kekayaannya bukan datang dari sumber meragukan.

Hutang Orang Kaya Tak Sikit Juga

Kekayaan politikus datang dari pelbagai sumber dan yang paling menguntungkan adalah seperti ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib yang mempunyai nilai aset RM 1.8 Juta dan tiada hutang,sekiranya sesiapa yang rasa YB Saari Sungib berhutang dengan mereka sila tuntut sekarang.senang hidup lega bernafas bila tiada hutang.Hal ini berlaku kerana beliau menang saman ke atas bekas Ketua Polis Negara sebanyak RM 4.5 Juta pada tahun 2014.

YB Muda mewakili DUN Semambu di Pahang Lee Chean Chung mempunyai hutang PTPTN paling tinggi sebanyak RM 68000.

Mantan Ahli Parlimen Machang Datuk Saifuddin Nasution menerima gaji RM 12000.00 sebulan apa diterima bekerja dengan kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri YB Lim Guan Eng.Beliau juga menerima pencen Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.Yang amat dahsyattt.

Majlis Tandatangan Datuk Saifudin Nasution Diterima Bertugas Dengan Kerajaan Pulau Pinang.Muka Teruja Ke Macam Mana Tu Datuk???DAPnya Gaji 12K

Adakah rakyat Malaysia sudah boleh menerima keterbukaan dan usaha pengisytiharan harta menjadi satu pra syarat penting sebelum dipilih menjadi calon pilihanraya untuk mengelakkan pengumpulan harta luar biasa dan menjauhi rasuah yang menjadi musuh utama negara.

Kepada pembaca yang ingin juga jeling-jeling harta Yang Berhormat lain secara lebih terperinci boleh terus keย INVOKE

Loading...

Kita tak dapat gaji besar dapat tengok orang gaji besar pun boleh dah. Ini baru betul sembang konek.

Sumber :ย sembangconnect.com

Langsaikan Hutang PTPTN Dengan 1 Cara Ini.

Pasti anda sudah biasa mendengar PTPTN, walaupun pun tidak semua pelajar yang mengambil PTPTN namun rata – rata daripada kita mempunyai hutang dengan PTPTN yang perlu dijelaskan.

Tetapi, banyak di antara kita yang mempunyai kesukaran untuk membayar balik, ada pula yang tidak mampu untuk menetapkan komitmen dan ada juga yang anggap pembayaran balik adalah sambil lewa. Disini kami ingin kongsikan tips dari saudari Aqil Awliya tentang pendekatan untuk melangsaikan PTPTN.

PTPTN, KENAPA PERLU MENUNGGU?

Akak bukan orang kaya… Akak adalah rakyat marhaen cuma. Seperti kebanyakan anda, akak pekerja kuli makan gaji sahaja. Maka akak fikir beberapa cara yang akak bakal berikan sesuai digunapakai oleh kita semua.

Akak rasa gembira bila menerima persoalan dari adik muda tentang cara bayar balik PTPTN seawal mungkin. Seriously akak bangga sebab anda memiliki nilai tanggungjawab yang tinggi…
Macam post yang sebelum ni, dengan bantuan Allah, akak telah menyelesaikan tanggungjawab terhadap PTPTN seawal lapan tahun daripada tempoh yang diberikan.

Dan cara akak adalah akak meniru kaedah pembayaran rakan baik akak. Tapi yaa… Caranya bukanlah mudah.
Cara ini memerlukan pengorbanan keseronokan muda, tiada istilah hidup hipster, tiada henpon berjenama apatah lagi kereta hot and cool.

๐Ÿ‘‰ SECEPAT MUNGKIN

Tips asas bayar hutang adalah kita kena ada duit. Tips asas untuk dapat duit adalah kena kerja. Maka tiga bulan sebelum habis belajar jangan sibuk survey baju untuk selfie dengan jubah convo. Itu semua membuang masa. Mulakan pencarian kerja sebelum tamat pengajian. Jangan demand gaji atau acah-acah nak pilih kerja ikut bidang study bagai..

๐Ÿ‘‰ SEAWAL MUNGKIN DAN KONSISTEN

Okay… Penah tengok kisah kura-kura masuk perlumbaan? Seawal mungkin anda perlu memulakan pembayaran dan jangan stop tak kira ribut taufan melanda. Pembayaran PTPTN akak yang pertama bermula ketika gaji pertama hinggalah tamat keseluruhan pembayaran RM43K.

๐Ÿ‘‰ SENTIASA BERBINCANG

Tahukah anda di zaman akak PTPTN tidak tegas seperti sekarang. Tak de pun istilah CCRIS bagai. Tak nak bayar pun tiada siapa marahkan akak time tu. Tapi bagi akak hutang tetap hutang. Time tu gaji ciput, belanja kat KL memang sesak. Penah time raya akak cuma berbaki RM250 dalam akaun. Cepat-cepat akak tulis surat rayuan minta maaf kat PTPTN atas dasar rasa bersalah sebab tidak membayar ikut jadual. Kalau perlu minta penangguhan bayar tuliskan surat rayuan, pergi kaunter, call dan email. Percayalah dik.. PTPTN boleh dibawa berbincang asalkan kita ini sanggup ambil tanggungjawab.

๐Ÿ‘‰ SEBANYAK MUNGKIN

Macam kes akak PTPTN menetapkan akak perlu membuat pembayaran RM280++ setiap bulan selama 15 tahun… Lambat eh! So, akak ikat perut, potong perbelanjaan dan bayar PTPTN melebihi bayaran bulanan. Purata pembayaran bulanan akak sejak muda belia adalah RM350 – RM600. Ianya melebihi 25% hingga 110% dari kadar bulanan yang ditetapkan. Dan gaji akak waktu itu hanya di bawah RM2,000 sebulan.

๐Ÿ‘‰ ALASAN TIDAK DITERIMA

Salah satu tujuan akak membayar PTPTN adalah untuk membunuh semua hutang yang tidak mendatangkan pendapatan bulanan. Dan PTPTN adalah salah satu daripadanya. Akak pekak kan aja bila kawan yang lain ajak bershopping handphone dan bagi pelbagai alasan tak nak bayar PTPTN. Jangan cakap gaji kecik, duit tak cukup, petrol, GST bla..bla..bla.. Stop it sayang. Nak seribu daya…. Kereta vios/honda RM900 sebulan boleh bayar tak kan PTPTN separuh dari tu banyak pula alasan?

๐Ÿ‘‰ PELBAGAIKAN SUMBER

Salah satu sumber akak untuk membayar PTPTN adalah melalui KWSP akaun 2. Setiap 24 bulan akak akan keluarkan untuk bayar PTPTN. Ianya berselang dengan pengeluaran pembelian rumah. Ye la… PTPTN pun PTPTN juga… Rumah tetap kena beli selalu. Dah nama pun kapitalis jelita ๐Ÿ˜‚

๐Ÿ‘‰ BERHENTI MENGELUH DAN BINA CIRCLE

Konsep akak dalam segala hal adalah jangan sesekali mengeluh. Bila mengeluh rasa sayang nak bayar, minda akan jadi lemah dan akan rasa rugi bayar PTPTN. Pejamkan mata, kuatkan hati… Bayar saja… Bina cirlce positive, berkawan dengan rakan yang bijak mengurus wang, lepak dengan diorang dan kongsi ilmu. Nescaya anda akan sentiasa bersemangat untuk membunuh semua hutang.

๐Ÿ‘‰ WANG TERPIJAK

Apa itu wang terpijak? Bagi akak bonus la… Masa muda bonus akak akan bahagikan dua. 50% untuk tujuan beli rumah dan 40% untuk bayar PTPTN. Ehhh! Mana hilang lagi 10% kak? Akak pastikan baki 10% untuk berikan penghargaan buat keluarga yang banyak membantu kerjaya akak dan juga sedikit sumbangan buat sesiapa yang kurang bernasib baik.

๐Ÿ‘‰ WANG TAMBAHAN
Dalam post dahulu akak penah cerita bahawa akak part time jual spagethi. Walaupun income nya tak banyak, akak asingkan 50% untuk bayar PTPTN. Baki 50% lagi adalah wang pelaburan untuk tujuan pembelian rumah. Ye la… dah gaji akak kecik, cari saja pendapatan tambahan. Apa lagi pilihan untuk rakyat marhaen yang biasa seperti akak?

๐Ÿ‘‰ CARILAH BAHAGIA

Niat kena jelas. Memang ramai yang akan cakap rugi bayar PTPTN sebab kos pentadbirannya cuma 1% sedangkan simpan di KWSP purata dividen 6%. Namun bagi akak dalam konsep pelaburan, bukan keuntungan semata2 yang akak cari. Akak juga cari kebahagiaan sebab akak fikir kalau habiskan bayaran seawal mungkin ini akan membantu adik-adik lain yang perlukan wang pinjaman untuk menyara pengajian. Maka demi mendapatkan keberkatan dan kebahagiaan itu, akak gigihkan hati.

๐Ÿ‘‰ BETULKAN NIAT

Selama enam tahun akak membayar PTPTN dengan mengorbankan segala keseronokan usia muda, tahun ketujuh akak sendiri rasa terkezut bila tengok baki hutang tinggal sedikit cuma. Maka akak yakin, bahawa setiap niat untuk bebas hutang pasti dibantu oleh kuasa ajaib Allah.

Dan demi beroleh keberkatan bagi bebas hutang dan memudahkan pelajar lain mendapatkan pinjaman pengajian PTPTN, KENAPA PERLU MENUNGGU untuk membuat pembayaran?

Sumber : Aqil Awliya.

Sharing is caring!

Loading...