[VIRAL- 6 Gambar] “Seriouslah Darjah 6?” – Netizen Terpegun Budak Sekolah Rendah Nampak Matang

Sharing is caring!


Budak zaman sekarang memang lain daripada budak-budak zaman dulu. Apatah lagi kini mereka terdedah kepada dunia luar di usia yang muda dengan adanya teknologi dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Tidak hairanlah, pelajar masa kini lebih maju dalam pelbagai aspek termasuklah fesyen dan penampilan kerana mereka mempunyai akses kepada bahan-bahan di internet, berbeza dengan pelajar-pelajar zaman dulu.

Baru-baru ini, tular gambar seorang pelajar perempuan yang mempunyai wajah yang cantik dan penampilan yang kemas. Gambarnya menjadi topik perbualan hangat kerana dikatakan cantik meskipun baru berusia 12 tahun! Mudanyaaaa dik!

Loading...

Tidak lama selepas itu, sekali lagi pelajar yang sama mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambar makan malam anjuran sekolah di Instagram.Netizen kemudian mula membuat perbandingan tentang pelajar darjah 6 zaman dulu dan sekarang. Memang berbeza beb!


Gambar tersebut yang diikuti dengan caption, “Malam Seribu Kenangan”, telah mendapat perhatian netizen kerana mereka tidak sangka dan terpegun dengan penampilan kesemua individu yang baru sahaja berusia 12 tahun.

Sara dan rakan-rakan lengkap berdandan dan berhias serta mengenakan night dress membuatkan ramai berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang nampak lebih matang daripada usia mereka.


Loading...

Penampilan mereka yang ibarat sudah lebih berusia, sudah semestinya mendapat perhatian ramai. Netizen bagaimanapun tidak lupa untuk mengucapkan tahniah di atas keputusan peperiksaan UPSR tempoh hari.


Namun, ada juga segelintir netizen yang memberikan komen negatif dengan membandingkan zaman mereka dengan zaman pelajar sekarang yang dikatakan terlalu advance. Mereka turut memperlekehkan pelajar-pelajar ini dengan berkata kononnya budak darjah 6 zaman sekarang tidak dapat merasakan keseronokan zaman kanak-kanak seperti dahulu. Lain orang, lainlah kan…



Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan perbandingan segelintir netizen itu dengan memberikan pendapat mereka bahawa zaman berubah mengikut peredaran masa. Jadi, tidak hairanlah budaya zaman dahulu dan sekarang sama sekali berbeza. Betul tu!

Difahamkan, pelajar-pelajar darjah 6 ini adalah daripada salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan menghadiri jamuan makan malam di hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara. Kau hado?

Betullah tu, zaman sekarang tak sama dengan dulu. Dulu-dulu kita pun tak mampu beli make up, apatah lagi nak makan kat hotel.

Sumber: Lobakmerah.com

[GAMBAR] Hebat Budak Darjah 6 Zaman Sekarang. Siap Ada ‘Prom Night’ Kat Hotel 5 Star!

Izinkan kami tanya satu soalan:

Masa Darjah 6 dulu, apa yang korang semua buat ya?

C52f

Budak Darjah 6 zaman dulu: Baju besar merupakan salah satu fesyen wajib. Hehe.

Zaman dah berubah. Pelajar Darjah 6 dulu dengan sekarang memang sangat jauh beza. Bukan sahaja dari segi pendedahan, pelajar zaman sekarang juga nampak lebih matang, lebih bergaya, dan lebih peka tentang keadaan sekeliling.

Selaras dengan kemajuan teknologi di hujung jari, pelajar masa kini mempunyai akses yang mudah kepada semua perkara, termasuk fesyen, penampilan, dan kecantikan.

Buktinya? Lihat gambar-gambar di bawah:

9dc8
119e
A6957d6c2bfdB3b4
Bergaya kan semua?
Percaya atau tidak, kesemua individu dalam gambar-gambar di atas adalah pelajar sekolah rendah Tahun 6 yang baru berusia 12 tahun.

Ya, 12 tahun.

Mereka merupakan para pelajar di sebuah sekolah di Selangor yang kami rasa tidak perlu kami dedahkan.

Masa Darjah 6 dulu, apa yang korang semua buat ya?

Bila baca komen-komen dari netizen, masing-masing cakap budak zaman dulu tak pernah tahu langsung pasal penampilan.
Eea4F461

Dinner bukan calang-calang dinner. Majlis makan malam sekolah ini diadakan di sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara. Hebat!
99e5

Berdasarkan kajian dan galian yang pihak kami lakukan, kami akhirnya menemui sumber sahih yang mengatakan majlis makan malam tersebut telah diadakan di sebuah hotel mewah.

Dan kami percaya, ini bukanlah pertama kali sesebuah sekolah mengadakan majlis makan malam yang grand di hotel. Perkara ini sudah dianggap seperti satu trend terbaru untuk sekolah rendah.
Adakah ini satu budaya yang sihat? Korang tentukan dan nilailah sendiri.

Bak kata orang, “mana boleh compare zaman dulu dengan zaman sekarang.”
08bc

Sharing is caring!

Loading...