[TERKINI] PERAMPAS SUAMI ORANG, INI RESPON IZREEN AZMINDA…OHH, PATUT LAA..

Sharing is caring!

Izreen Dah Nikah, Isteri Pertama Tak Kisah Bermadu.

AKHIRNYA segala tanda tanya terjawab apabila isteri pertama kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda, ‘membocorkan rahsia’ dan menerima Izreen Azminda sebagai madunya.

Loading...

Menurut portal mStar Online, sebuah portal berita tempatan telah menyiarkan kenyataan daripada isteri pertama pemuzik tersebut yang dikenali sebagai Intan.

Difahamkan Intan telah mengetahui perkara tersebut pada sekitar dua minggu yang lalu dan dia redha dengan takdir bahawa dia sudah dimadukan.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya redha dan terima takdir yang telah ditentukan,” kata Intan.

Rumah tangga mereka kini berusia empat tahun dan telah dikurniakan dua orang anak yang berusia antara 11 bulan dan tiga tahun.

Loading...

Dalam masa yang sama, Intan seakan-akan pasrah dan mengakui bahawa apa yang terjadi itu berpunca daripada kekurangannya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya lagi.

Namun, Izreen masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara ini.

Menurut sumber, Izreen bakal mengadakan satu majlis doa selamat pada 7 Disember depan di Damansara Perdana.

Sebelum ini, peminat setia Izreen seakan-akan tertanya tanya apabila pelakon berusia 32 tahun itu ada menukar biodata di Instagram miliknya dengan menulis ‘Madam Izreen’. Tetapi selepas beberapa hari, tulisan itu sudah tidak kelihatan lagi.

Apa pun, selamat diucapkan kepada Izreen diatas perkahwiann yang berlangsung. Semoga perkahwinan kali ini akan memberi kebahagian Izreen dan anak, Muhammad Adrian Umar

NAMA aktres Izreen Azminda menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

Pelbagai tohmahan dan hinaan telah dilemparkan kepada pelakon ini oleh netizen kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang.

Susulan perkara itu, pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam ini telah tampil memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut.

Pelakon berusia 32 tahun ini berkata, dia meminta semua pihak agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.” katanya memetik Astro Gempak.

Menurutnya lagi, dia bakal mengadakan sebuah sidang media rasmi di Damansara pada selasa depan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian.

“Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja,” kata Izreen.

Izreen berkata lagi, dia mengakui sedih dan kesal dengan cubaan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan situasi yang berlaku.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak.

“Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semua akan kembali neutral,” ujarnya.

Sementara itu, hasil tinjauan MYNEWSHUB di Instagram milik Izreen mendapati rata-rata daripada netizen meninggalkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen.

Terdahulu, spekulasi mengenai pelakon ini mula timbul apabila Izreen memuat naik beberapa posting berbaur bahagia dan meletakkan status ‘Mrs Ude’ di laman instagram miliknya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, isteri pertama kepada ahli muzik tersebut, Intan Liana tampil mendedahkan bahawa pasangan tersebut sememangnya sudah berkahwin pada Ogos lalu.

Ekoran tidak tahan dengan tohmahan negatif yang dilontar oleh orang ramai,  Ude sendiri pula tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Fuh! Tak sabar rasanya nak tunggu sidang media mengenai kes ini! Semoga dengan sidang akhbar ini, segala persepsi negatif dapat dikurangkan. Ya lah, masyarakat kita amat sensitif dengan isu poligami kan, tetapi kalau sudah berani buat, pandai-pandailah tanggung, ya.

 

“Izreen Azminda, Intan Liana Isteri Saya” – Ude

BARU-BARU ini kecoh di media sosial  mengenai pelakon, Izreen Azminda dikatakan sudah menikah dengan ahli muzik yang berstatus suami orang.
Perkhabaran itu menjadi bualan hangat apabila pelakon berkenaan memuat naik beberapa posting berbaur bahagia dan meletakkan status ‘Mrs Ude’ di laman instagram miliknya baru-baru ini.

Tidak lama kemudian, muncul pula berita mengenai isteri pertama kepada ahli muzik tersebut, Intan Liana tampil  mendedahkan bahawa pasangan berkenaan sememangnya sudah berkahwin pada Ogos lalu.

Intan mengakui redha menerima Izreen sebagai madu dan luahan itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

ISTERI PERTAMA, INTAN LIANA

Susulan itu, pemuzik yang diperkatakan iaitu Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude akhirnya tampil memberi kenyataan balas berhubung hal ini.

Menurut Ude, dia mengaku telah menikahi Izreen dan memaklumkan Intan pula adalah isteri pertama yang juga merupakan ibu kepada dua anaknya, Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,” katanya memetik Harian Metro.

Bagaimanapun, Ude dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai pernikahannya dengan pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam.

“Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ude juga dilihat menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangganya dengan Intan bergolak selepas mengahwini Izreen.

PELAKON, IZREEN AZMINDA

“Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi (khamis), pelbagai spekulasi timbul.

“Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

“Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,”katanya.

Sehubungan itu, Ude meminta agar semua pihak terutamanya media agar tidak mengganggu privacy keluarganya.

“Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,” ujarnya.

Sumber : MyNewsHub

Sharing is caring!

Loading...