[VIDEO VIRAL] Gadis Kelantan Jual Kondom Dikecam Netizen

Sharing is caring!

Video Diakhir Artikel

Video seorang wanita mempromosikan dan mengajar cara menggunakan ‘kondom berduri’ viral di media sosial sejak Selasa lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecamnya.

Loading...

Bagaimanapun, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa bukan dia yang viralkan video itu, sebaliknya kenalannya yang berbuat demikian.

“Saya bukan nak viralkan. Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam group WhatsApp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka,” katanya memetik kenyataannya dari Harian Metro.

Wanita yang bekerja di kedai menjual barang kosmetik itu berkata, akibat tersebarnya video itu, dia terpaksa menanggung malu dan majikannya turut menerima tempiasnya.

“Dalam video itu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi untuk sepupu dan kenalan wanita sahaja. 

“Bagaimanapun sehari selepas saya kongsi video itu dalam group WhatsApp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu viral,” katanya.

Ekoran viral itu, dia terpaksa tampil membuat permohonan maaf di Facebooknya. Namun tindakan itu sia-sia kerana video itu semakin tersebar meluas.

Loading...

“Bukan saya yang viralkan, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu.

“Apabila saya minta maaf, semakin ramai yang sebarkan,” katanya.

Justeru, wanita itu sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas perbuatannya itu dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

'Saya bukan nak viralkan' – Wanita dikecam jual kondom berduri…

'Saya bukan nak viralkan' – Wanita dikecam jual kondom berduri tampil minta maaf

Posted by Kelab Peminat Sari Yanti on Friday, December 1, 2017

 

Artikel Berkaitan

‘Abang pegang baik-baik iPhone 8 tu, baru beli’ – Photographer terkejut tetamu majlis kata begitu dan jawapan balasnya WIN!

Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis perkahwinan, pasti ada jurugambar yang diupah pengantin untuk merakam hari bersejarah mereka. Bagaimanapun, menjadi tak seronoknya golongan jurugambar nak buat kerja bila ada segelintir tetamu yang sewenang-wenangnya meminta mereka merakam gambar bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit.

Lebih teruk lagi (jenis mulut takde insurans) boleh pula suruh jurugambar berhati-hati dan pegang erat telefon bimbit mereka yang dibeli dengan harga beribu ringgit. Seperti yang berlaku pada jurugambar, Abd Jalil Jalil, dia menganggap individu berkenaan tiada adab nak meminta pertolongannya.

ABANG rasa semua photographer merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambil gambar keluarga, kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain, kita akan menghadapi dilema yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung. Iaitu kamera handphone yang mana photographer menjadi sasaran untuk membuat kerja yang tiada dinyatakan dalam kontrak.

Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang individu yang menyuruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata, iPhone 8 dia ini mahal dan baru dibeli.

“Pegang baik-baik yer!”

Lalu spontan abang jawab, “Maaf dik, abang tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set berharga RM31,500+.

“Abang tak boleh pegang sebelah tangan, takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau.”

Lalu terkedu dia.

Kalau nak suruh orang shoot dengan handphone, berbudi bahasalah. Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ini pegang baik-baik ye. Pui!

Kadang-kadang kita kena ajar juga orang seperti ini. Jadi harapan abang kepada semua photographer, sama-samalah kita menghadapinya dengan bijaksana.

Sekian cebisan rasa jurugambar lama.

Sumber: Abd Jalil Jalil

Semoga menjadi peringatan kepada semua. Hormatilah kerja mereka sebagai jurugambar dan kamera mereka jauh lebih mahal dari telefon bimbit anda. Itu hakikat, jangan dipertikaikan.

Sumber : TheReporter

Sharing is caring!

Loading...