5 Gambar Eksklusif Perkahwinan Izreen Azmida & Uda – “Hanya Menumpang Kasih, Bukan Perampas”

Sharing is caring!

IZREEN Azminda menafikan akan ada sebarang majlis sama ada kenduri doa selamat, persandingan mahupun sidang akhbar berkaitan majlis pernikahannya dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada 7 Disember ini.

Izreen berkata, dia tidak mungkin mengadakan majlis dan sidang media khas perkara itu akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif pada masa hadapan.

Loading...

“Majlis khas bertujuan untuk mengumumkan pernikahan saya bersama Ude tak mungkin berlaku kerana dalam hal ini banyak hati dan pihak yang perlu saya jaga,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya lanjut Izreen mengesahkan dia sudahpun menjadi isteri kepada Ude juga seorang pemuzik bebas.


“SAYA harap perkahwinan ini berkekalan selama lamanya dan harap semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri,” katanya.

Menurut pelakon yang mula popular menerusi drama Juvana dan Tentang Dhia itu, majlis pernikahan mereka berlangsung di Damansara, 8 Ogos lalu.

“Iya, kami sudah berkahwin dan sekarang saya telah menjadi isteri kembali.

“Saya harap penjelasan ini akan menamatkan segala spekulasi yang dibuat terhadap diri saya ketika ini,” katanya.

Loading...

Izreen berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor dan majlis pernikahannya selamat dijalankan pada kira-kira 10 pagi.

“Saya bersyukur kerana kembali bergelar isteri dan dalam waktu sama berharap agar pernikahan ini membawa keberkatan kepada saya dan suami.

“Cuma dalam situasi sekarang saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik.

MAJLIS pernikahan mereka berlangsung di Damansara, 8 Ogos lalu.

“Saya harap perkahwinan ini berkekalan selama lamanya dan harap semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri,” katanya.

Pernikahan rahsia antara Izreen dan Ude terbongkar apabila, isteri pertama pemuzik itu, Intan Liana tampil memberikan kenyataan suaminya sudahpun bernikah dengan pelakon popular.

Kelmarin, Ude pula tampil memberitahu bahawa memang benar Intan adalah isterinya dan pada waktu sama sudahpun bernikah dengan Izreen.

PELAKON popular Izreen Azminda, 32, tidak menolak jika dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berstatus suami orang selepas ini.

Izreen yang sudah lebih dua tahun bergelar ibu tunggal berkata, dia tidak mampu menolak jika itu adalah ketentuan Allah SWT dalam hidupnya nanti.

“Saya tidak mahu cakap lebih-lebih atau cakap besar hanya mahukan lelaki bujang atau duda sebagai calon suami.

“Secara jujur, saya juga tidak boleh menolak ketentuan Allah kerana dalam Islam lelaki dibenarkan berkahwin empat asalkan berkemampuan dan boleh berlaku adil.

“Apa yang penting, lelaki itu berkemampuan dan mampu menjaga serta menerima kehadiran anak saya dalam hidupnya,” katanya.

Izreen berkata, memang ada lelaki yang ingin berkahwin dengannya tetapi tidak dapat menerima kehadiran anak lelakinya itu sebelum ini.

“Setakat ini, saya masih belum bertemu lelaki yang sesuai dan boleh menerima saya dan anak lagi.

“Justeru, buat masa ini, saya selesa dengan status sekarang dan hanya fokus pada karier dan anak,” katanya.

Ditanya sama ada dia serik bercinta dengan rakan artis, Izreen mengakui dia memang mengelak untuk bercinta dengan lelaki yang sama-sama terbabit dalam bidang seni.

“Saya mencari calon suami yang bukan dalam bidang yang sama. Kalau boleh jika bertemu jodoh nanti, saya mahukan suami yang selalu di sisi,” katanya.

Izreen pernah pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun.

Sharing is caring!

Loading...