[Viral] Akibat Tidak Tahan, Banduan LIWAT Rakan Dalam Penjara.

Sharing is caring!

Kuala Trengganu, Terengganu; – Tindakan jijik seorang banduan meliwat rakan sepenjara terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, Che Muhammad Faris Che Abdul Roni, 21, dari Tumpat, Kelantan mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan sebagainya.

Loading...

Untuk rekod, tertuduh melakukan perbuatan terbabit ketika menjalani hukuman penjara atas kesalahan samun dan dibebaskan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, tertuduh ditahan semula selepas mangsa yang mengadu sakit dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

Doktor mendapati mangsa diliwat sebelum perkara terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa. Suspek kemudiannya ditahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa, 18, tanpa kerelaannya di sebuah bilik di Penjara Marang, Marang, jam 2 pagi pada Oktober lalu.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali.

Loading...

Berita Berkaitan.
Liwat punya pasal, penjara tujuh tahun.
LELAKI dipenjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dekat sini, hari ini selepas didapati bersalah meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Didi Muliadi Nasution Nandong, 21, dari Marang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perhubungan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas mangsa tanpa kerelaannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah masjid di Bukit Payung, Marang, jam 6.45 petang pada 27 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Ramlan Taib.

Sumber : HarianMetro

Sharing is caring!

Loading...