Viral Founder Tumblr Letak Jawatan..? Puncanya Memang Tak Masuk Akal..!

Sharing is caring!

Korang mesti tahukan media social Tumblr yang sama fungsinya seperti blog. Dan kebanyakkan artis juga menggunakan platform ini untuk menceritakan perkembangan terbaru mereka.

Foto: Getty Images

Pada Isnin yang lepas, seorang pengasas Tumblr iaitu David Karp telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO setelah syarikat ibunya yakni Yahoo telah menjual platform itu sepenuhnya kepada Verizon. Pengumuman itu telah dibuat melalui satu email dalaman yang dihantar kepada setiap pekerja tumblr.

“Saya berharap anda semua faham akan keputusan saya selepes beberapa bulan saya memikirkan tentang cita-cita peribadi saya dan memikirkan soal kelangsungan Tumblr di masa hadapan atau impak Tumblr yang boleh ada,” Kata Karp dalam email tersebut dan juga di-post-kan ke dalam page Tumblr peribadinya.

Loading...

David Karp telah melancarkan platform ini pada tahun 2007 dan dengan pantasnya telah meraih 100,000 pengguna pada tahun itu. Enam tahun kemudian dia telah menjual platform itu kepada Yahoo! Dengan jumlah $1.1 billion. Setelah itu, Yahoo menjual Tumblr kepada Verizon dan menjadikan platform itu sebagai kumpulan asset di bawah jenama AOL untuk membentuk anak syarikat Verizon yang dikenali sebagai Oath.

“David Karp akan meninggalkan Oath pada hujung tahun ini. David yang telah mengasaskan platform Tumblr sepuluh tahun yang lalu merupakan sebuah laman kepada pencipta di seluruh dunia dan kami sangat berterima kasih kepadanya atas komitment serta minatnya dalam membawa kepada pertumbuhan platform tersebut. Sehingga kini platform tersebut telah berjaya menambah daripada 380 juta post kepada 155 billion post.” kata jurucakap kepada Oath yang mengesahkan berita tersebut.

Sumber : BMBukanaku

 
‘Saya mahu mereka ditahan’

Pelakon Eyka Farhana yang namanya dikaitkan dengan video lucah yang tular sejak minggu lalu mahu pihak tidak bertanggungjawab itu segera ditahan.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Juvana 1 dan 2 itu membuat laporan di Balai Polis Ampang, Jumaat lalu.

Loading...

Eyka turut membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kelmarin.

“SKMM hanya boleh memadam video terbabit daripada terus menjadi tular. Saya juga harapkan pemilik laman tumblr Pemburu Malam yang mula menyebarkan video terbabit turut ditahan,” katanya.

Eyka berkata, walaupun wanita di dalam video itu bukan dirinya, tetapi apa yang berlaku sangat memalukan sekali gus mencemar nama baik dia dan keluarganya.

Dalam masa sama, Eyka turut menyerahkan gambar paparan skrin komen diberikan netizen yang mendakwa mereka mempunyai bukti mengatakan wanita di dalam video itu adalah dirinya.

“Mujur saya sempat merakam gambar mesej itu dan sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Eyka menafikan wanita di dalam video yang dikirim seorang peminat itu adalah dirinya.

“Kalau tengok wanita di dalam video itu memang langsung tidak serupa dengan saya. Tapi saya tetap berasa malu apabila ada yang mengaitkan ia dengan diri saya.

“Saya menyifatkan orang yang cuba mengaitkan nama saya dengan video itu sebagai tidak berotak dan tidak sensitif, kerana ia ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih kerana kehilangan arwah kakak,” katanya.

Sumber : HarianMetro

Sharing is caring!

Loading...