[5 Screenshort] ‘Kami Dipaksa Untuk Menonton Filem Badang’ – Student IPTA Dakwa Dipaksa Oleh Pengurusan IPTA Mereka Dengan Keluarkan Duit Sendiri..!

Sharing is caring!

Viral di media sosial, luahan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mendakwa mereka telah dipaksa untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga ada sesetengahnya terpaksa mengeluarkan wang belanja sendiri.

Menurut Aye (@jajingyulah), yang memuat naik dua gambar luahan berkenaan juga mendakwa mereka dipaksa menonton filem Badang yang dilakonkan oleh jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.

Loading...

“Kami dipaksa untuk menonton filem Badang yang dilakonkan oleh Aliff Syukri,” – Aye.

Terlibih dahulu :

Pelakon Fasha Sandha berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lima kilogram hanya dalam masa tiga minggu bagi menjayakan peranannya menerusi filem terbaharu berjudul Badang.

Fasha, 33, berkata, dia perlu mengurangkan berat badannya kepada bentuk ideal memandangkan dia perlu mengenakan sut mengikut bentuk tubuh selain ingin melakukan aksi lasak dalam filem berkenaan.

“Alhamdulillah dalam masa tiga minggu saya berjaya mengurangkan berat badan hampir lima kilogram dan kini mendapat berat ideal iaitu 59 kilogram.

Loading...

“Saya perlu pakai sut ala ‘cat woman’ dalam filem itu jadi saya perlu kurangkan berat badan tambahan pula ada aksi lasak yang perlu saya jayakan.

Fasha bergandingan dengan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dalam filem Badang.
“Dalam saya mengurangkan berat badan dapat juga menambahkan stamina ketika berlakon aksi lasak itu nanti,” katanya kepada mStar Online.

Fasha ditemui pada majlis doa selamat dan bacaan skrip filem Badang yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre di sini, Jumaat.

Filem arahan  Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Aliff Syukri, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.

Karya berbentuk adiwira adaptasi daripada kisah rakyat itu bakal menjalani penggambaran pada 15 Januari ini.

Dalam pada itu, Fasha berkata, selain senaman dan diet dia juga banyak melakukan latihan Muay Thai tiga minggu sekali dalam usahanya mengurangkan berat badan.

Fasha selesa bekerja dibawah arahan A. Razak Mohaideen.

“Saya mula terlibat dalam sukan Muay Thai ketika berlakon dalam drama bersiri Lara Aishah kerana watak saya juga lasak dan sejak itu saya sukakan aktiviti berkenaan.

“Apabila mendapat tawaran filem ini saya teruskan dengan kelas tersebut tiga kali seminggu dan saya sukakan Muay Thai kerana ia lebih kepada kardiovaskular,” ujarnya.Bercakap lanjut mengenai Badang, Fasha berkata, dia mengambil masa sebulan untuk membuat keputusan sebelum bersetuju kerana watak ditawarkan berlainan yang pernah dibawanya sebelum ini.

Malah kata Fasha, faktor dia sudah biasa bekerjasama dengan A. Razak turut menjadi faktor dia bersetuju berlakon filem itu.

“Peranan saya sangat menarik dan belum pernah saya bawa sebelum ini malah ia mempunyai aksi lasak yang memang menjadi idaman saya.

“Filem Badang berbentuk adiwira yang jarang-jarang ada dan ia sangat menarik selain berharap ia bukan sahaja menarik penonton dewasa malah kanak-kanak.

“Tambahan pula saya sudah biasa bekerja bawah arahan A. Razak jadi ia memberi tambah nilai,” ujarnya.

Ditanya bakal bergandingan dengan Pengasas produk D’Herbs iaitu Aliff Syukri, Fasha berkata, dia terkejut dengan kebolehan dan bakatnya dalam bidang lakonan semasa sesi latihan dan membaca skrip.

“Jujurnya saya bimbang juga pada awalnya tetapi selepas sama-sama berlatih saya terkejut bakatnya sangat besar dalam lakonan.

“Apa yang pasti dalam filem itu dia bukan Aliff yang kita semua kenal tetapi Badang yang begitu berbeza karekternya daripada siapa dia yang sebenar,” katanya.

Sambungan:

“Apa perasaan korang kalau kolej atau universiti korang buat event, tapi korang as a student gak kena keluar duit? Kalau sikit-sikit takpe, ni banyak babe! Alasan kena bayar sebab kedatangan kelas dan markah. 

“Aku tak pernah ponteng kelas weh! Takkan sebab tak bayar benda alah tu, akan effect kedatangan aku yang selama ini perfect? Aku pening ah? Aku masuk universiti sebab nak belajar, bukan untuk menampung ekonomi universiti doh.

“Tolonglah faham, aku ni student. Nak makan pun duk berkira-kira duit. Ini dah nak kena bayar itu ini alasan support faculty. Faculty ada support aku as a student masa kitorang susah nak makan pun takde duit? Ada? Jangan harap.

“Kami dipaksa beli tiket yang berharga RM15 semata-mata atas dasar ‘menyokong fakulti’. Tetapi mengikat kami dengan ‘class attendance and assignments’.

“Kami dipaksa menjadi crew atas dasar untuk memenuhi kewajipan subject. Kami dipaksa menjual tiket dengan alasan untuk menambah markah ujian. Kami dipaksa hadir ke ujibakat choir atas dasar kelas ganti yang langsung tiada kaitan.

“Bukan tak nak support, tetapi kalau setiap sem duit dikikis atas dasar ‘attendance and assighnment’, habislah duit saya. Harga tiket mahal, standard wayang pun baru RM9.

“Saya sebagai pelajar sedih dan kesal. Tiada dana untuk kami, semuanya hasil sendiri dan setiap benda kami keluarkan duit walhal barang-barang keperluan yang sememangnya harus disediakan tidak ada untuk kami. Bagaimana kami pelapis baru anak seni ingin bangun dan meningkat? 


“Help us spread our voice. We just want education, we want to succeed. We don’t want coercion, just chances,” kata kenyataan yang dikongsikan oleh Aye di akaun Twitternya.

Sementara itu, netizen juga berkongsikan pengalaman yang sama di mana mereka juga dipaksa menonton filem Chowrasta.




Sumber: Aye / TheReporter

Sharing is caring!

Loading...