[Video : Pembongkaran Sindiket] 4 Raja Bangla Yang “Control” KLIA – Dipercayai Turut Menguasai Urusan Imigresen & Penyeludupan..!

Sharing is caring!

Kuala Lumpur: Empat sindiket utama dari Dhaka, Bangladesh diketuai individu dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom dipercayai paling aktif menyeludup migran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2010.

Malah mereka ini dianggap Raja KLIA kerana dipercayai turut menguasai urusan imigresen dan boleh dikatakan mengenali setiap pegawai serta anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di pintu masuk utama negara itu.

Begitu mudah buruh haram warga Bangladesh diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari yang diuruskan empat sindiket besar yang beroperasi di Dhaka, Bangladesh selain di ibu kota.

Loading...

Sindiket terbabit dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

 

SINDIKET penyeludupan migran ini terutama membabitkan warga Bangladesh di KLIA sudah bertapak agak lama. Gambar kecil, pendatang warga Bangladesh baru tiba di KLIA. FOTO NSTP

 

Keempat-empat dalang utama ini saling mengenali antara satu sama lain termasuk juga ejen mereka yang berada di Malaysia.

Namun masing-masing hanya menjalankan kegiatan mereka tanpa mengganggu yang lain.

Sumber memberitahu, sindiket penyeludupan migran ini terutama membabitkan warga Bangladesh di KLIA sudah bertapak agak lama.

Loading...

Skuad Khas Harian Metro yang menerima aduan mengenai kegiatan terbabit kemudian melakukan penyamaran dan intipan lebih tujuh bulan untuk menjejaki dan mendedahkan kegiatan sindiket penyeludupan hamba moden terbabit yang dikatakan menyumbang kepada kemasukan ribuan buruh haram warga Bangladesh di negara ini.

Intipan dilakukan bukan saja di luar bangunan terminal, malah di dalam terminal termasuk sebaik warga Bangladesh berkenaan tiba di Bangunan Satelit. Sekurang-kurangnya 38 penerbangan beroperasi dari Dhaka ke KLIA setiap hari.

Video pendedahan oleh HarianMetro:

Selepas tujuh bulan mengintip dan menyamar, akhirnya Harian Metro (HM) dan Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Maszely Minhad berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hampir 24 jam melalui Op Pintas KLIA, semalam.

Operasi bermula jam 10.30 pagi selepas semua ‘suspek’ dikesan masuk ‘perangkap’ dan kami diarah ke lokasi ditetapkan bagi memudahkan liputan dilakukan seperti dibincangkan sebelum operasi bermula.

Beberapa wartawan skuad khas HM dibahagi kepada beberapa lokasi yang sudah ditetapkan oleh D7C iaitu di KLIA, Serdang Raya dan Ampang.

Kami menunggu sehingga anggota D7C tiba di lokasi yang ditetapkan yang juga menjadi lokasi penampungan atau tempat menyimpan warga Bangladesh yang ‘diseludup’ keluar dari KLIA.

Hati masing-masing ketika itu berdebar-debar kerana operasi boleh gagal jika ada yang tidak kena atau suspek dapat menghidu kehadiran pihak berkuasa melakukan operasi.

Sementara itu, di Serdang, Selangor, Polis menyelamatkan 19 lelaki warga Bangladesh yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dikurung dalam sebuah rumah di Taman Serdang Perdana, di sini, Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Petaling Jaya selepas mendapat maklumat dan risikan dilakukan pada jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, hasil siasatan awal mendapati semua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu sudah berada di negara ini tiga minggu lalu.

“Semua mangsa yang memiliki dokumen perjalanan diri sah mendakwa mereka dipaksa menjadi buruh kasar di tapak pembinaan.

“Justeru, kami sedang berusaha mengesan empat lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menjadi dalang utama terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Imigran 2007.

Sumber : HarianMetro

Sharing is caring!

Loading...