LEKIR BUKAN ANAK JANTAN..! LEKIR TIDAK HADIR KE PROGRAM BERSAMA PRESIDEN FAM.

Sharing is caring!

MENGAPA Capo Ultras Malaya, Lekir Haji Ahmad tidak menghadirkan diri ke program bersama Presiden FAM yang baru sahaja berlansung tadi di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Bukankah tindak tanduk Lekir dan Ultras Malaya dilihat begitu lantang mengkritik pentadbiran FAM sebelum ini. Bila diwujudkan program bersama penyokong, inilah platform terbaik untuk Lekir hadir dan seterusnya menyatakan apa yang terbuku di hati.

Sebaliknya capo Ultras Malaya itu memilih untuk terus berdiam diri tanpa memberi sebarang respon. Jadi dari sudut manakah yang sebenarnya Lekir dan rakan-rakan sedang membantu FAM untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara..?

Loading...

Jadilah seperti anak jantan yang berani berhadapan samada kawan atau lawan, membaling batu dan kemudian sembunyi tangan bukanlah ciri-ciri seorang pahlawan tapi itulah perangai seorang pondan.

Berani hanya di Hong Kong tetapi tidak di Wisma FAM.

Persoalannya adakah majoriti penyokong bola sepak akan mengkiblatkan Ultras Malaya dan capo Lekir Haji Ahmad sebagai panduan dalam menentukan hala tuju bola sepak negara kita?

Sudah tentu tidak. Lekir bukanlah seorang yang boleh diharap, kata-katanya adalah kosong, sembangnya tidak membawa apa-apa makna, kelibatnya umpama biskut sekejap ada dan sekejap tiada.

Bila dicabar untuk berhadapan dengan Presiden FAM, dia hanya membisu diam seribu bahasa, mungkin resah umpama berjumpa raksasa. Sebaliknya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah seorang yang sangat terbuka, pandangan seluruh penyokong bola sepak tetap diambil kira.

Lekir, muhasabah diri. Berehatlah selamanya dari bergelar Capo Ultras Malaya. Tindak tanduk anda sangat memalukan..!

Loading...

SESI BERSAMA TMJ : LEKIR DICABAR HADIR

 

CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad dicabar untuk menghadiri sesi bertemu penyokong bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 9 Disember 2017 jam 2.30 petang.

Sebelum ini ketika perlawanan Hong Kong menentang Malaysia, Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada prestasi semasa skuad Malaysia.

Mereka menempiaskannya kepada FAM dengan chant FAM Bangsat yang bergema di Stadium Hong Kong. TMJ mendengar chant tersebut dan baginda tidak ambil hati.

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

Kelantangan Ultras Malaya ketika berada di stadium seharusnya ditransform dengan menggunakan kaedah yang betul. Lekir boleh menggunakan peluang yang ada dengan menghadiri program bersama TMJ dan seterusnya meluahkan apa yang terbuku di hati.

Sikap Lekir yang dilihat seperti ‘lepas tangan’ selepas kejadian membangsatkan FAM ketika perlawanan bertemu Hong Kong tempohari telah memberi sedikit gambaran bahawa Lekir bukanlah anak jantan.

Untuk sekalian kalinya, apakah objektif dan matlamat sebenar Ultras Malaya ditubuhkan? Adakah hanya untuk menjadi tukang sorak kepada pasukan skuad kebangsaan? Atau adakah hanya sekadar membangsatkan FAM dalam semua aspek secara membuta tuli tanpa mengambil kira faktor lain seperti kepimpinan FAM yang baru sahaja memegang tampuk pemerintahan yang belum pun sampai setahun?

Adakah Lekir Haji Ahmad bertindak dengan menggunakan akal atau mungkin nafsu mencari populariti kini mulai membelenggu Capo Ultras Malaya itu?

 

FAM didenda gara-gara Ultras Malaya.

Pemain skuad kebangsaan dikepung Ultras Malaya selepas mengalami kekalahan 3-0 di tangan SIngapura.

Apapun nasi sudah menjadi bubur. Lekir sepatutnya bertanggungjawab dengan segala tindak tanduk beliau dalam menjadi leader kepada Ultras Malaya.

Lekir Haji Ahmad, sila hadir ke sesi bersama TMJ. Buktikan anda seorang anak jantan! Jangan jadi pengecut!

 

PEMINAT BOLA SEPAK BEREBUT BERGAMBAR DENGAN TMJ

 

Sukses! Sempurna! Inilah revolusi bola sepak!

Seorang Presiden yang berani.

Terbuka dan berlapang dada.

Presiden mesra penyokong.

🙂

Semua penyokong bola sepak mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Presiden FAM, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Tidak hadir kerana senggugut.

Sekalung tahniah diucapkan buat semua penyokong bola sepak yang berani hadir untuk melontarkan segala idea, pendapat juga sebarang kemusykilan yang mungkin telah terbuku di hati sekian lama.

 

Tahniah juga buat Presiden dan seluruh team FAM yang tak pernah putus-putus membuat perubahan dalam usaha meningkatkan kembali martabat bola sepak negara. Tahniah!

Sumber : johormostwanted.com

 

Sharing is caring!

Loading...